HOME     ABOUT US SERVICES STAFF MEMBERS RESEARCH ACTIVITIES PHOTO GALLERY
 
 
 
  .: Links
  WHO Collaborating Centre
  Products
  Toxicology Laboratory
  Publication/Production
  Collaborators
  News & Health Information
  Berita Kesihatan
  PRN Bulletins & Articles
  Malaysian Drug & Poison Net
  United For Tobacco Free
  Hiroshima On My Mind
  Articles by Founding Director
  Posters & Brochures
 
 
 
Contact Us
National Poison Centre
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang
Malaysia
 
Tel: +604-657 0099
Fax: +604-656 8417
 
Email: prnnet@usm.my
 
 

Berita Kesihatan
16 kematian akibat denggi tiga bulan pertama
Sumber: Berita Harian, Isnin 12 Mac 2012
   
 

 Kota Bharu, Kelantan (Malaysia) Dua kematian yang membabitkan suri rumah berusia 31 dan 49 tahun akibat demam denggi dicatatkan pada minggu pertama bulan ini menjadikan keseluruhan 16 kes kematian akibat denggi dicatatkan sepanjang tempoh tiga bulan tahun ini.  Kedua-duanya yang berasal dari Kedah dan Pulau Pinang meninggal di Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital negeri masing-masing disebabkan sindrom kejutan denggi selain sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi dan kegagalan organ berfungsi.  Menurut Pengarah Jabatan Kesihatan, bagi tempoh 26 Februari hingga 3 Mac, sebanyak 567 kes demam denggi dilaporkan berbanding 602 kes pada minggu sebelumnya dengan enam negeri mencatat peningkatan kes iaitu Kedah dan Melaka (masing-masing 7 kes) Johor dan Kelantan (masing-masing empat kes) dan Perlis dan Selangor (masing-masing tiga kes).


     
  Kembali
   
 
 
 
 

 
 
Copyright © National Poison Centre, USM 2008. All Rights Reserved