Artikel Pilihan

       Akibat Merokok: Wang Dikikis, Nyawa Dihakis

Rokok Sumber Inspirasi. Itulah slogan yang kita pernah tonton di kaca televisyen mahupun di panggung wayang. Bertitik tolak dari sini semakin ramai masyarakat kita yang merokok. Tidak kira kaum bapa, belia, remaja malah kanak-kanak di bangku sekolah turut merokok. Inilah fenomena yang semakin membimbangkan dalam masyarakat kita.

Kempen berhenti merokok dan amaran Rokok Membahayakan Kesihatan pada kotak-kotak rokok semacam tidak berkesan. Malah dipandang sepi oleh para perokok. Semakin dilarang, semakin ketagih pula jadinya. Walaupun cukai rokok dan harganya dinaikkan, jumlah perokok turut meningkat. Apa sudah jadi? Kita tertanya-tanya mengapa ramai (termasuk remaja) yang terus merokok? Dan kenapa pula yang belum merokok masih tergamak mencubanya, walaupun sudah begitu jelas dipaparkan bahaya merokok dari segi kesihatan?

  [seterusnya]

Copyright 2004, Pusat Racun Negara. All rights reserved.

Universiti Sains Malaysia