Viagra: Implikasi Sosiobudaya, Ekonomi dan Perubatan

Sehingga Disember tahun lalu, hampir 270 laporan berita mengenai Viagra disebar melalui lima akhbar utama di negara ini. Oleh itu, pengaruhnya kepada semua lapisan masyarakat adalah begitu luas.

Dalam pada itu, masih ramai yang tertanya-tanya mengenai ubat itu, contohnya, ada laporan yang menyebut ramai juga wanita yang menggunakan Viagra, dan ada pula lelaki yang tidak memerlukannya turut menggunakannya kerana maklumat penting kesan kegunaan ubat ini tidak tersebar luas, malah agak sukar diperolehi. Oleh yang demikian, pelbagai pengiktirafan kini timbul sekali gus membuktikan Viagra telah disalahgunakan.

Malah mengikut tajuk berita yang diterbitkan sehingga hari ini, lebih banyak membahayakan dan mengelirukan orang ramai mengenai penggunaan ubat itu. Rata-ratanya menampakkan lebih ramai masih belum maklum sepenuhnya mengenai baik buruk Viagra yang merupakan suatu simbolik dan kemungkinan penyalahgunaan boleh berlaku sama ada di Malaysia sendiri, khususnya remaja.

Dari segi sains perubatan, sebarang salah guna lambat laun mendatangkan bermacam -macam kemudaratan. Hakikat ini umumnya disedari ramai, misalnya, masakan seorang yang sihat perlu memakan ubat penyakit jantung atau ubat kencing manis secara bersahaja - sedangkan ia tidak langsung mengalami penyakit itu. Malangnya logik ini nampaknya tidak diterima pakai apabila berhadapan dengan ubat seperti Viagra.

Maka tidak hairanlah pelbagai tabiat kini timbul berkaitan penggunaan ubat itu. Pada satu peringkat paling membimbangkan ialah maut berkaitan penggunaan Viagra. Sehingga hari ini tidak kurang daripada 130 kes kematian sedemikian dilaporkan di Amerika Syarikat tidak termasuk di negara lain. Bilangan ini mungkin meningkat lagi. Walaupun kes terbabit masih belum jelas sama ada disebabkan Viagra secara langsung, tetapi sudah cukuplah rasanya bagi kita semua berwaspada apabila berhadapan dengan keadaan yang sama.

Maka tidak hairanlah pelbagai tabiat kini timbul berkaitan penggunaan ubat itu. Pada satu peringkat paling membimbangkan ialah maut berkaitan penggunaan Viagra. Sehingga hari ini tidak kurang daripada 130 kes kematian sedemikian dilaporkan di Amerika Syarikat tidak termasuk di negara lain.

Oleh itu, ada baiknya jika kita betul-betul faham terlebih dahulu mengenai sesuatu ubat. Cara in dapat melindungi diri daripada bahaya akibat salah guna ubat.

Anda perlu mengenali ubat anda. Oleh itu ada baiknya jika kita betul-betul faham terlebih dahulu mengenai sesuatu ubat. Cara in dapat melindungi diri daripada bahaya akibat salah guna ubat seperti Viagra. Selain jenama itu belum lagi didaftarkan di Malaysia, seelok-eloknya ia dihindari buat sementara waktu kerana di negara ini, penggunaan Viagra masih belum sah dari segi undang-undang.

Ia juga bermakna pihak berkuasa sedang menghalusi beberapa aspek penggunaan ubat itu demi kepentingan orang ramai dan satu-satunya langkah yang perlu dilakukan untuk menjamin agar rakyat Maaysia diberi perlindungan sepenuhnya. Ia juga bertujuan menghalang ubat yang tidak selamat (termasuk tiruan) daripada dipasarkan di negara ini dan mengancam kesihatan ramai.

Olh itu, proses pendaftaran adalah penting dari segi undang-undang dalam menentukan keselamatan sesuatu ubat. Sebelum itu, ada baiknya dielakkan apa-apa saja ubat yang masih belum berdaftar, apa lagi sekarang ini ubat-ubatan seperti Viagra boleh boleh dipesan melalui Internet dan melangkau segaa proses pendaftaran dan pengawalan yang telah ditetapkan kerajaan.

Semua ini menunjukkan peggunaan ubat-ubatan adalah satu perkara yang serius. Ia perlu diamalkan dan dipatuhi dengan tepat dan tidak diambil mudah. Sudah menjadi kelaziman ubat-ubatan baru menunjukkan kesan buruk yang lebih banyak sebaik saja dipasarkan dengan meluas dan terdedah kepada ratusan juta pengguna di seluruh dunia.

Lebih membimbangkan ada laporan yang menyatakan kini sudah ada pil Viagra diseludup atau pil tiruan dijual khususnya di kawasan sempadan negara jiran.

Ketika itu barulah ditentukan dengan jelas nilai sebenar sesuatu ubat. Malah tidak kurang juga ubat yang terpaksa ditarik balik penjualannya selepas beberapa lama dipasarkan sebagai berikutan kesan buruk yang dahulunya tidak dapat dikesan.

Lebih membimbangkan ada laporan yang menyatakan kini sudah ada pil Viagra diseludup atau pil tiruan dijual khususnya di kawasan sempadan negara jiran. Thailand dan Singapura adalah antara negara jiran terdekat yang sudah meluluskan penggunaan ubat ini.

Implikasi kos daripada penggunaan Viagra juga adalah satu aspek penting ditekankan. Mengikut hitung kasar rakyat akan membelanjakan hampir RM1 billion setahun jika hanya dihadkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan.

Jika tidak, bayangkan saja pembaziran yang akan berlaku kelak. Ia juga boleh mengakibatkan kesan sampingan seperti pening kepala, pitam dan penglihatan kabur membabitkan warna kebiruan. Ini masih kurang diperkatakan untuk menyedarkan orang ramai.

Oleh sebab itu, pengguna perlu berwaspada walaupun selepas sesuatu ubat didaftarkan. Sikap ini sepatutnya bukan tertumpu kepada ubat seperti Viagra saja, tetapi kepada apa-apa jenis ubat sekali pun. Khabarnya lebih banyak firma yang memasarkan ubat-ubatan `pemulihan tenaga batin' dalam masa terdekat ini. Hanya kesedaran dan sikap berwaspada saja yang akan menentukan segala-galanya.

Kita perlu memahami baik buruk Viagra. Mengikut sumber perubatan, bilangan rakyat Malaysia lelaki yang mengalami `lemah tenaga batin' atau erectile dysfunction (ED) dalam bahasa perubatannya, dianggarkan satu juta orang.

ED dikenali sebagai satu keadaan apabila seseorang tidak dapat melakukan hubungan kelamin kerana anggota kelamin tidak berupaya ditegangkan.

Lemah tenaga batin khususnya yang membabitkan lelaki yang berpunca daripada pelbagai perkara, termasuk masalah perubatan, fizikal mahupun psikologikal, ataupun kedua-duanya sekali. Penyakit kencing manis, darah tinggi, kanser bahagian kolon (sebahagian usus besar), kegemukan (obesity) adalah antara sebab yang boleh mengakibatkan ED.

Bahan racun seperti rokok, alkohol dan dadah juga boleh menyebabkan ED. Malah lebih daripada 200 jenis ubat seperti ubat-ubatan darah ringgi dikesan boleh menyebabkan lemah tenaga batin. Sebelum adanya ubat seperti Viagra, rawatan ED menggunakan pendekatan yang memerlukan peralatan tertentu untuk membolehkan berlakunya ketegangan anggota kelamin.

Namun kebanyakan pendekatan ini tidak begitu digemari kerana ketidakselesaan yang timbul atau menyebabkan si pengguna berasa agak malu untuk menggunakannya. Malah, ubat-ubatan yang adapun tidak begitu meyakinkan seperti terapi penggantian hormon, atau suntikan ubat alprostadil.

Oleh yang demikian, dengan adanya Viagra, sejenis pil yang begitu mudah digunakan untuk mengarasi ED, dunia perubatan sudah mencipta satu kejayaan yang selama ini sememangnya dinantikan.

Bagaimanakah Viagra bertindak? Viagra atau dikenali dengan nama saintifik sildenafil sitrat, adalah bahan kimia pertama yang dikatakan dapat bertindak terus pada anggota kelamin lelaki untuk merawat ED. Keadaan ini berlaku sebagai akibat tindakan kimia untuk mempermudahkan darah mengalir ke dalam saluran darah pada anggota kelamin. Pada masa yang sama bekalan darah yang keluar daripada anggota kelamin berkurangan.

Hasilnya otot pada anggota kelamin menjadi lebih tegang seperti dalam keadaan biasa. Sungguhpun begitu, pil Viagra mengambil masa kira-kira satu jam untuk memberi kesannya sedangkan dalam keadaan normal proses ini berlaku secara spontan.

Viagra bukanlah `perangsang tenaga batin' atau aprodisiak. Maksudnya, bagi mereka yang tidak mengalami ED, Viagra tidak akan mendatangkan apa-apa `kebaikan' tambahan. Sebaliknya ia boleh mendatangkan kesan sampingan kerana ini dianggap sebagai salah guna.

Memandangkan ini, maka tidak hairanlah Viagra menjadi begitu popular bukan saja epsakit tenaga batin malah mereka yang tidak mengalami masalah itu. Namun demikian, Viagra bukanlah `perangsang tenaga batin' atau aprodisiak. Maksudnya, bagi mereka yang tidak mengalami ED, Viagra tidak akan mendatangkan apa-apa `kebaikan' tambahan. Sebaliknya ia boleh mendatangkan kesan sampingan kerana ini boleh dianggap sebagai salah guna.

Menyalahgunakan Viagra boleh membawa padah. Perbuatan salah guna ini sebenarnya membimbangkan terutama dalam masyarakat yang lebih terbuka dan permisif. Viagra mungkin dianggap sebagai `reakreasi' oleh sesetengah pihak, iaitu digunakan untuk berseronok-seronok oleh mereka yang tidak mengalami ED.

Bagi pesakit ED pula, Viagra membuka satu lembaran `baru' dalam kehidupan mereka sehinggakan banyak pula kerenah lain yang timbul. Laporan seperti suami menceraikan isteri, pelacur membunuh `pelanggan' atau syarikat insurans disaman pengguna Viagra sudah mula dapat dibaca dalam akhbar. Pendek kata pelbagai gejala sosiobudaya sudah mula terbit dengan adanya ubat seperti Viagra.

Memandangkan semua kemungkinan ini, satu pertimbangan yang amat serius mesti diberikan sebelum ubat seperti Viagra digunakan khasnya bagi mereka yang tidak memerlukannya. Kehadiran Viagra di Malaysia jika diluluskan kelak mesti diiringi dengan kesedaran secukupnya suapay ubat ini dimanfaatkan sebaik mungkin.

Rencana ini pertama kali disiarkan dalam buletin USM, Perantara.

Sambungan (Bahagian II)

Sumber: Berita Harian

   Selasa, 16 Mac, 1999, ms.10