HOME     ABOUT US SERVICES STAFF MEMBERS RESEARCH ACTIVITIES PHOTO GALLERY
 
 
 
  .: Links
  WHO Collaborating Centre
  Products
  Toxicology Laboratory
  Publication/Production
  Collaborators
  News & Health Information
  Berita Kesihatan
  PRN Bulletins & Articles
  Malaysian Drug & Poison Net
  United For Tobacco Free
  Hiroshima On My Mind
  Articles by Founding Director
  Posters & Brochures
 
 
 
Contact Us
National Poison Centre
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang
Malaysia
 
Tel: +604-657 0099
Fax: +604-656 8417
 
Email: prnnet@usm.my
 
 

   
Poisonous Plants
 
 
A
Abrus precatorius
Other Name: Akar Belimbing, Akar Saga
   
 



Pengenalan:

  • Famili: Leguminosae
  • Nama Melayu: Saga Kenari, Akar Saga, Saga Betina, Akar belimbing
  • Nama Lain: Aivoeiro, Arraccu-mitim, Buddhist rosary bead, Carolina muida, Crabs eye, Deadly crab’s eye, Indian bead, Indian liquorice, Jequirite, Jequirity Bean,Jumble beads, Juquiriti, Lucky bean, Prayer beads, Precatory bean, Rosary beads,Rosary Pea,Ruti,Tentos da America, Tentos dos mundos, Weather plant,Wild liquorice
Penerangan:
Tumbuhan ini adalah jenis yang menjalar dan memanjat. Kulit batangnya berwarna gelap. Ia tumbuh melilit pada tumbuhan sokongan atau pagar.Batangnya boleh menjalar diantara 3 - 6 meter. Tumbuhan ini juga mempunyai bunga-bunga kecil berwarna ungu muda. Buahnya pula berbentuk kulit keras yang leper,bujur dan berisi kekacang.

Kegunaan:
Ia dilaporkan pernah diguna untuk mengurangkan tekanan darah tinggi, sakit kepala, batuk, bronkitis, sakit kerongkong, penyakit perut, penyakit konjunktivitis iaitu radang membran pada mata dan penyakit malaria. Ia juga dilaporkan diguna untuk merawat luka, jerawat, tetanus dan sebagai ubat perancang bagi masyarakat asli Afrika.

Keracunan:
  • Bahagian Beracun : Biji
  • Bahan Aktif : Abrin, Abrus agglutinin
  • Bahan Lain : Glycyrrhizin dan enzim lipolytic
Kesan Keracunan:
Simptom awal keracunan ialah  rasa terbakar di dalam mulut dan tekak, sakit perut yang teruk, muntah, muntah darah, najis hitam seperti tar dan diikuti dengan simptom seperti mengantuk, lemah anggota badan, kurang tindak balas, sawan, kejutan, kebiruan, pendarahan di dalam mata dan kehilangan air di dalam badan. Apabila terkena mata, tumbuhan ini  boleh menyebabkan keradangan dan buta.

Rawatan kecemasan:
Buangkan saki baki tumbuhan pada anggota badan, Jika termakan, kepada rangsangan perlu dilakukan agar termuntah. Rangsangan tidak boleh dilakukan mangsa yang pengsan. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera. Jika terkena mata, lalukan dengan air bersih selama 10 minit 


     
  Back
   
   
  [Top]
   
   

 
 
Copyright © National Poison Centre, USM 2008. All Rights Reserved