HOME     ABOUT US SERVICES STAFF MEMBERS RESEARCH ACTIVITIES PHOTO GALLERY
 
 
 
  .: Links
  WHO Collaborating Centre
  Products
  Toxicology Laboratory
  Publication/Production
  Collaborators
  News & Health Information
  Berita Kesihatan
  PRN Bulletins & Articles
  Malaysian Drug & Poison Net
  United For Tobacco Free
  Hiroshima On My Mind
  Articles by Founding Director
  Posters & Brochures
 
 
 
Contact Us
National Poison Centre
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang
Malaysia
 
Tel: +604-657 0099
Fax: +604-656 8417
 
Email: prnnet@usm.my
 
 

Smoking and Islam
   
Tiada Cadangan Haramkan Merokok
  By: -
Source: Berita Harian, Khamis, 28 Disember, 1995
   
 

KUALA LUMPUR, Rabu – Kerajaan sukar mengharamkan rokok kerana tiada ada keseragaman keputusan ulama di dalam negara atau negara Islam lain di seluruh dunia, kata Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad.

Perdana Menteri berkata, beliau bersetuju kalau rokok diharamkan tetapi kerajaan tidak tahu sama ada boleh dibuat atau tidak.

Menurutnya, keputusan mengharamkan rokok adalah baik tetapi ada ulama sendiri yang menghisap rokok.

“Bukan saja tidak ada keseragaman di antara negeri, tetapi di seluruh dunia Islam pun ada yang menghisap oga dan ganja.

“Saya bersetuju, kalau boleh haramkan semua tetapi yang nampak benda ini (rokok) ulama pun hisap juga.

  “Saya menyokong kalau boleh kawasan larangan merokok diluaskan kerana saya sendiri tidak merokok dan tidak menjadi masalah kalau rokok itu diharamkan”, katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program Gerak Mesra di Dataran Setia Angkasapuri, di sini hari ini.

Beliau mengulas keputusan Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Selangor mewartakan merokok adalah haram pada 7 Disember lalu.

Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangon 1989 mendefinasikan rokok sebagai tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau lainnya.

Mengikut warta itu, keputusan mengharamkan rokok mengikut Sub-seksyen 31(1) dan Seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, diputuskan pada 25 Oktober lalu.

Perdana Menteri berkata, beliau bersetuju semua pihak berkuasa meluaskan kawasan larangan merokok kerana perbuatan merokok itu, tidak memberi sebarang faedah.

“Adalah lebih baik orang ramai tidak menghisap rokok kerana ia tidak bermanfaat langsung … bukan boleh sihat atau kenyang.

“Tidak akan mati kalau asap tidak masuk paru-paru. Hisap asap itu pula boleh menyebabkan barah”, katanya.

Dr. Mahathir berkata, kerajaan menyambut baik kalau orang ramai dapat membentuk ketahanan diri supaya tidak menghisap rokok.


     
  Back
   
 
 

 
 
Copyright © National Poison Centre, USM 2008. All Rights Reserved