HOME     ABOUT US SERVICES STAFF MEMBERS RESEARCH ACTIVITIES PHOTO GALLERY
 
 
 
  .: Links
  WHO Collaborating Centre
  Products
  Toxicology Laboratory
  Publication/Production
  Collaborators
  News & Health Information
  Berita Kesihatan
  PRN Bulletins & Articles
  Malaysian Drug & Poison Net
  United For Tobacco Free
  Hiroshima On My Mind
  Articles by Founding Director
  Posters & Brochures
 
 
 
Contact Us
National Poison Centre
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang
Malaysia
 
Tel: +604-657 0099
Fax: +604-656 8417
 
Email: prnnet@usm.my
 
 

Smoking and Islam
   
Perokok Belanja RM2j Dalam Sehari
  Oleh: -
Sumber: Berita Harian, Disember, 1995
   
 

KUALA LUMPUR, Khamis – Rakyat negera ini membelanjakan kira-kira RM2 juta sehari untuk membeli rokok tanpa menghiraukan kesan merokok itu sebagai membahayakan kesihatan.

Setiausaha Agung, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), N. Marimuthu, berkata, ini bermakna rakyat membelanjakan kira-kira RM 720 juta setahun untuk membeli rokok.

Beliau berkata, tindakan perokok membelanjakan wang yang begitu banyak jelas membuktikan mereka tidak menghiraukan merokok membahayakan kesihatan.

Katanya, kebanyakan perokok tidak sedar bahaya itu, kerana amalan merokok memudahkan perokok menghidap penyakit barah yang boleh membawa maut.

“Saya harap kerajaan membuat keputusan supaya rokok diharamkan di negara ini kerana kajian pihaknya mendapati ia mendatangkan kesan penyakit terhadap perokok.

“FOMCA menyokong pengharaman merokok diperluaskan untuk menyedarkan perokok terhadap bahaya merokok.

“Kerajaan perlu mengharamkan rokok kerana wang yang dibelanjakan itu boleh digunakan untuk membantu golongan miskin yang memerlukannya”, katanya keoada Berita Harian di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, kerajaan sukar mengharamkan rokok kerana tidak ada keseragaman keputusan ulama di dalam negara atau negara Islam lain di seluruh dunia.

Perdana Menteri berkata beliau bersetuju kalau rokok diharamkan tetapi kerajaan tidak tahu sama ada boleh dibuat atau tidak.

Menurutnya, keputusan mengharamkan rokok adalah baik tetapi ada ulama sendiri yang menghisap rokok.

Sehubungan itu, Marimuthu berkata, kerajaan perlu mempromosikan kempen larangan merokok diperluaskan untuk menyedarkan orang ramai bahaya merokok terhadap kesihatan.

“Kempen menyedarkan orang ramai mengurangkan pembaziran wang kerana merokok dapat membendung tabiat merokok”, katanya.


     
  Back
   
 
 

 
 
Copyright © National Poison Centre, USM 2008. All Rights Reserved