HOME     ABOUT US SERVICES STAFF MEMBERS RESEARCH ACTIVITIES PHOTO GALLERY
 
 
 
  .: Links
  WHO Collaborating Centre
  Products
  Toxicology Laboratory
  Publication/Production
  Collaborators
  News & Health Information
  Berita Kesihatan
  PRN Bulletins & Articles
  Malaysian Drug & Poison Net
  United For Tobacco Free
  Hiroshima On My Mind
  Articles by Founding Director
  Posters & Brochures
 
 
 
Contact Us
National Poison Centre
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang
Malaysia
 
Tel: +604-657 0099
Fax: +604-656 8417
 
Email: prnnet@usm.my
 
 

Smoking and Islam
   
Merokok: Imam Mahu Pusat Islam Putuskan
  Oleh: -
Sumber: Berita Harian, Rabu, 27 Disember 1995
   
 

SHAH ALAM, Selasa – Pusat Islam diminta memutuskan segera isu merokok yang menimbulkan pelbagai reaksi berbeza daripada umat Islam di negara ini selepas Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Selangor mewartakan merokok sebagai haram pada 7 Disember lalu.

Beberapa imam dan bilal di negeri ini berpendapat buat masa ini umat Islam yang merokok tidak perlu gelisah dengan pengumuman mengharamkan rokok yang dibuat oleh Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom.

Mereka berpendapat, sebaiknya umat Islam yang merokok bersabar sehingga Pusat Islam membuat pengumuman kerana berlaku perselisihan pendapat antara Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak dengan Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Imam Satu Masjid Raja Uda Seksyen 16, Shah Alam, Ahmad Shauqi, berkata pengharaman merokok itu mungkin menimbulkan kegelisahan di kalangan umat Islam yang merokok kerana sukar untuk menghentikan tabiat itu serta-merta.

Menurutnya, beliau mengakui di kalangan imam dan bilal sendiri yang merokok kerana berpendapat perbuatan itu adalah makruh.

“Walaupun saya tidak merokok, saya tidak boleh membuat komen yang memanaskan lagi keadaan. Sebaiknya kita bersabar menunggu keputusan Pusat Islam”, katanya ketika dihubungi.

Sementera itu, Imam Masjid Kolej Islam Malaya, Husin Abdul Rahman, berkata hukum merokok tidak jelas kerana ada yang berpendapat ia makruh dan tiada nas atau hadis yang mengharamkan perbuatan itu secara langsung.

“Sekarang sudah ada perselisihan pendapat terhadap isu ini dan perlu ada perbincangan membabitkan Pusat Islam dan Majlis Fatwa Kebangsaan untuk mencari keputusan muktamad”, katanya.

Timbalan Imam Masjid Ar-Rahmah, Damansara Baru, Saidin Arshad, pula berpendapat pengharaman itu agak berat untuk dilaksanakan kerana ramai umat Islam yang merokok.

“Merokok adalah tabiat biasa di kalangan umat Islam dan walaupun saya tidak merokok saya kurang bersetuju dengan pengharaman ini.  Bagaimanapun, wajar jika Pusat Islam memutuskan segera perkara ini supaya tidak mengelirukan umat Islam”, katanya.


     
  Back
   
 
 

 
 
Copyright © National Poison Centre, USM 2008. All Rights Reserved