HOME     ABOUT US SERVICES STAFF MEMBERS RESEARCH ACTIVITIES PHOTO GALLERY
 
 
 
  .: Links
  WHO Collaborating Centre
  Products
  Toxicology Laboratory
  Publication/Production
  Collaborators
  News & Health Information
  Berita Kesihatan
  PRN Bulletins & Articles
  Malaysian Drug & Poison Net
  United For Tobacco Free
  Hiroshima On My Mind
  Articles by Founding Director
  Posters & Brochures
 
 
 
Contact Us
National Poison Centre
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang
Malaysia
 
Tel: +604-657 0099
Fax: +604-656 8417
 
Email: prnnet@usm.my
 
 

Smoking and Islam
   
Kedah Juga Haramkan Merokok
  Oleh: -
Sumber: Berita Harian, Ahad, 24 Januari 1995
   
 

KUALA LUMPUR: Kedah menjadi negeri kedua selepas Selangor yang memutuskan merokok adalah haram; manakala empat negeri lain akan membuat keputusan tentangnya selepas mengkaji dan meneliti terlebih dulu perkara itu.

Jawatankuasa Fatwa Negeri Kedah yang membuat keputusan itu bulan lalu, turut meminta umat Islam menghentikan perbuatan membazir dan memudaratkan kesihatan itu.

Pengerusinya, Datuk Sheikh Abdul Majid Mohd Noor, berkata keputusan itu belum diwartakan kerana urusan berkenaan terletak dalam bidang kuasa Majlis Agama Islam Kedah (Maik).

“Jawatankuasa Fatwa sudah membuat keputusan bahawa merokok adalah haram dan terpulang kepada Maik untuk mewartakannya”, katanya ketika dihubungi di Alor Star, semalam.

Beliau mengulas keputusan Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Selangor yang mewartakan hukum merokok adalah haram.       

Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989 mendefinisikan rokok sebagai tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau lainnya.

Abdul Majid berkata, keputusan itu dibuat selepas merujuk al-Quran, hadis serta pandangan pakar perubatan.

Katanya, adalah jelas dalam al-Quran dan hadis bahawa perbuatan yang memudarat dan membawa kebinasaan dilarang, manakala pakar perubatan berpendapat merokok menjejaskan kesihatan.

Beliau berkata, jawatankuasa berkenaan akan mengemukakan cadangan kepada Maik supaya menyebarkan fatwa merokok adalah haram dalam kegiatan dakwah majlis itu.

Di KUALA TERENGGANU, Timbalan Mufti Negeri, Datuk Mohd Zubir Awang, meminta Majlis Fatwa Kebangsaan menyelaras keputusan memfatwakan merokok sebagai haram di semua negeri.

Zubir berkata, perbincangan dengan setiap Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak negeri perlu diadakan sebelum memutuskan perkara itu.

Beliau berkata, perkara ini sepatutnya dibahas dan dibincangkan secara mendalam sebelum boleh difatwakan sebagai haram kerana sebelum ini kebanyakan ulama menghukumnya hanya sebagai makruh.

Di KANGAR, Majlis Agama Islam Perlis (Maips) pula akan mengeluarkan fatwa tentang merokok selepas membincangkan tentang perkara itu awal tahun depan, kata Setiausahanya, Mohammad Shokri Hussin.

Katanya, pada kebiasaannya semua negeri akan menyelaras keputusan merokok mengikut Majlis Fatwa Kebangsaan yang setakat ini belum memutuskan perkara itu.

Di MELAKA, Jawatankuasa Syariah Melaka pula akan mengkaji dan meneliti terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang fatwa tentang merokok adalah haram, kata Mufti negeri, Datuk Sheikh Mohd Yunus Md Yatim.

Di KOTA BHARU, Jemaah Ulama Kelantan akan mengadakan perbincangan khas dengan Majlis Agama Islam Kelantan (Maik) berhubung keputusan kerajaan Selangor mewartakan merokok adalah haram.

Timbalan Mufti Kerajaan Kelantan Datuk Mohammad Shukri Mohamad berkata perbincangan khas itu akan dipengerusikan oleh Mufti Kelantan, Datuk Hasbullah Mohd Hasan, tidak lama lagi.


     
  Back
   
 
 

 
 
Copyright © National Poison Centre, USM 2008. All Rights Reserved