HOME     ABOUT US SERVICES STAFF MEMBERS RESEARCH ACTIVITIES PHOTO GALLERY
 
 
 
  .: Links
  WHO Collaborating Centre
  Products
  Toxicology Laboratory
  Publication/Production
  Collaborators
  News & Health Information
  Berita Kesihatan
  PRN Bulletins & Articles
  Malaysian Drug & Poison Net
  United For Tobacco Free
  Hiroshima On My Mind
  Articles by Founding Director
  Posters & Brochures
 
 
 
Contact Us
National Poison Centre
Universiti Sains Malaysia
11800 Penang
Malaysia
 
Tel: +604-657 0099
Fax: +604-656 8417
 
Email: prnnet@usm.my
 
 

Smoking and Islam
   
Fatwa Merokok Tidak Jelas: Mais
  Oleh: -
Sumber: Berita Harian, Isnin, 25 Disember 1995
   
 

SHAH ALAM, Ahad – Majlis  Agama Islam Selangor (Mais) menyifatkan tindakan Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Selangor mewartakan merokok sebagai haram pada 7 Disember lalu, sebagai tidak jelas.

Sehubungan itu, Mais belum bercadang mengenakan tindakan dan hukuman terhadap umat Islam di negeri ini yang merokok.

Timbalan Pengerusi Mais, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, berkata fatwa itu dibuat secara umum oleh Jawatankuasa Perunding Hukum Syarak Selangor dan tidak ada kaitan dengan Mais.

“Fatwa itu juga tidak jelas. Oleh itu, kerajaan negeri dan Mais belum bercadang mengenakan tindakan atau hukuman terhadap umat Islam yang merokok di negeri ini”, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata, banyak perkara yang perlu diambilkira terutama daripada segi kesan pengharaman merokok, lebih-lebih lagi ada imam dan bilal di negeri ini turut merokok.

Menurutnya, pengumuman Mufti Selangor, Datuk Ishak Baharom, seperti dilaporkan akhbar ini Sabtu lalu, dibuat secara umum selepas beliau mengadakan perbincangan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan, awal bulan lalu.

“Fatwa itu diumumkan oleh mufti, bukan Mais. Setakat ini, saya tidak dapat maklumat lebih lanjut tentang Fatwa itu kerana belum ada perbincangan dibuat oleh Mais”, katanya.

Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam Selangor 1989 mendefinisikan rokok sebagai tembakau yang digulung dengan kertas atau daun nipah atau lainnya.

Mengikut warta itu, keputusan mengharamkan rokok mengikut Sub-seksyen 31(1) dan Seksyen 32 Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam 1989, diputuskan pada 25 Oktober lalu.

Mufti dilaporkan berkata, keputusan itu dibuat kerana merokok boleh memudaratkan kesihatan dan diakui oleh pakar perubatan.

Sehubungan itu, katanya, mulai tarikh pewartaan berkenaan, umat Islam yang merokok perlu menghentikan amalan itu, selaras tuntutan enakmen dan hukum Islam.


     
  Back
   
 
 

 
 
Copyright © National Poison Centre, USM 2008. All Rights Reserved