• call pusat racun websiteToxicology Laboratory Services
    Office hours

    Tel: +604 653 2171 / +604 653 2191
    Monday - Friday: 8:10am - 5:10pm
    E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

Keracunan dalam industri ternakan

Dr. Abu Bakar Abdul Majeed dan Wan Zainal Azman
Utusan Malaysia, 1 Mac 1997

MINGGU ini kita akan membincangkan tentang kemungkinan berlakunya keracunan yang disebabkan oleh hasil makanan dari sumber haiwan ternakan.

Benarkah kesan sampingan ubat-ubatan yang digunakan bagi haiwan ternakan boleh terbawa ke dalam kitaran makanan manusia dan seterusnya memudaratkan kita?

Memang benar bahawa ubat-ubatan yang digunakan untuk haiwan boleh memberi kesan sampingan terhadap manusia.

Contohnya, ketika menyediakan atau memberi ubat-ubatan seperti antibiotik penisilin atau hormon prostaglandin kepada haiwan, penternak mungkin mengalami alergi (alahan).

Penggunaan racun serangga, organofosfat bagi membunuh kutu haiwan boleh menyebabkan penternak terdedah kepada keracunan sebatian tersebut melalui pernafasan.

Lebih membimbangkan lagi ialah kemungkinan ubat-ubatan seperti ejen perangsang, pertumbuhan daripada jenis antibiotik menceroboh masuk ke kitar makanan manusia sekiranya penggunaannya tidak dikawal dan dimantau dengan berkesan.

Bakteria

Bakteria yang sekian lama menjadi musuh manusia juga mampu menyerang haiwan ternakan.

Oleh kerana haiwan ternakan sering hidup dalam kumpulan yang besar, maka serangan bakteria boleh menyebabkan keseluruhan kelompok terdedah kepada bahaya penyakit.

Ini boleh memberi inplikasi buruk terhadap industri ternakan.

Penyakit seperti radang kelenjar susu, radang usus kecil dan radang paru-paru mudah merebak.

Jadi penggunaan antibiotik amat penting bagi mengawal penyakit-penyakit ini.

Selain daripada itu, antibiotik telah lama digunakan sebagai perangsang pertumbuhan.

Antibiotik dalam dos yang rendah sering dicampurkan ke dalam makanan haiwan ternakan bagi mempercepatkan dan permatangan. Kebenaran menggunakan antibiotik sebagai perangsang pertumbuhan mestilah memenuhi pelbagai kriteria utamanya yang melibatkan antibiotik yang jarang digunakan untuk manusia dan yang mudah disingkirkan oleh tubuh haiwan. Antara drug yang perlu diberi perhatian ialah nitrofuran, drug ini tidak diserap oleh usus dan gagal memasuki saluran darah haiwan.

Justeru itu, di dalam praktik pengubatan haiwan, pelbagai langkah keselamatan telah disarankan bagi mempastikan bahan yang memasuki kitar makananmanusia bebas dari sebarang pencemaran. Contohnya, satu tempoh iaitu masa antara penamatan pengubatan dan penggunaan daging atau hasil ternakan lain sebagai bahan makanan atau minuman telah dimandatorikan. Tempoh minuman pelupusan bagi telur dan susu ialah selama tujuh hari. Bagi daging, lemak, dan hati haiwan ternakan pula tempoh pelupusan 28 hari dicadangkan. Jika amalan ini dipraktikkan dengan penuh berertika, maka masalah keracunan disebabkan memakan atau meminum hasilan dari haiwan ternakan pasti dapat dikurangkan atau dibenteras sama sekali.

Dalam kes yang berkaitan, tahun lepas heboh dilaporkan dalam akhbar tempatan tentang penggunaan sejenis kelas antibiotik dalam industri ternakan yang didakwa boleh menyebabkan barah dan radang otak. Antibiotik yang dimaksudkan ini ialah nitrofuran. Menurut sumber, antibiotik terebut telah digunakan secara meluas oleh para penternak ayam di negara kita bertujuan untuk mengawal jangkitan kuman bakteria di samping mempercepatkan tumbesar ayam. Berbagai reaksi yang bercanggah telah ditimbulkan oleh berbagai pihak termasuk Persatuan Pengguna dan Badan-Badan Kerajaan.

Nitrofuran merupakan sejenis antibiotik yang sering digunakan pada haiwan dan manusia bagi mengawal jangkitan, ia didapati amat berkesan untuk melawan jangkitan yang disebabkan oleh bakteria seperti Salmon ella sp, Mycoplasma sp., Coccidia sp, bakteria ini sering menyebabkan gangguan atau penyakit seperti cirit-birit, demam taun, jangkitan saluran kencing dan saluran usus. Di antara nitrofuran yang didapati di pasaran ialah furazolidon, furaltadon dan nitrofurantoin. Ketiga-tiga antibiotik inilah yang biasa digunakan pada haiwan ternakan tetapi hanya furazolidon dan nitfurantoin sahaja yang masih digunakan pada manusia. Penggunaan antibiotik tersebut secara berleluasan telah dilaporkan mula menyebabkan pertumbuhan bakteria yang rintang terhadap antibiotik.

Nitrofuran yang digunakan dalam industri ternakan seperti furazolidon dan furaltadon, didapati terlalu toksik jika digunakan secara suntikan. Walau bagaimanapun apabila diberikan melalui campuran makanan dan minuman, kedua-duanya didapati tidak mendatangkan kemudaratan kerana sifatnya yang tidak dapat diserap oleh saluran penghadaman haiwan ternakan. Nitrofurantoin pula diserap oleh saluran penghadaman tetapi cepat dikumuhkan melalui air kencing. Penggunaanya pada haiwan ternakan untuk tujuan dimakan adalah dilarang sama sekali. Kajian yang dilakukan terhadap haiwan makmal seperti tikus belum dapat mengesahkan keupayaannya mengakibatkan barah. Namun demikian, kajian lain yang dilakukan terhadap bakteria (sistem ujian khas menggunakan bakteria) telah menunjukkan suatu unsur dalam nitrofurantoin yang dipercayai boleh mengakibatkan barah. Berdasarkan kepada penemuan ini, beberapa negara telah mengharamkan penggunaan nitrofurantoin dan sebatiannya dalam haiwan ternakan.

Dalam ruangan ini PRN ingin mengesyorkan tiga langkah yang boleh diikuti oleh penternak serta pengguna bagi mempastikan keselamatan pengguna.

  1. Antibiotik seboleh-bolehnya hanya digunakan apabila benar-benar memerlukan iaitu untuk merawat atau melindungi haiwan ternakan daripada jangkitan yang serius. Dan bukan untuk tujuan lain.
  2. Apabila digunakan dos antibiotik haruslah berdasarkan sukatan yang disarankan. Ini bertujuan untuk mempastikan dos yang optima dapat diberikan tanpa menyebabkan kesan sampingan kepada ternakan dan juga pengguna.
    Merujuk

    Namun begitu, penternak dinasihatkan agar merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Haiwan terlebih dahulu sebelum menggunakan satu-satu antibiotik serta untuk mendapatkan panduan penggunaan yang lebih khusus.

  3. Jangka masa penyembelihan ternakan harus dipatuhi sekiranya digunakan ke atas ternakan. Ternakan yang diberi rawatan antibiotik perlu dibiarkan untuk satu jangka masa tertentu sebelum disembelih untuk dimakan.

Jangka masa menunggu tersebut bergantung kepada jenis ternakan yang dipelihara atau antibiotik yang digunakan.

Sebagai contoh untuk sejenis antibiotik furazolidon, ayam yang telah di berikan antibiotik ini terpaksa menunggu selama 7 hari sebelum disembelih.

Menurut kajian yang telah dijalankan , antibiotik ini biasanya telah pun diurai dan dinyahkan keluar dari badan selepas tempoh tersebut. Oleh yang demikian, selepas tempoh jangka masa ini segala hasilan ternakan adalah sesuai dan selamat untuk dimakan sekiranya pemberian antibiotik adalah mengikut arahan dan dos yang disyorkan.

Kepada pengguna pula dinasihatkan supaya berwaspada memakan organ-organ dalaman ternakan terutamanya usus dan perut sekiranya furazolidon atau furaltadon digunakan dalam haiwan ternakan dan haiwan disembelih serta-merta kera antibiotik tersebut masih lagi kekal dalam usus.


s utube s fb