• call pusat racun websiteToxicology Laboratory Services
    Office hours

    Tel: +604 653 2171 / +604 653 2191
    Monday - Friday: 8:10am - 5:10pm
    E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

Kepakaran Pusat Racun USM diiktiraf antarabangsa

Sumber: Utusan Malaysia
26 Januari 1998

PUSAT Racun Negara (PRN) Universiti Sains Malaysia (USM), sekali lagi mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila diberikan mandat untuk membina laman induk International Network of Drug Information Centres (INDICES) di Internet.

Buletin USM, Perantara, baru-baru ini memaklumkan bahawa laman induk tersebut yang akan dilancarkan tidak lama lagi akan membekalkan maklumat terkini mengenai ubat-ubatan di samping sumber rujukan utama bagi aktiviti INDICES.

PRN melalui INDICES akan dapat memainkan peranan penting dalam menangani perkembangan maklumat ubat-ubatan pada peringkat antarabangsa.

Ia akan dapat membantu badan seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk menetapkan dasar tertentu pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia tahun ini.

PRN dilantik untuk mengendalikan INDICESS dalam satu perjumpaan Expert Consultation on Drug Information Centres yang berlangsung di Villa Borsig, Berlin, Oktober lalu.

Perjumpaan kali kedua ini merupakan anjuran bersama German Foundation for International Development dan WHO.

Seramai 10 pakar runding antarabangsa telah menghadirinya termasuklah pengarah PRN, Prof. Dzulkifli Abdul Razak sebagai mewakili rantau Asia.

Antara ketetapan yang dicapai dalam perjumpaan ini ialah menubuhkan INDICES iaitu jaringan antarabangsa yang menyelaraskan aktiviti dan resolusi perjumpaan tersebut.

Sehingga kini, PRN telah melatih lebih daripada 20 kakitangan luar negara dalam hal-hal berkaitan maklumat ubat-ubatan dan farmasi.


s utube s fb