• call pusat racun websiteToxicology Laboratory Services
    Office hours

    Tel: +604 653 2171 / +604 653 2191
    Monday - Friday: 8:10am - 5:10pm
    E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

Dzulkifli penerima anugerah Olle Hansson

Sumber: Utusan Malaysia
              13 Oktober 1999

SEORANG lagi anak Melayu, Prof. Dzulkifli Abdul Razak menerima pengiktirafan dunia kerana sumbangannya menyediakan sistem farmaseutikal di kepulauan Pasifik Selatan, baru-baru ini.

Prof. Dzulkifli kini adalah Pengarah Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia (USM), menjadi rakyat Malaysia pertama menerima anugerah Olle Hansson bagi tahun 1999.

Selain mencipta mekanisasi dan menyediakan modus operandi farmaseutikal, beliau juga adalah penyumbang utama mewujudkan kesedaran masyarakat supaya berhati-hati dalam pengambilan ubat-ubatan.

Prof. Dzulkifli yang tidak menyangka untuk menerima pengiktirafan dunia itu menyifatkan usahanya selama ini masih di peringkat permulaan.

Penghormatan ini adalah di luar dugaan saya kerana apa yang saya lakukan adalah masih di peringkat awal,'' katanya kepada Utusan, baru-baru ini.

Anugerah Olle Hansson yang diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu adalah bagi memperingati jasa serta keberanian Dr. Hansson dari Sweden.

Dr. Hansson adalah tokoh yang mengkritik dan mendedahkan beberapa ketidakadilan yang berlaku di dalam bidang perubatan.

Sistem farmaseutikal yang dibangunkan Prof. Dzulkifli itu adalah untuk kegunaan negara Fiji dan Papua New Guinea yang tidak mempunyai sistem pengendalian ubat-ubatan seperti pembuangan ubat-ubatan yang telah luput tempoh penggunaannya.

Prof. Dzulkifli juga merupakan penyumbang utama ke arah menyedarkan masyarakat supaya lebih berhati-hati dalam pengambilan ubat-ubatan.

Beliau turut aktif mendidik masyarakat tentang hak mereka di dalam dunia perubatan di negara ini.
 


s utube s fb