• call pusat racun websiteToxicology Laboratory Services
    Office hours

    Tel: +604 653 2171 / +604 653 2191
    Monday - Friday: 8:10am - 5:10pm
    E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

Mangsa Bom Atom Meninggal

Sumber: Mingguan Malaysia
              Ahad, 2 Ogos 1998

TOKYO 1 Ogos - Manusia tertua di Jepun, Asa Takii, yang terselamat dalam serangan bom atom di Hiroshima, meninggal dunia pada usia 114 tahun, kata pegawai hospital hari ini.

Takii meninggal dunia akibat sakit jantung semalam. Wanita itu dilahirkan pada April 1884 di Hiroshima.

Takii berusi 61 tahun ketika Amerika Syarikat (AS) menggugurkan bom atom di Hiroshima. Letupan itu mengorbankan suami dan semua saudara maranya, tetapi Takii jarang mahu menyebut mengenai kejadian itu.

"Saya sedang mencuci baju ketika saya lihat kilauan yang sungguh luar biasa," kata Takii dipetik ketika menceritakan mengenai pengeboman itu kepada akhbar Asahi Shimbun. Reuters.

 


s utube s fb