• call pusat racun websiteToxicology Laboratory Services
    Office hours

    Tel: +604 653 2171 / +604 653 2191
    Monday - Friday: 8:10am - 5:10pm
    E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

PULAU PINANG, 8 Mac 2018 – Universiti Sains Malaysia (USM) bakal menjadi peneraju hub rujukan racun peringkat global melalui pembangunan sistem dan aplikasi atas talian untuk agensi-agensi profesional kesihatan dalam dan luar negara. 

Melalui sistem yang dibangunkan ini, agensi-agensi berkaitan mampu merujuk pelbagai jenis racun yang akan disediakan secara lengkap melalui Pusat Racun Negara (PRN), Universiti Sains Malaysia (USM).

Menurut Ketua Unit Maklumat Ubat dan Racun, PRN USM, Adilah Mohamed Arif, sistem yang bakal dilancarkan ini mempunyai pelbagai kemudahan buat sesiapa yang ingin merujuk jenis racun ditambah dengan perkhidmatannya 24 jam sehari atas talian.

“Sistem ini telah dibangunkan bersama Pusat Pengetahuan Komunikasi dan Teknologi (PPKT) USM juga mempunyai taburan lengkap data racun yang telah dikaji dan dikenalpasti terdapat di negara ini termasuklah peringkat antarabangsa,” katanya ketika menyampaikan taklimat sistem berkenaan kepada 25 orang delegasi lawatan Ahli Jawatankuasa Teknikal Lembaga Racun Makhluk Perosak (LRMP), Bahagian Kawalan Racun Perosak, Jabatan Pertanian.

Tambahnya, pegawai perubatan masa kini agak kurang didedahkan dengan taburan data lengkap racun yang ada di negara ini, dan sekiranya berlaku perkara tidak diingini, laporan tidak dibuat oleh pihak berkenaan membuatkan mangsa berkemungkinan boleh mengambil tindakan termasuk tindakan undang-undang.

“Atas sebab inilah PRN membangunkan sistem ini agar ia mampu memudahkan agensi-agensi kesihatan, Pegawai Perubatan, ahli Farmasi dll, bagi urusan rujukan, pemantauan dan laporan bagi meningkatkan kualiti maklumat klinikal secara rapi dan profesional untuk pengurusan kes-kes melibatkan keracunan.”

Jelas Adilah, sistem ini menyasarkan golongan profesional dalam kesihatan dari dalam dan luar negara, Kementerian Kesihatan Malaysia, syarikat-syarikat berkaitan industri racun, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dengan harapan mereka akan menggunakan sepenuhnya sistem yang dibangunkan ini.

Turut hadir adalah Pengarah Pusat Racun Negara, USM, Prof. Dato’ Dr. Mohamed Isa Abd. Majid; Setiausaha Lembaga Racun Makhluk Perosak, Jabatan Pertanian, Mohd Fauzan Yunus; pegawai-pegawai utama Pusat Racun Negara dan Jabatan Pertanian.


s utube s fb