• call pusat racun websiteToxicology Laboratory Services
    Office hours

    Tel: +604 653 2171 / +604 653 2191
    Monday - Friday: 8:10am - 5:10pm
    E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

news 4

KUALA LUMPUR:  24 Mac 2018 Pusat Racun Negara Universiti Sains Malaysia (USM) menasihatkan ibu bapa supaya tidak membeli mainan berbentuk lendir yang berwarna warni yang dikenali sebagai Crystal Slime Clay kerana mengandungi bahan kimia yang dikenali sebagai Sodium Tetraborate atau Borax.

Pengarah Pusat Racun Negara USM, Prof Datuk Dr Mohamed Isa Abd Majid berkata kebiasaannya kanak-kanak cenderung untuk menggigit dan memakan benda yang berbentuk lendir atau bergetah.

Dr Mohamed Isa menjelaskan sekirannya kanak-kanak termakan bahan yang mengandungi Borax ia boleh menyebabkan kematian.

"Sekiranya Borax termasuk dalam saluran pemakanan akan bertukar menjadi asid borik di dalam saluran makanan kanak-kanak," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Sebelum ini, Pusat Racun Negara USM pernah menerima laporan melibatkan kematian 13 kanak-kanak akibat asid borix yang terdapat dalam makanan.

"Pada Oktober 1988, 13 kanak-kanak berusia dua setengah tahun hingga 11 tahun meninggal dunia akibat memakan Loh See Fun yg mengandungi asid borak yang tinggi," katanya lagi.

Justeru Dr Mohamed Isa menggesa agar ibu bapa agar berhati-hati dan tidak membeli mainan seperti Crystal Slime Clay secara atas talian atau di pasaran.

"Saya dapati bahawa bahan mainan bergetah ini boleh dibeli secara online jadi saya khuatir jika ibu bapa membuat pembelian dibuat secara online.

"Jika dilihat kandungan bahan kimia yang terdapat dalam mainan ini, kami di Pusat Racun Negara sangat khuatir akan berlaku kes keracunan akibat kanak-kanak termakan bahan bergetah ini.

"Sebagai gesaan kepada masyarakat di Malaysia diharap demi keselamatan kanak-kanak kita berjaga-jaga agar kita tidak membeli mainan seperti ini," katanya.

Selain itu, Dr Mohamed Isa berkata Pusat Racun Negara juga berharap agar kerajaan membangunkan daftar bahan-bahan kimia yang terdapat dalam mainan kanak-kanak dan juga bahan di rumah.

Daftar ini penting kerana amaran awal boleh diberikan kepada kerajaan untuk tidak membenarkan bahan mainan yang mengandungi bahan kimia yang tinggi tidak dibawa masuk ke negara ini.

"Perlu ada satu daftar yang menunjukkan bahan kimia yang terdapat yang digunakan dalam mainan kanak-kanak dan bahan-bahan di rumah agar kita dapat memberi maklumat awal sekiranya bahan seperti ini dibiarkan tanpa sebarang kawalan oleh pihak kerajaan," katanya.

Astro AWANI sebelum ini menyiarkan laporan mengenai mainan berbentuk lendir yang berwarna-warni yang dikenali sebagai Crystal Slime Clay yang kini menjadi fenomena di China.
Sumber berita: Astro Awani


s utube s fb