• call pusat racun websiteToxicology Laboratory Services
    Office hours

    Tel: +604 653 2171 / +604 653 2191
    Monday - Friday: 8:10am - 5:10pm
    E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

091219

USM PULAU PINANG, 9 Disember 2019 – Makmal Toksikologi Pusat Racun Negara (PRN), Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi telah menerima Anugerah Makmal Cemerlang IKM (Institut Kimia Malaysia) 2019.

Pengiktirafan ini merupakan kali keempat berturut-turut diterima oleh makmal berkenaan dalam tempoh empat tahun.

Pengiktirafan oleh badan profesional itu sangat bermakna memandangkan Makmal Toksikologi PRN USM merupakan satu-satunya makmal universiti awam yang menerimanya.

Makmal tersebut diberi pengiktirafan itu atas perkhidmatan analisis kimia yang ditawarkan untuk mengesan kehadiran bahan terlarang di dalam produk tradisional, kosmetik dan makanan.

Selain itu, perkhidmatan tersebut juga ditawarkan untuk memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan iaitu Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementeran Kesihatan Malaysia (KKM) bagi tujuan pra-pendaftaran produk-produk tradisional dan notifikasi produk-produk kosmetik.

Sijil anugerah telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, Tuan Haji Mohamed Zaini Abdul Rahman kepada wakil Pusat Racun Negara, Dr. Leong Yin Hui pada 6 Disember yang lalu dalam majlis yang berlangsung di Sime Darby Convention Centre, Kuala Lumpur.

Pengiktirafan yang diberi itu menjadi bukti bahawa Makmal Toksikologi PRN sentiasa menitikberatkan perkhidmatan yang berkualiti disampaikan kepada pelanggan.

Selain daripada Anugerah Makmal Cemerlang IKM, pengiktirafan kualiti lain yang diterima adalah makmal akreditasi MS ISO/IEC 17025 sejak tahun 2011 yang diterima pakai di peringkat antarabangsa serta pengiktirafan sebagai makmal panel oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM sejak tahun 2018.

Teks asal: IKM/Suntingan: Tan Ewe Hoe


s utube s fb