• call pusat racun websiteToxicology Laboratory Services
    Office hours

    Tel: +604 653 2171 / +604 653 2191
    Monday - Friday: 8:10am - 5:10pm
    E-mail: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. 

Barangan Penjagaan Kesihatan Mulut

Oleh: Prof. Madya Mohamed Isa Abd. Majid
          Dewan Kosmik
          Oktober 2000

Penjagaan kesihatan mulut amat penting dalam menjaga penampilan diri. Mulut merupakan bahagian permulaan sistem penghadaman dan menyerlahkan kecantikan diri seseorang melalui penjagaan mulut dan gigi. Jika bahagian mulut tidak diberi perhatian, kesannya dapat dilihat pada gigi yang tidak bersih dan rosak, di samping bau mulut yang tidak menyenangkan. Dalam beberapa keadaan, kita mungkin mengalami kesakitan seandainya gigi atau bahagian mulut tidak dijaga dengan betul.

Penjagaan kesihatan gigi yang perlu diamalkan setiap hari termasuklah memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari serta mendapatkan pemeriksaan kesihatan mulut dan gigi daripada doktor gigi pada masa yang ditetapkan. Antara barangan kesihatan yang sering digunakan ialah ubat gigi, ubat kumur, ubat pengecam plak dan flos gigi. Rencana ini adalah bertujuan untuk menerangkan kegunaan barangan ini agar anda memperoleh penggunaan yang efektif.


   Ubat Gigi   

Ubat gigi digunakan bersama-sama dengan berus gigi untuk mencuci permukaan yang boleh dicapai. Ubat gigi terdapat dalam tiga sediaan, iaitu pasta, gel atau serbuk. Bahan yang terkandung di dalam ubat gigi jenis gel dan pasta terdiri daripada agen pengampai, agen aktif permukaan untuk membolehkan pembasahan bahan tidak terlarut oleh air, agen pengekal lembapan, agen perasa, bahan lelas dan kadang-kala, florida.

Tujuan penggunaan ubat gigi adalah untuk mengeluarkan kotoran dan plak gigi dengan bantuan berus gigi. Kebaikan yang diperoleh daripadanya adalah, pengurangan kejadian karis gigi dan penyakit gusi, menghilangkan bau mulut dan memperagakan penampilan yang menarik.

Bahan mustahak dalam ubat gigi yang mendatangkan ksan pengeluaran kotoran dan plak adalah bahan lelas. Bahan lelas yang tidak larut dalam air boleh merupakan silica, dikalsium fosfat, natrium metafosfat, kalsium karbonat dan aluminium oksida. Tahap lelasan ubat gigi dapat diubahsuai dengan menggunakan bahan-bahan tersebut. Seorang pengguna yang menghadapi masalah gigi yang terlalu sensitive disebabkan oleh terdedahnya saraf gigi, sepatutnya menggunakan ubat gigi yang mempunyai tahap lelasan yang rendah.

Agen aktif permukaan juga digunakan untuk mengeluarkan kotoran melalui pembasahan yang lengkap, di samping pembuihan semasa pemberusan yang sangat disukai oleh pengguna. Agen aktif permukaan yang sering kali digunakan adalah natrium lauril sulfat atau natrium N-lauroil sarkosinat. Agen pengekal lembapan dan agen pengampai digunakan untuk mencegah kehilangan lembapan daripada ubat gig. Bahan yang digunakan mungkin sorbitol, gliser dan propilena glikol. Agen pengampai pula akan mengampaikan bahan lelas secara seragam di dalam ubat gigi di samping melikatkan sediaa ubat gigi. Bahan pengampai ini mungkin merupakan metiselulosa, selulosa karbosimetilselulosa, bentonite, tragakan, gam karaya dan natrium alginat.


   Ubat gigi berflorida   

Ubat gigi berflorida digunakan untuk mengurangkan kejadian karis gigi berbanding ubat gigi biasa. Sediaan sedemikian biasanya mengandungi natrium monoflorofosfat pada kepekatan 0.76 - 0.80 peratus atau natrium florida pada kepekatan 0.24 peratus. Disebabkan kecenderungan kanak-kanak untuk menelan ubat gigi berglorida yang berlebihan yang akan mendatangkan masalah kelak, ubat gigi jenis ini tidak disyorkan untuk kanak-kanak antara umur 2 - 6 tahun, pemberusan gigi hendaklah diawasi oleh orang dewasa. Penggunaan oleh orang dewasa pula hendaklah dihadkan kepada sekali sehari sahaja.


  Ubat kumur mulut   

Ubat kumur mulut adalah larutan yang digunakan untuk menyegarkan bau mulut dan mencuci rongga mulut dengan kaedah kumuran. Ia disediakan untuk tujuan kosmetik atau sebagai larutan kumur berubat seperti larutan kumur timol. Umumnya larutan ini mengandungi bahan seperti alcohol, minyak meruap seperti timol, munyak eukaptol, mentol. Alkohol digunakan untuk mendapatkan raa pudina. Semakin tinggi kandungan lakohol, semakin terasan kesan pudina yang nyaman selepas berkumur dan meningkatkan kesegaran mulut.

Minyak yang digunakan berkesan menyekat pertumbuhan kuman di samping mempunyai kesan bius setempat yang akan melegakan kesakitan yang berlaku pada kawasan rongga mulut. Asid benzoik adalah agen antikuman yang akan mencegah pertumbuhan kuman di rongga mulut. Gliserin dijadikan sebagai ramuan larutan yang bukan sahaja meninggalkan rasa sejuk selepas berkumur, tetapi turut meninggalkan rasa manis.


   Ubat kumur berflorida   

Ubat kumur berflorida mengandungi sodium florida pada kepekatan 0.05 gm/100ml yang berkesan untuk mengatasi karis gigi. Semasa menggunakan larutan kumur berglorida pada kanak-kanak, pengawasan rapi perlu dilakukan. Ini bagi mengelakkan kanak-kanak (3-5 tahun) daripada menelan bahan tersebut menyebabkan berlaku pengambilan florida berlebihan akan menyebabkan floris yang dicirikan dengan gigi rosak dan tulang badan menjadi rapuh. Larutan kumur berflorida tidak syorkan untuk kanak-kanak bawah enam tahun.

Cara berkumur yang disyorkan adalah berkumur ke celah gigi selama satu minit dan meludah keluar semua larutan. Jangan telan larutan kumur tersebut. Jangan ambil sebarang jenis makanan atau mencucu mulut untuk selama 30 minit selepas berkumur.


   Ubat pengecam plak   

Ubat pengecam plak adalah larutan yang digunakan untuk menentukan tahap plak gigi. Ia akan mewarnai plak gigi lalu membolehkan pengguna menentukan tahap kebersihan mulut untuk mengatasi plak. Larutan ini tidak disyorkan digunakan untuk jangka panjang. Antara warna yang digunakan adalah pewarna Merah D&C No.128, pewarna Hijau D&C No.3 dan pewarna florescin.


   Flos gigi   

Ia adalah benang yang digunakan untuk mencuci gigi dalaman yang sukar dicapai dengan pemberusan gigi. Benang ini biasanya akan diseliputi dengan lilin atau tanpa sebarang salutan lilin dengan ketebalan yang berbeza. Tujuan penggunaan benang adalah untuk mencuci kotoran atau plak di celah gigi serta mengatasi kerengsaan disebabkan oleh makanan yang terlekat di celah gigi.

Penggunaan flos memerlukan teknik penggunaan yang betul. Ia sepatutnya diletakkan di celah gigi dan teknik tarikan dan sorongan sama seperti menggunakan gergaji. Apabila benang sampai ke gusi, ia dilengkungkan menjadi bentuk C supaya dpat memasuki celah gusi untuk mengeluarkan kotoran di tempat tersebut.


   Pencuci gigi palsu   

Gigi palsu juga menghadapi masalah yang sama seperti gigi biasa. Sebab itu gigi palsu perlu dicuci setiap hari untuk mengeluarkan kotoran, plak dan makanan yang terlekat padanya. Pencuci peroksida adalah bahan kimia yang paling banyak digunakan untuk mencuci gigi palsu. Proses pencucian yang berkesan diperoleh jika gigi palsu direndam selama 4 - 8 jam. Hipoklorit pula mempunyai kesan pembasmi kuman yang berkesan berbanding dengan pencuci peroksida. Namun, pencuci jenis ini mempunyai beberapa kelemahan seperti tidak dapat mengeluarkan kalkulus dan menghakis logam gigi palsu. Pencuci asid merupakan asid hidroklorik pada kepekatan 3 - 5 peratus. Tindakan pencucian dicapai melalui pelarutan bahan kotoran pada gigi palsu. Namun. Asid yang digunakan dapat menyebabkan kesan hakisan ke atas logam pada gigi palsu.


s utube s fb