Kunjungan Hormat Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) ke Pusat Racun Negara (PRN) - 22 Mac 2023

Pusat Racun Negara telah menerima kunjung hormat daripada delegasi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) pada 22 Mac 2023, Rabu baru-baru ini. Delegasi AADK diketuai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Dato’ Dr Muhamad Sade Mohamad Amin bersama beberapa pegawai dari ibu pejabat dan Pejabat AADK Negeri Pulau Pinang.

Sesi pertemuan ini diadakan bagi mengukuhkan hubungan kerjasama antara PRN dan AADK serta membincangkan isu berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan, rokok elektronik, ketum, kanabis perubatan dan analisa makmal. Sesi ini juga bertujuan memberi maklumat lanjut mengenai peranan Pusat Racun Negara dalam isu berkaitan.

Turut hadir ialah Pengarah Pencegahan AADK, Zainudin Abdullah; Pengarah Dasar Perancangan dan Penyelidikan AADK, Othman Mohamed Nazari; Pengarah AADK Pulau Pinang, Elmariah Chung; Pengarah PRN, Dr. Nur Azzalia Kamaruzzaman; Pensyarah Akademik, Dr. Leong Yin Hui; Pensyarah Kehormat Pusat Pengajian Sains Farmasi, Prof Aishah A Latiff dan delegasi AADK dan pegawai PRN. 

   1AADK 220323   2AADK 220323   3AADK 220323   4AADK 220323   5AADK 220323  

   6AADK 220323   7AADK 220323   8AADK 220323   9AADK 220323   10AADK 220323

 

     

 

 

 


Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location