1st Northern Region Clinical Toxinology Symposium (TOXINORT) 2023 - 13 Jun 2023

 INT 200623b    INT 200623

Tarikh: 13.6.2023
Tempat: Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah
Pegawai terlibat: Adilah, Fadhli, Mahiya, Sazaroni 
 
1st Northern Region Clinical Toxinology Symposium (TOXINORT) 2023 buat julung kalinya telah diadakan di Hospital Sultan Abdul Halim(HSAH), Sungai Petani, Kedah. Ia telah dianjurkan oleh Jabatan Kecemasan & Trauma disamping kolaborasi bersama Persatuan Perubatan Kecemasan HSAH, Clinical Toxinology Special Interest Group College of Emergency Physicians(CEP) Malaysia, Malaysian Society of Toxinology(MST), Remote Envenomation Consultancy Services(RECS) dan Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia. 
 
Objektif utama simposium ini dianjurkan adalah bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pengamal perubatan (doktor, paramedik, jururawat) dalam bidang Clinical Toxinology dan seterusnya memantapkan pengurusan pesakit-pesakit yang terkena gigitan/patukan/sengatan haiwan berbisa seperti ular, obor-obor , haiwan laut, serangga seperti tebuan dan lebah. Rawatan keracunan daripada cendawan juga turut dibentangkan. 
 
Seramai 121 orang peserta telah mendaftar bagi menyertai simposium ini yang terdiri daripada doktor, paramedik, jururawat, pelajar perubatan dan kakitangan Pusat Racun Negara. Terdapat juga peserta dari luar negara seperti Vietnam dan Indonesia. 
 
Simposium ini telah dimulakan dengan sesi perasmian oleh Pengarah hospital, Dr Mithali Binti Abdullah @ Jacquline Sapen. Turut hadir bersama adalah Timbalan pengarah hospital Dr Azurin Chan Binti Mohd Mansor dan Dr Nor Hayaniza Binti Awang Mosa. Seterusnya diteruskan dengan pembentangan topik-topik yang telah disediakan. Pada sebelah petangnya turut diadakan forum soal jawab berkenaan Clinical Toxinology dan diakhiri dengan sesi ToxiQuiz dan cabutan bertuah. 
 
Seramai 4 orang penceramah jemputan dan 2 penceramah dari HSAH telah membentangkan topik-topik yang menarik. Penceramah jemputan yang telah dijemput khas adalah :
1) Prof Madya Dr Ahmad Khaldun Bin Ismail - Pensyarah Kanan dan Pakar Perunding Perubatan Kecemasan , HCTM, UKM
2) Dr Zainalabidin Bin Mohamed @Ismail - Pakar Perunding Perubatan Kecemasan, HTAA Kuantan
3) Dr Ruth Sabrina Safferi, Pakar Perubatan Kecemasan & Clinical Toxicologist - HRPB Ipoh
4) Dr Rosnida Bin Tajuddin - Pensyarah Kanan, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
 
Penceramah dalaman terdiri daripada :
1) Dr Mashitah Binti Mohamed Ismail
     - Pakar Perunding Perubatan Kecemasan HSAH
2) Dr Anas Amri Bin Hashim
     - Pakar Perubatan Kecemasan HSAH
 
Simposium ini turut disertai oleh pasukan dari Pusat Racun Negara(PRN), USM Pulau Pinang yang telah menyediakan pameran berkenaan perkhidmatan yang disediakan oleh PRN berserta photobooth kursus untuk TOXINORT. 
 
Selain itu, pasukan dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kuala Muda turut dijemput bersama bagi sesi pengecaman ular.
Pihak hospital ingin mengucapkan tahniah kepada Jabatan Kecemasan & Trauma yang diketuai oleh Dr Zainal Effendy Bin Zainal Abidin serta semua yang terlibat dalam menjayakan penganjuran simposium ini. Diharap ianya dapat diteruskan pada masa akan datang. 
 
 

Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location