Program Bina Upaya Dan Permerkasaan Guru ke Arah Membentuk Generasi Penamat Tembakau - 4 Julai 2023

Tarikh: 4.7.2023
Tempat: Dewan SMK HJ. Mohamed Noor
Pegawai terlibat: Noor Afiza, Mohamed Nazri, Hazlee, Mohd Fadhli, Nur Afni, Sazaroni dan Sulastri 
 
                  040723 BengkelGuru       040723b BengkelGuru 
 

Pusat Racun Negara bersama dengan Jabatan Pendidikan Pulau Pinang, Persatuan Green USM dan Persatuan Ilmu Pendidikan telah berkerjasama menganjurkan Program Bina Upaya Dan Permerkasaan Guru ke Arah Membentuk Generasi Penamat Tembakau Menerusi Kaedah VIPP (Visualisation in Participatory Programs) yang melibatkan 22 guru sekolah di Pulau Pinang pada 4 Julai 2023.

Menerusi program ini, guru-guru sekolah diberikan pengetahuan dan kemahiran untuk menjalankan aktiviti pemerkasaan pelajar mengenai isu bahaya penggunaan rokok elektronik dan vape di sekolah dengan menggunakan teknik permudahcaraan VIPP yang dilihat lebih berkesan dan interaktif. 

              040723d BengkelGuru       040723c BengkelGuru

Dengan Pelaksanaan Program ini diharapkan boleh menghindari pelajar-pelajar ini daripada terjebak dengan penggunaan rokok elektronik dan vape, selain menjadikan mereka Duta Generasi Penamat. 

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) USM di atas pembiayaan program ini menerusi geran libatsama universiti komuniti. Tidak dilupakan, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjaya program ini secara langsung dan tidak langsung. 

         040723e BengkelGuru       040723f BengkelGuru


Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location