Kekosongan Jawatan (Kontrak/Tetap) - Pensyarah Universiti di Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia
Tarikh Tutup: 20 Februari 2024
1) Pensyarah Universiti (Kontrak/Tetap) - Literasi Kesihatan, Informatik Kesihatan, Bio Informatik atau Kesihatan Awam
KELAYAKAN
Warga negara Malaysia yang mempunyai kelulusan Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Literasi Kesihatan, Informatik Kesihatan, Bio Informatik, Kesihatan Awam atau kelayakan yang setaraf.
Mempunyai pengalaman menjalankan penyelidikan dan rekod pencapaian yang baik dalam penerbitan serta berpengalaman dalam pengajaran.
Memiliki kepujian dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Penguasaan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang baik.
KRITERIA TAMBAHAN
Mempunyai sekurang‐kurangnya dua (2) penerbitan sebagai corresponding author/first author dalam jurnal berindeks (penerbitan berindeks WoS, Q1/Q2 akan diberi keutamaan).
Menunjukkan sifat kreatif dan inovatif serta dedikasi yang tinggi sebagai pendidik, terlibat aktif dalam aktiviti pengajaran, penyelidikan, perundingan dan penerbitan serta khidmat masyarakat.
Calon akan diberi keutamaan sekiranya:
Mempunyai pengalaman sebagai Pasca Doktoral atau pensyarah sambilan/kontrak/tetap.
Mempunyai pengalaman mengurus program akademik dan mengetuai projek penyelidikan serta projek komuniti.
Mempunyai rangkaian kerjasama di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Mempunyai pengalaman industri dalam bidang berkaitan.
CARA MEMOHON
Majukan melalui emel butiran jaya diri (CV) dan dokumen‐dokumen yang berkaitan selewat-lewatnya 20 Februari 2024 kepada:
Pengarah Pusat Racun Negara Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang Emel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.