Kursus Kesan Penggunaan Racun Perosak Terlarang Dalam Pensijilan MYGAP dan MYORGANIK - 21-23 Ogos 2023

Tarikh: 21-23 Ogos 2023
Tempat: Hotel Copthorne, Cameron Highlands, Pahang
Pegawai terlibat: Puan Adilah Mohamed Ariff
 
                        CH 210823a       CH 210823b
 

Pusat Racun Negara (PRN) telah mendapat jemputan daripada Jabatan Pertanian Negeri Kedah untuk menghantar wakil bagi menyampaikan ceramah kepada peserta Kursus Kesan Penggunaan Racun Perosak Terlarang Dalam Pensijilan MyGAP Dan MyORGANIK.

Pegawai Farmasi, Puan Adilah Mohamed Ariff telah mewakili PRN membentang dan memberikan perkongsian berkaitan risiko serta kesan penggunaan racun perosak berlebihan serta bahaya racun yang terlarang kepada, manusia, hidupan lain dan alam sekitar. Kursus ini disertai oleh seramai 35 orang petani/pekebun yang terpilih daripada semua daerah di negeri Kedah. Perkongsian ini juga disertai dengan sesi kuiz bagi menilai kefahaman peserta. 

                              CH 210823c            peserta2

Wakil PRN juga berpeluang menyertai program lawatan sambil belajar yang disusun oleh penganjur iaitu lawatan ke Makmal Residu yang terletak di Kompleks Pertanian Cameron Highlands. Makmal ini menjalankan pemantauan bagi paras residu (sisa baki) racun perosak dalam hasil pertanian terutamanya daripada kebun/ladang pemegang sijil MyGAP dan MyORGANIK.

Pihak PRN juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas jemputan yang telah diberikan oleh Jabatan Pertanian Negeri Kedah.

                   CH 210823d          CH 210823e

                   pengenalan makmal          racun analisa

 


Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location