PRN USM TERIMA KUNJUNGAN MESRA EXCO KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG

080718

PULAU PINANG, 8 Julai 2018 – Pusat Racun Negara (PRN) Universiti Sains Malaysia (USM) buat pertama kali menerima kunjungan mesra Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Pulau Pinang untuk Perdagangan Antarabangsa dan Dalam Negeri, Hal Ehwal Pengguna dan Pembangunan Keusahawanan, Y.B. Dato’ Abdul Halim Hj. Hussain baru-baru ini.

Kunjungan mesra EXCO tersebut turut diraikan oleh 30 orang staf Pusat Racun Negara USM yang hadir menyambut beliau sempena majlis jamuan Hari Raya Aidilfitri peringkat jabatan tersebut.

Dalam kunjungan tersebut, Abdul Halim turut dibawa melawat beberapa lokasi iaitu Pusat Panggilan Maklumat Ubat dan Racun, tapak pameran dan bilik bahan pendidikan PRN bagi mendapatkan beberapa maklumat yang boleh dilibatsama antara kedua-dua pihak pada masa akan datang.

Beliau turut menyatakan hasrat agar kerjasama di antara USM dan kerajaan negeri dapat ditingkatkan melalui pelbagai kaedah terutamanya membabitkan hal pendidikan, penyelidikan dan hal ehwal pelajar.

Yang turut hadir adalah Pengarah PRN USM, Prof. Dato’ Dr. Mohamed Isa Abd. Majid; Ketua Pegawai Sains PRN, Rosman Ahmad, serta pegawai-pegawai dan staf PRN.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar
Sumber berita: new.usm.my

Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location