Mengelakkan Keracunan Makanan di Bulan Puasa

Oleh: Noor Hasani Hashim
          Dewan Kosmik
          Mac 1997

RAMADHAN al-mubarak adalah bulan di mana melimpah ruah rezeki dari tuhan. Berbagai jamuan diberikan oleh yang berada terutamanya di masjid, surau, hotel dan restoran-restoran. Kita seolah-oleh berada dalam satu pesta makanan dalam tempoh bulan ini.

Gerai-gerai makanan sementara juga akan muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Seperti mana cendawan, tidak semuanya boleh dimakan, begitu juga dengan makanan di gerai-gerai tersebut. Dalam erti kata lain, pengguna harus berhati-hati apabila membeli di gerai-gerai tersebut. Kita inginkan semua gerai tersebut menawarkan makanan berkualiti dan selamat. Para penjual semestinya memahami dan tahu kebersihan serta mengelakkan makanan daripada tercemar yang boleh menyebabkan keracunan makanan kerana ramai yang akan menerima padah akibat kecuaian mereka.

Di antara punca-punca keracunan makanan disebabkan makanan yang dicemari oleh bakteria, protozoa, racun serangga, virus, racun dari kulat dan bahan kimia.

Keracunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah memakan makanan tercemar. Tanda-tandanya termasuklah mual, muntah, cirit-birit, pening-pening serta gangguan perut. Kesan bahaya keracunan makanan ialah kehilangan air dalam badan. Sekiranya kehilangan air dalam badan terlalu serius ia boleh membawa maut. Selain dari itu, keracunan saraf yang berpunca daripada keracunan makanan juga boleh mengancam nyawa.

Memandangkan kandungan air di dalam tubuh manusia berpuasa adalah kurang daripada biasa, sekiranya berlaku keracunan makanan maka ianya akan menjadi lebih serius. Oleh itu pengguna jarus berhati-hati apabila mengambil makanan terutama yang dibeli di gerai-gerai sementara. Walau bagaimanapun, adalah sukar bagi kita untuk membezakan makanan yang dicemari. Hanya penyediaan dan pengendalian yang bersih dan teliti sahaja dapat mengatasi dan mengelakkan keracunan makanan.

Berikut adalah beberapa perkara yang harus dilakukan bagi mengelakkan berlakunya keracunan makanan:

  • Penjual atau pengendali makanan mestilah sihat dan mereka juga perlu mendapt suntikan bagi menghindari dari menghidapi penyakit berjangkit.
  • Peralatan dapur serta permukaan tempat memasak mestilah dicuci dengan air panas bersabun, selepas dan sebelum menyediakan makanan.
  • Pastikan daging dan ikan (dari peti dingin beku) yang dicairkan pada suhu sekitan tidak melebihi 2 jam. Sebaiknya dicairkan delam peti sejuk atau ketuhar gelombang mikro dan terus dimasak. Jangan menyimpan semula daging yang telah dicairkan. Rancang penyimpanan mengikut keperluan, sebagai contoh, jika daging yang dibeli tiga kg dan keperluan memasak ialah satu kg, bahagikan daging tersbut kepada tiga bahagian, bungkus dan simpan di tempat sesuai.
  • Pastikan daging dan ikan (dari peti dingin beku) yang dicairkan pada suhu sekitan tidak melebihi 2 jam. Sebaiknya dicairkan delam peti sejuk atau ketuhar gelombang mikro dan terus dimasak. Jangan menyimpan semula daging yang telah dicairkan. Rancang penyimpanan mengikut keperluan, sebagai contoh, jika daging yang dibeli tiga kg dan keperluan memasak ualah satu kg, bahagikan daging tersbut kepada tiga bahagian, bungkus dan simpan di tempat sesuai.
  • Pastikan punca makanan mentah yang bersih (tidak tercemar), dicuci dan dimasak dengan sempurna.
  • Apabila mengendalikan makanan, basuh tangan dengan teliti ataupun menggunakan sepit makanan, memakai apron dan tutup atau tudung kepala.
  • Makanan harus ditutup bagi mengelakkan terdedah pada lalat dan habuk, disimpan di tempat yang selamat daripada kuman membiak.
  • Makanan yang dijual dalam keadaan panas, mestilah disekitar suhu 63-70 darjah celcius. Jangan biarkan makanan tersebut melebihi 2 jam pada suhu di antara 40 - 60 darjah celcius, ini kerana menggalakkan bakteria membiak.
  • Sekiranya makanan perlu dipanaskan semula, pastikan ia dipanaskan dengan teliti dan sempurna.
  • Sekiranya memakan makanan mentah seperti buah-buahan dan sayur-sayuran basuh dengan teliti. Kulit buah-buahan mestilah dikupas.
  • Sentiasa menggunakan air yang dimasak.
  • Elakkan makan makanan yang berkulat.

Hak serta kuasa memilih terletak pada pengguna, oleh itu kita boleh memilih sama ada untuk membeli makanan di kedai atau menyediakan sendiri. Kelebihan menyediakan makanan sendiri ialah kita boleh menentukan mutu dan kebersihannya.



Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location