Ubat - Pentingnya Penggunaan Yang Selamat dan Rasional

Oleh: Dr. Mohmed Izham Mohamed Ibrahim
          Dewan Kosmik
          Februari 1998

Melalui strategi World Health Organisation dalam mencapai kesihatan untuk semua, kesihatan telah dikenalpasti sebagai hak yang utama bagi setiap individu. Perkara-perkara yang berkaitan dengan ubat-ubatan menjadi penting dalam proses matlamat Organisasi Kesihatan Sedunia.

Pembekalan ubat yang betul dan sesuai pada harga yang berpatutan kepada seluruh masyarakat merupakan elemen utama dalam strategi tersebut. Dasar, perancangan serta strategi bagi memastikan proses pembekalan dan penggunaan ubat secara rasional menjadi perbincangan penting terutamanya bagi negara-negara sedang membangun.

Sistem kesihatan dan penggunaan ubat secara umum boleh digambarkan seperti rajah dibawah. Masalah pembekalan ubat, penggunaannya serta kosnya, bukan merupakan perkara baru. Ia sentiasa menjadi topik yang hangat diperbincangkan di setiap negara.

Industri Farmaseutikal
ò

Pihak Berkuasa Kesihatan
ò

Industri Farmaseutikal
ò

Syarikat Pemborong
ò

Doktor
ò

Ahli Farmasi
ò

Masyarakat

Rajah 1: Sistem Kesihatan dan Penggunaan Ubat

Aspek Sosial Penggunaan Drug

Proses penggunaan ubat dengan cara yang selamat dan rasional adalah amat penting. Setiap individu harus prihatin mengenai masalah penggunaan ubat sama ada ubat digunakan secara berlebihan, berkurangan atau disalahgunakan.

Adalah penting bagi kita untuk memahami mengapa dan bagaimana ubat diberi oleh doktor kepada pesakit dan mengapa dan bagaimana ubat tersebut digunakan atau dimakan oleh individu. Pengguna mempunyai hak mengetahui segala maklumat berkaitan ubat-ubatan (nama ubat, kegunaannya atau tujuan mudarat dan kesan sampingan ubat) yang diberikan oleh ahli profesional kesihatan.

Laporan menunjukkan lebih 70% daripada produk farmaseutikal di pasaran dunia adalah tidak perlu dan tidak berfaedah.

Masalah pertama ialah keraguan mengenai keperluan serta keberkesanan ubat. Masalah yang sering mendapat kritikan ialah:

  1. Rawatan ubat tidak sesuai dan tidak perlu
  2. Ubat atau rawatan alternatif lebih berfaedah, selamat dan berkesan
  3. Penyediaan ubat mengandungi bahan yang tidak mempunyai nilai terapeutik dan tidak berfaedah
  4. Ubat yang tidak berkualiti atau mempunyai kualiti yang rendah.
  5. Ubat digunakan secara tidak rasional.

Penggunaan ubat-ubat dalam kategori di atas boleh memberi kesan kepada pengguna.

Masalah kedua ialah penggunaan ubat secara berlebihan. Ini boleh mengakibatkan individu terdedah kepada bahaya daripada kesan ubat.

Masalah ketiga dikaitkan dengan jumlah ubat yang berkurangan untuk kegunaan rawatan. Ini sering berlaku di negara-negara ketiga. Malaysia bernasib baik kerana tidak mengalami masalah ini.

Penggunaan ubat-ubatan dalam masyarakat memerlukan pendekatan pelbagai displin.

Selain daripada kesan farmakologi, ubat-ubatan juga mempunyai kesan sosial, budaya dan psikologi. Penggunaan ubat boleh mempengaruhi cara mereka menilai diri sendiri, motivasi untuk menyelesaikan masalah kesihatan dan memperbaiki kualiti hidup.

Aspek Kos Penggunaan Drug

Selain itu kos ubat-ubatan juga perlu diambilkira. Akhbar New Straits Times 17 Disember lalu, melaporkan Malaysia telah meluluskan lebih RM75 juta bagi tahun 1998 untuk perbelanjaan ubat-ubatan. Tambahan lagi laporan tersebut menyatakan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia telah membelanjakan sebanyak RM224.7 juta untuk ubat-ubatan bagi tahun 1996 dan sebanyak RM206.8 juta bagi tahun 1997. Nilai perbelanjaan ubat-ubatan yang diimport adalah sebanyak lebih kurang 20 hingga 30% daripada harga pada tahun sebelumnya.

Menjelang tahun 2000, penggunaan drug di negara-negara membangun akan meningkat lebih kurang 57% atau hampir 3/5 daripada negara-negara maju. Negara-negara di Asia mempunyai pasaran farmaseutikal yang keempat terbesar pada awal tahun 80-an dan ia diramalkan meningkat ke tahap pasaran yang kedua terbesar di dunia menjelang tahun 2000. Perancangan serta pembangunan dasar yang efektif adalah satu kemestian bagi mengawal dan menurunkan kos perbelanjaan bagi mengelak pembaziran penggunaan.

 Perbelanjaan Farmaseutikal (AS$)
Kawasan
Populasi (Juta)
DGP per kapita (AS$) Penggunaan GDP untuk kesihatan (%) Perbelanjaan kesihatan kapita (AS$) Ubat-ubatan per kapita
Total (Bilion)
Amerika Utara
268
21.3
11.2
2400
160
42.9
Jepun
136
15.8
9.9
1600
200
27.2
Eropah Barat
382
13.2
9.5
1250
90
34.4
Amerika Selatan
587
2.6
6.0
156
30
17.6
Afrika
656
0.93
3.0
28
12
7.9
Asia Barat
220
4.10
4.5
185
25
5.5
Asia Tenggara & Tengah
3355
0.84
2.8
24
12
40.2
Jadual: Perbelanjaan Kesihatan dan Farmaseutikal bagi Tahun 2000

Di antara langkah yang boleh diambil ialah:

  1. Pemilihan serta mempreskripsikan ubat secara rasional
  2. Sistem pembekalan ubat yang sistematik dan efektif
  3. Penggunaan ubat oleh individu secara rasional dan cegah pembaziran
  4. Menggalakkan penggunaan ubat genetik
  5. Menggalakkan pengeluaran drug dalam negeri
  6. Mempunyai senarai "ubat asas atau perlu"
  7. Menjalankan penilaian mikroekonomi seperti Farmako ekonomi di setiap institusi kesihatan.

Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location