Suplemen, Vitamin dan Mineral (Bahagian 1)

Oleh: Rosman Ahmad
          Dewan Kosmik
          November 1999

Kebelakangan ini makanan suplemen telah membanjiri pasaran tempatan dan antarabangsa dengan kadar yang begitu ketara sekali. Pakar kesihatan di serata dunia sering mengaitkan kesihatan dengan sistem pemakanan yang sempurna dan berkhasiat. Malah sejak lebih dari 2000 tahun dahulu Hipocrates telah menganjurkan, "jadikanlah makanan anda sebagai ubat dan ubat anda sebagai makanan."

Secara universal, pakar-pakar perubatan dan pemakanan telah bersetuju bahawa sumber zat keperluan tubuh manusia datang daripada makanan seharian dan bukan daripada bahan-bahan suplemen. Pemakanan seharian yang seimbang adalah lebih daripada mencukupi untuk menampung segala keperluan zat tubuh kecuali seseorang itu mengalami masalah penyerapan sesuatu mineral atau vitamin pada sistem tubuh mereka.

Faktor lain biasanya ada hubung kait dengan jantina, umur dan keadaan kesihatan seseorang. Oleh itu, sebelum mengambil apa-apa vitamin atau mineral tambahan, anda perlu mendapat nasihat pakar kesihatan terlebih dahulu, terutamanya kepada wanita mengandung atau menyusukan anak, bayi, kanak-kanak, golongan tua, mereka yang menghidap penyakit kronik, perokok, kaki botol dan juga mereka yang mengambil oral kontrasepti.

Apakah Makanan Suplemen?

Makanan suplemen adalah segala bentuk makanan berkhasiat atau tidak, biasanya didapati dalam bentuk kapsul, tablet, serbuk atau sirap yang diambil sebagai makanan tambahan bagi memenuhi kekurangan zat dalam makanan harian. Hampir semua bahan suplemen yang terdapat di pasaran terdiri daripada vitamin dan mineral. Suplemen bukanlah bahan ganti kepada sumber pemakanan harian.

Suplemen dikelaskan kepada bahan nutraseutikal dan bukannya farmaseutikal seperti ubat-ubatan. Berdasarkan kepada pengkelasan inilah maka keberkesanannya tidak perlu dibuktikan melalui ujian klinikal. Ini membolehkan bahan-bahan nutraseutikal dijual secara bebas sama ada di kedai-kedai farmasi, jualan langsung dan sebagainya tanpa sebarang pengawalan sebagaimana bahan farmaseutikal walaupun sesetengahnya didakwa mempunyai khasiat yang boleh menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.

Pengambilan suplemen perlu dilakukan mengikut peraturan yang disarankan oleh pengeluarnya. Selain itu, perlu juga diingatkan bahawa suplemen ini hanya berkhasiat kepada mereka yang betul-betul memerlukannya. Sekiranya seseorang itu mendapat sumber zat makanan yang mencukupi, bersenam, mendapat cukup rehat dan tidur, kehidupannya teratur, tidak mengalami sebarang tekanan dan bebas daripada bahan pencemaran (sama ada udara, makanan dan air), maka beliau tidak digalakkan mengambil suplemen.

Selain itu, banyak situasi lain yang perlu diambil kira dalam masalah pengambilan makanan suplemen ini. Salah satu yang penting ialah pola pemakanan masyarakat moden sekarang. Kesibukan dengan tugas seharian dan sering mengambil makanan segera menghalang mereka daripada mengamalkan pemakanan seimbang. Tambahan pula kebanyakan makanan ini ditambah dengan bahan pengawet untuk mengekalkan kesegarannya. Selain itu, faktor kesuntukkan masa untuk melakukan senaman kerana sibuk bekerja, kurang tidur dan stress di tempat kerja juga menyumbang kepada masalah ini.

Seorang dewasa yang sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit yang disebabkan oleh kurang sesuatu vitamin atau mineral dalam pemakanan mereka boleh dianggap telah mendapat nutrisi yang mencukupi untuk dirinya. Dengan kata lain, pemakanan anda telah atau hampir mencapai tahap yang di cadangkan oleh U.S Recommended Dietary Allowance (RDA) dan Estimate Safe and Adequate Daily Intake bagi 13 vitamin dan 12 mineral yang telah dikenal pasti (kalsium, fosforus, magnesium, zat besi, zink, iodin, selenium, tembaga, mangan, kromium florida dan molibdenum).

Jumlah ini merupakan kuantiti yang digalakkan untuk kesihatan yang optimum dan bukannya keperluan asas. Sesetengah orang, terutamanya golongan wanita memerlukan suplemen zat besi semasa menstruasi. Suplemen kalsium pula perlu bagi mereka yang tidak mendapat bekalan yang mencukupi dalam pemakanan mereka terutamanya bagi mereka yang telah berusia lanjut. Setiap kali kita makan, kita akan mendapat bekalan mineral dan vitamin. Oleh itu, seseorang yang sihat boleh untuk tidak mengambil sebarang makanan sehari tanpa mengalami sebarang kekurangan vitamin atau mineral dalam tubuh mereka. Namun begitu, pemakanan yang seimbang dengan selang masa yang sesuai adalah baik untuk kesihatan yang optimum.

Apakah Pemakanan Seimbang?

Mengikut sumber terbaru dari U.S. Food and Drug Administration, makanan seimbang mestilah mengandungi:

  • 6-11 hidangan daripada kumpulan roti, bijirin, pasta dan nasi.
  • 3-5 hidangan dari kumpulan sayuran hijau.
  • 2-4 hidangan dari kumpulan buah-buahan.
  • 2-3 hidangan dari kumpulan daging, ayam, ikan, telur dan kekacang.
  • 2-3 hidangan dari kumpulan hasilan tenusu iaitu susu, keju dan dadih.
  • Lemak dan minyak hendaklah diambil sedikit yang mungkin.

Vitamin

Vitamin adalah bahan organik bukan kimia yang diperlukan oleh tubuh dalam kuantiti yang kecil untuk menyelenggara fungsi metabolisma yang normal. Ia tidak dihasilkan di dalam tubuh, oleh itu, ia perlu diambil dari sumber luar. Diet seimbang yang merangkumi keempat-empat kumpulan makanan (bijirin, daging, hasil tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran) adalah mencukupi untuk membekalkan sumber vitamin dan mineral untuk keperluan tubuh.

Vitamin terbahagi kepada dua, vitamin larut lemak dan yang larut dalam air. Vitamin larut lemak merupakan vitamin yang boleh disimpan dalam tubuh dan tidak perlu diambil setiap hari.

Vitamin Larut Air

Vitamin/MineralSumberPeranan Pada TubuhKesan
Tiamina (Vitamin B1) Biji bunga matahari, makanan dari bijirin dan kekacang kering Perlu untuk metaboliesma karbohidrat dan otot. Meningkatkan fungsi saraf dengan sempurna.
Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan seseorang itu sentiasa berada dalam kebimbangan, histeria, mengalami tekanan perasaan, hilang selera makan, kekejangan otot dan beri-beri yang teruk terutamanya bagi penagih alkohol.
Tiada kesan lebih dos yang diketahui tetapi lebihan pada satu vitamin B boleh menyebabkan kekurangan pada vitamin B yang lain.
Riboflavin (Vitamin B2) Hati, susu, bayam, mee yang diperkaya dan kulat atau cendawan Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisma semua jenis makanan dan mengeluarkan tenaga dan sel-sel. Diperlukan oleh vitamin B6 dan niasin. Kekurangannya boleh menyebabkan pecah-pecah dan sakit pada mulut dan hidung. Begitu juga masalah kesihatan.
Niasin (Vitamin B3) - Niasin ditukarkan kepada niasimid dalam tubuh. Cendawan, kulat, ikan tuna, ayam, daging, kacang tanah, bijirin diperkaya. Diperlukan oleh enzim-enzim yang merubah makanan kepada tenaga. Membantu mengekalkan sistem perkumuhan dan saraf yang sihat. Pada dos yang tinggi ia boleh membantu mengurangkan kolesterol. (Perlu diingat, untuk mendapatkan dos yang besar perlu terlebih dahulu mendapat nasihat pakar kesihatan). Kekurangan:
Pada kes yang teruk, kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan penyakit pelagra (sejenis penyakit kulit yang menyebabkan kulit pecah-pecah), cirit-birit dan sakit mulut.
Lebih Dos:
Ulser, masalah hati, kandungan gula dan asid urik yang tinggi dalam darah dan masalah jantung.
Asid Pantotenik (Vitamin B5) Terdapat dengan banyaknya dalam tisu-tisu haiwan dan bijirin Mengubah makanan kepada bentuk molekul. Diperlukan untuk mengeluarkan hormon adrenal dan bahan kimia yang mengatur fungsi sistem saraf. Kekurangan:
Ulser pada manusia.
Lebih dos:
Sama seperti pada vitamin B1
Piridoksin (Vitamin B6) Lemak haiwan, bayam, brokoli dan pisang Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisme dan penyerapan protein dan juga metabolisme karbohidrat. Membantu membina sel darah merah dan meningkatkan fungsi sistem saraf dan otak. Kekurangan:
Anemia, bengkeng, gatal-gatal, kulit bersisik dan sawan.
Lebih dos:
Kerosakan pada sistem saraf.
Sianokobalamin (Vitamin B12) Hanya boleh didapati daripada hasilan haiwan Membina bahan genetik dan membantu pembentukan sel darah merah. Kekurangan:
Boleh menyebabkan kekurangan darah (anemia) yang membahayakan serta kerosakan saraf. (Nota: Kekurangan jarang berlaku kecuali terhadap vegetarian, golongan tua dan mereka yang mengalami masalah penyerapan makanan pada usus.
Biotin Keju, kuning telur, bunga kobis dan mentega kacang. Diperlukan oleh tubuh untuk metabolisme glukos dan pembentukan sesetengah asid lemak. Kekurangan:
Masalah kulit pada bayi. Walaupun jarang berlaku pada orang dewasa, tetapi ia boleh dirangsang dengan mengambil putih telur dengan banyaknya akan menyebabkan kurang selera makan, cirit-birit, muntah-muntah dan kulit yang bersisik.
Asid Folik Sayur berdaun hijau, jus oren, daging organ dan taugeh. Penting untuk pembentukan bahan-bahan genetik dan juga metabolisme protein serta pembentukan sel-sel darah merah.
Nota: Pengambilan secara mencukupi semasa peringkat pertama kandungan boleh mengurangkan risiko kecacatan bayi.
Kekurangan:
Merosakkan pembahagian sel darah merah, anemia, cirit-birit dan gangguan perut.
Lebih dos:
Sawan
Asid Askorbik (Vitamin C) Buah sitrus, strawberri, brokoli, dan lada hijau. Mengandungi antioksidan. Membantu menyatukan sel-sel tubuh dan menguatkan dinding saluran darah, mengekalkan kesihatan gusi dan membantu dalam penyerapan zat besi oleh usus.
Nota:Antioksidan dalam zat ini berkemungkinan boleh mengelakkan atau mengurangkan risiko sesetengah kanser, ia juga boleh mengurangkan kesan selsema.
Otot-otot menjadi lemah, gusi berdarah, mudah lebam dan kes skurvi yang teruk.

Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location