Penggunaan Barangan Kosmetik Mata

 Oleh: Wan Zainal Azman Wan Abdullah
           Dewan Kosmik
           April 2001

Sejak zaman dahulu lagi manusia menggunakan kosmetik untuk mencantikkan mata. Untuk mata kelihatan cantik, kening dan alis mata serta kawasan di sekitar mata di percantikkan dengan memakai kosmetik tertentu. Pewarna, pencil warna cat mahupun ubat-ubatan telah digunakan sebagai bahan kosmetik pada zaman dahulu. Kaum Phoenicians (di Lebanon) pada suatu ketika dahulu mewarnakan kening dengan pelekat hitam yang dibuat daripada gam Arab, musk, ebony (sejenis kayu hitam yang keras) dan debu serangga hitam. Kaum wanita di China menggunakan pembayang mata yang dibuat daripada kulit kayu peruvian manakala wanita Itali telah menitiskan perahan pokok Belladonna ke dalam mata bertujuan untuk membesarkan anak mata.


Sekarang, pelbagai bahan kosmetik termasuklah bahan-bahan kimia ini boleh mendatangkan kemudaratan, kita harus berhati-hati menggunakan bahan-bahan ini kerana mata amat sensitif dan boleh tercedera semasa kita memasang alis mata palsu, menggunakan maskara atau kemasukan bahan-bahan kimia semasa mencantikkan kening dan alis mata.

Maskara

Tujuan maskara digunakan adalah untuk:

  1. Mengelakkan alis mata daripada tertanggal akibat kering dengan merapikannya. 

  2. Menyebabkan alis mata lebih kuat dan merawat alis mata yang rosak.

  3. Menyediakan alis mata untuk sapuan mascara supaya alis mata kelihatan lebat, lebih panjang dan lentik.

Maskara boleh didapati dalam sediaan cairan dan krim dengan pelbagai warna pilihan serta dibotolkan bersama-sama berus kecil. Maskara biasanya mengandungi garam asid stearik bersama pikmen dan lanolin, parafin serta lilin karnauba. Jika pengguna alah kepada bahan-bahan kimia tersebut. Kesan sampingan yang mungkin timbul termasuklah mata terasa gatal-gatal, pedih dan berair selain turut mengalami iritasi pada mata.

Celak (Eye Liner)

Celak digunakan untuk menonjolkan garis mata pada tepi kelopak mata atas dan bawah serta mengubahkan penampilan garis mata agar mata yang kecil nampak lebih besar dan mata yang besar nampak lebih kecil.

Celak boleh di dapati dalam sediaan cecair, krim yang dimasukkan ke dalam botol atau berbentuk padat yang disediakan dalam bentuk pencil. Celak biasanya mengandungi alkanolamin, alcohol lemak, polivinilpirolidon, eter selulosa, metilparaben, antioksidan, pewangi dan titanium dioksida. Celak mata dalam sediaan padat mengandungi 60% talkum, 30% pewarna dan selebihnya minyak galian serta titanium dioksida (bedak putih).

Sekarang terdapat celak jenis baru iaitu celak kalis air di pasaran. Ia tahan apabila terkena air mata, udara lembab dan peluh. Terdapat sesetengah produk kalis air yang juga tahan terhadap sabun dan air. Kebanyakkan celak kalis air ini mengandungi pigmen yang dimasukkan dalam gam atau resin (damar) atau pigmen berlilin yang dilarutkan ke dalam pelarut meruap. Celak kalis air ini hanya boleh di bersihkan dengan menggunakan pelarut seperti minyak galian. Kebanyakan losyen atau krim pencuci muka biasanya mengandungi pelarut tersebut.


Daripada kajian yang dilakukan agensi pentadbiran makanan dan ubat-ubatan Amerika Syarikat (FDA) mendapati bahawa pencemaran bakteria boleh berlaku dalam kebanyakan celak mata jenis cecair. Apabila celak mata yang telah di cemari oleh bakteria tersebut untuk menyebabkan masalah yang lebih serius. Oleh itu, adalah lebih selamat untuk memakai celak mata bukan jenis cecair.

Tidak semua wanita boleh menggunakan celak mata. Ada juga wanita yang menunjukkan alahan apabila memakai celak mata dan kosmetik lain. Jika ini terjadi, berhentilah menggunakan celak atau produk kosmetik mata lain yang ditunjukkan dengan kulit menjadi merah, gatal-gatal atau berbintil selepas kosmetik tersebut dipakai. Kosmetik mata terutamanya celak harus dibersihkan dengan berhati-hati keranaalis mata mudah menjadi radang atau gatal-gatal.

Perapi Kening

Kening juga berfungsi sebagai alis mata dalam melindungi mata daripada cairan atau kotoran yang jatuh ke dahi daripada terus masuk ke dalam mata. Ia juga berfungsi mengurangkan sinaran matahari terus terpancar ke mata.

Secara umumnya wanita mencantikkan kening dengan memakai pensel kening untuk memperjelaskan warna dan bentuk kening. Kebiasaannya pensel kening dapat menjadikan kening yang nipis kelilhatan tebal. Bagi kening yang tebal pula, bulu kening di cabut pada bahagian-bahagian yang dianggap berlebihan atau diubah bentuk mengikut selera individu supaya kelihatan rapi dan menarik.

Di pasaran, pensel kening disediakan dalam warna hitam dan perang sahaja. Ia boleh mengandungi bahan-bahan lemak dan pewarna seperti minyak kastor, minyak tengkawang, lanolin, lilin lebah,petrolatumdan parafin.

Pembayang Mata (Eye Shadow)

Pembayang mata digunakan untuk mewarnakan kelopak mata supaya mata kelihatan lebih menyerlah dan menarik. Pembayang mata biasanya di sediakan dalam bentuk sediaan krim, pensil, cecair dan bedak yang dipadatkan. Warna yang disediakan termasuklah warna biru , hijau, cokelat,merah, putih dan kuning. Kandungan pembayang mata teerdiri daripada lanolin, lilin lebah, ceresin, kalsium karbonat, minyak mineral, sorbitan oleat dan talkum. Untuk pembayang mata jenis tanpa air, pewarna dicampurkan dengan agen pencerah seperti titanium dioksid yang akan dicampur petrolatum. Terdapat juga pembayang mata jenis bergemerlapan yang diperoleh melalui campuran aluminium tulen.

Krim Alis Mata 

Krim alis mata digunakan untuk melembut dan menyinarkan alis mata. Krim tersebut mengandungi lanolin, minyak tengkawang, parafin, setil alcohol dan minyak kernel pic. Bahan-bahan yang digunakan mungkin boleh menyebabkan alahan kepada sesetengah pengguna.

Pensil Alis Mata 

Pensil alis mata mengandungi beberapa jenis bahan kimia di antaranya adalah lampblack, petrolatum, parafin, aluminium silikat dan asid stearat. Penggunaanya di bawah kelopak mata tidak digalakkan oleh pakar perubatan. Kesan daripada penggunaan sedemikian boleh menyebabkan pelbagai masalah termasuk pigmentasi pada lapisan mukosa mata, mata menjadi merah, radang berair dan pandangan menjadi kabur. Parafin tulen adalah merbahaya kepada kulit manakala parafin tidak tulen sepenuhnya pula menyebabkan kerengsangan dan eczema. Walaupun pada amnya kandungan petrolatum adalah tidak toksik, tetapi boleh menyebabkan alahan pada kulit:

Langkah-langkah keselamatan penggunaan kosmetik mata 

  1. Berhenti dengan segera menggunakan barangan tersebut sekiranya berlaku radang. Jumpa doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. 

  2. Ketahuilah bahawa tangan anda mungkin penuh dengan pelbagai jenis bacteria. Jika tersentuh pada mata boleh menyebabkan jangkitan. Oleh itu, bersihkan tangan anda sebelum menggunakan mekap mata.

  3. Pastikan alat-alat mekap mata bersih sebelum digunakan. 

  4. Jangan biarkan barangan mekap mata kotor dan berdebu. Bersihkan selalu.

  5. Jangan gunakan bekas barangan mekap mata yang lama. Sekiranya barangan tersebut tidak digunakan dalam jangka masa beberapa bulan, maka perlu dibuang dan digunakan yang baru.

  6. Jangan simpan barangan mekap mata ditempat suhu melebihi 85 f.

  7. Jangan guna mekap mata ketika anda mengidap jangkitan mata atau radang sekitar mata. Anda boleh gunakannnya setelah sembuh daripada jangkitan tersebut.

  8. Anda harus berhati-hati menggunakan mekap mata sekiranya anda sering mengalami alahan. Kalau boleh minta nasihat doktor terlebih dahulu.


Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location