Racun kulat bahayakan kesihatan

Wan Zainal Azman Wan Abdullah
Utusan Malaysia, 20 April 1996

Selain daripada racun serengga dan racun rumpai yang telah dibincangkan sebelum ini, terdapat satu lagi jenis racun makhluk perosak yang seringkali digunakan dalam bidang pertanian iaitu racun kulat.

Di Malaysia, penggunaan racun kulat menduduki tempat ketiga iaitu sebanyak empat peratus selepas racun serangga dan racun rumpai.

Dari jumlah tersebut, sebanyak tiga peratus digunakan utnuk mengawal penyakit pada sayuran, bunga dan buah-buahan. Manakala satu peratus lagi digunakan untuk mengawal penyakit tanaman perladangan.

Di Amerika Syarikat dan Eropah, penggunaan racun kulat merupakan salah satu racun makhluk perosak utama, memandangkan tanaman bijiran, buah-buahan sayuran dan bunga adalah tanaman penting.

Tidak kurang juga racun kulat digunakan untuk mengawal atau mencegah hasil tanamanan yang telah dituai daripada diserang kulat semasa dalam penyimpanan atau ketiaka dieksport ke luar negara.

Selain itu, ia juga digunakan di industri perkilangan dan di rumah-rumah. Walaupun sesetengah racun kulat sangat berbahaya kepada manusia dan haiwan ternakan, statistik kes keracunan yang melibatkan racun tersebut adalah rendah jika dibandingkan dengan keracunan racun makhluk perosak yang lain.

Racun kulat boleh didefinisikan sebagai bahan kimia yang membunuh atau merencat pertumbuhan, percambahan, pembiakan spora dan miselium kulat-kulat tertentu.

Racun kulat boleh dibahagikan kepad dua kategori iaitu organik dan bukan organik. Racun organik merangkumi beberapa jenis racun termasuk sebahagian besar kumpulan racun 1karbamat'. Kumpulan racun karbamat terbahagi pula kepada beberapa kelas bahan kimia yang terdiri daripada bahan aktif tertentu.

Racun dithiocarbamate merupakan kumpulan racun kulat yang penting dalam bidang pertanian. Ia banyak dipasarkan dan digunakan di seluruh dunia memandangkan keberkesanannya mengawal kulat. Di antara bahan aktif yang tergolong dalam kumpulan racun ini adalah thiram, ziram, vapam, ferbam, zineb, maneb, mancozeb dan nabam.

Cirit-birit

Racun kulat dari kumpulan ini mempunyai kesan`ketosikan akut' yang rendah terhadap manusia dan binatang. Walau bagaimanapun, kesan ketoksikan kronik (penyebab kanser) akibat pendedahan kepada racun-racun kumpulan ini perlu pertimbangan yang sewajarnya.

Kebiasaanya racundithiocarbamate yang terdapat di pasaran dirumuskan dengan bahan lengai yang berupa pelarut asa hiroharbon yang boleh menyebabkan keracunan dan lebih toksik daripada racun itu sendiri.

Keracaunan akut (mendadak yang melibatkan racun kumpulan ini jarang terjadi. Walup bagaimanapun, kajian pada haiwan dengan menggunakan dos yang tinggi menunjukkan ia boleh menyebabkan ciri-birit, lemah anggota badan, susut berat badan, koma dan seterusnya membawa maut.

Tanda-tanda keracunan pada manusia ada persamaan dengan haiwan kajian, antara lain seperti mual, muntah, aliran darah menjadi cepat, berpeluh dengan banyak, denyutan jantung menjadi cepat, tekanan darah rendah dan sakit kepala.

Dari dua kes keracunan yang melibatkan racun maneb di Jepun menunjukkan ia menyebabkan kegagalan fungsi buah pinggang. Walaupun begitu, tidak seperti racun serangga karbamat, racun kulat karbamat tidak menrencatkan aktiviti enzim acetyl cholinesterase apabila masuk ke dalam badan.

Antara langkah yang disyorkan sebagai rawatan kecemasan untuk mangsa keracuna termasuklah penggunaan arang teraktif.

Muntah tidak digalakkan kerana sistem saraf pusat akan terganggu dan gelugut atau sawan akan menyerang mangsa semasa mangsa muntah.

Sebaik-baiknya mangsa keracunan hendaklah segera dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan perubatan. Dalam kebanyakan kes keracunan, rawatan segera tidak dapat dilakukan kerana mangsa lambat dibawa ke hospital.

Secara amnya, keracunan dianggap serius apabila racun tersebut menyerap ke dalam kulit tetapi ia jarang berlaku. Kajian mendapati kebanyakan bahan aktif racun karbamat lambat diserap oleh kulit. Walau bagaimanapun pendedahan kepada kulit boleh menyebabkan kerengsaan yang serius pada kulit dan lapisan mukosa.

Sekiranya terkena pada pakaian dan kulit, pakaian harus ditanggalkan dengan segera dan bahagian badan yang terkena racun hendaklah dibasuh dengan air yang banyak bersama cucian sabun. Rawatan perubatan diperlukan jika bahagian badan yang terkena mengalami kerengsaan.

Dalam kes terhidu asap racun dalam jumlah yang banyak, ia boleh menyebabkan iritasi atau kerengsaan yang teruk pada sistem pernafasan serta alahan kepada sesetengah individu.

Kebiasaanya mangsa sukar untuk bernafas dan batuk-batuk. Sekiranya kejadian in berlaku, mangsa hendaklah dibawa ke tempat lapang dan diberikan bantuan pernafasan secepat mungkin. Mangsa hendaklah dibawa berjumpa doktor dengan segera.

Mangsa yang terdedah pada racun dlam jangka masa panjang boleh menyebabkan rasa mual, muntah dan kesesakan bernafas kerana kegagalan sistem saraf pusat dan boleh membawa maut.

Pendedahan tersebut bukan sahaja berlaku di sektor pertanian malah di kilang-kilang pembungkusan buah-buahan dan tanaman,

Kerengsaan kulit dan lapisan mukosa pernah dilaporkan belaku kepada sebahagian para pekerja kilang berkenaan. Ia mungkin disebabkan sikap pekerja sendiri yang tidak memakai pakaian keselamatan yang dianggap tidak selesa dan merimaskan semasa melakukan kerja. Ini merupakan satu tindakan yang membahayakan diri mereka sendiri.

Membancuh

Oleh itu para pengguna haruslah berhati-hati semasa membancuh dan mengendalikan semburan racun tersebut. Pemakaian pakaian keselamatan patut diamalkan semasa tugas dijalankan demi menjamin kesihatan pengguna itu sendiri.

Bagi para pekerja kilang pula majikan seharusnya menyediakan sarung tangan dan penutup hidung atau muka di sampaing mengenakan pakaian yang sesuai untuk mengelakkan diri dari tersentuh atau terhidu racun tersebut.


 


Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location