Debu Hiroshima

Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka
             1987

 Oleh: Othman Puteh

Sinopsis:

Anak Melayu terkena Bom Atom di Hiroshima tetapi selamat! Pada pukul 8.15 pagi, 6 Ogos, 1945. Abdul Razak Abdul Hamid sedang berada di bilik kuliah Universiti Hiroshima. Tiba-tiba satu pancaran cahaya yang amat terang membelah cahaya matahari. Sedetik kemudian bangunan universitinya ranap dan Abdul Razak tidak sedarkan diri.

Setelah sedar kemudiannya, dia bersama-sama dengan Pangeran Yusof, anak Brunei keluar dari runtuhan itu. Apa yang dilihatnya di luar? Sejauh mata memandang tidak ada apa yang tinggal, padang jarak padang tekukur. Bangunan menyembah bumi. Manusia hangus di sana sini. Orang yang hidup tidak serupa manusia, kulitnya mengelupas dan dagingnya merah. Jeritan di sana sini meminta tolong dan meminta air.

Bermula dari detik ini, Abdul Razak mengalami pengalaman yang pahit, sedih dan dashyat. Mulalah dia mengumpulkan debu-debu kehidupan teman-temannya dan orang- orang yang dikenalinya di samping menolong dan menyelamat mangsa-mangsa yang lain.

Inilah suatu kisah dahsyat yang ngeri, sedih, pilu dan penuh linangan air mata. Dalam keadaan inilah anak Melayu ini tegak dan terus hidup dengan tidak ada apa -apa cacat celanya. Sesuatu yang menakjubkan! Inilah kisah yang diabadikan... anak Melayu yang terkena bom atom tetapi selamat. Anda perlu membaca buku yang tidak ada seumpamanya di negara kita ini!


Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location