Hiroshima dalam Ingatanku ("Waga Kokoro No Hiroshima")

Sumber: Sinopsis Filem Rencana
            
VHS, 44 minit, SD, Warna dalam Bahasa Jepun.
            
             Boleh didapati di Perpustakaan Universiti Sains Malaysia.

              NO panggilan: D767.25 H6H669          

WAGA KOKORO NO HOROSHIMA" (Hiroshima dalam ingatanku) ialah sebuah filem rencana selama 45 minit yang diterbitkan oleh NHK (Japan Broadcasting Corporation) dan telah ditayangkan ke seluruh negara Jepun pada tahun sudah menandakan ulang tahun ke 43 Tragedi Bom Atom yang digugurkan di Hiroshima pada 6hb. Ogos, 1945. 

Filem in berkisar dari kisah pengalaman seorang anak Malaysia yang berasal dari Pulau Pinang yang tidak asing lagi dari kita ialah Haji Abdul Razak bin Abdul Hamid yang pada masa itu sebagai seorang pelajar menuntut di Universiti Hiroshima

Siri perkisahan itu bermula dari Abdul Razak mempelajari bahasa Jepun ala tentera di Melaka. Kemudian ke Jepun dan gambaran penderitaannya semasa bom atom itu meletup di Hiroshima. Kisah penderitaannya semasa bom atom itu meletup di Hiroshima. Kisah penderitaannya itu dibuat secara imbas kembali yang sungguh menyayat hati para penonton dan tidak ada penonton yang tidak menitiskan air mata. Lebih-lebih lagi manakala sampai kepada kisah sahabat Abdul Razak yang meninggal di Kyoto iaitu Allahyarham Syed Omar

Titisan air mata para penonton itu merupakan satu tanda kesedaran bahawa peperangan itu zalim dan tidak mempunyai perikemanusiaan. 

Dalam usaha pembikinan filem bersejarah ini tentu sahaja kita berasa bangga di atas penghormatan yang diberi kepada Abdul Razak seorang rakyat Malaysia sebagai mewakili ratusan ribu manusia yang tidak berdosa yang telah menjadi mangsa bom atom itu. Pengajaran yang dibawa oleh filem itu sukar dilupai oleh manusia sejagat. 

Hanya terasa terkilan dihati kerana filem itu dalam bahasa Jepun. Jika dapat dengan kerjasama RTM atau TV3 dialihbahasa khususnya dalam Bahasa Malaysia dan ditayangkan di Malaysia untuk tontonan rakyat seluruhnya. 

Mengambil sempena perjumpaan kita pada pagi ini, saya dengan sukacitanya meminta Tuan Haji Abdul Razak menghadiahkan video "Waga kokoro no Hiroshima" dan sebuah buku yang diberi nama "Debu Hiroshima" kepada Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia.

 


Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location