Pusat Racun Negara Raih Penarafan 5 Daun, Audit Pejabat Hijau 2024

Tarikh : 30 Oktober 2024
Tempat : Dewan Budaya, USM.
Pegawai terlibat: Nur Afni, Mahiya, Nazri, Farah Aida, Rosilawaty dan Rafiddah
 
Penarafan 5 daun

Pusat Racun Negara (PRN) berjaya meraih penarafan tertinggi 5 Daun dalam Majlis Penarafan Pejabat Hijau 2024 yang telah diadakan di Dewan Budaya USM pada 30 Oktober 2024. Komitmen PRN dalam mematuhi semua kriteria yang ditetapkan dalam audit pejabat hijau mencerminkan usaha berterusan dalam menyokong visi Universiti Sains Malaysia ke arah kelestarian. Walaupun terpaksa menghuni pejabat sementara dan menghadapi pelbagai kekangan, PRN tetap menyahut cabaran untuk melibatkan diri dalam audit pejabat hijau yang telah berlangsung pada tahun ini. Antara inisiatif utama PRN termasuk kempen amalan lestari melalui hebahan e-poster, penggunaan tenaga cekap dengan pelaksanaan amalan menutup lampu pejabat pada waktu rehat tengah hari, serta hiasan pokok hijau di dalam pejabat untuk meningkatkan kualiti udara dan suasana kerja. PRN juga mengutamakan pembelian produk mesra alam yang diiktiraf, sejajar dengan prinsip perolehan hijau. Penglibatan staf dalam program komuniti kesedaran lestari turut memainkan peranan penting dalam menjayakan usaha ini. PRN berhasrat untuk terus meningkatkan usaha dan memastikan semua kriteria pejabat hijau dipatuhi untuk tahun-tahun akan datang, selaras dengan matlamat universiti bagi masa depan yang lebih mampan.


Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location

Last Modified: Friday 13 December 2024.