Piagam Pelanggan
Kami berjanji dan komited untuk menyediakan perkhidmatan yang cekap, profesional, beretika dan mesra kepada pelanggan kami seperti berikut:-
Mentadbir dan menguruskan kewangan dan aset Universiti dengan efisien dan melaporkan prestasi kewangan tersebut kepada pihak berkuasa seperti yang termaktub dalam Akta dan peraturan kewangan Kerajaan yang ditetapkan:-
- Menyediakan cadangan permohonan Belanjawan Mengurus Universiti tahunan dan dikemukakan untuk persetujuan Pengurusan Universiti sebelum dikemukakan kepada pihak Agensi Pusat.
- Pengemaskinian maklumat Belanjawan dalam Sistem yang dipantau/ dikehendaki pihak Agensi Pusat:
- Mengemas kini maklumat berkaitan yang diperolehi dari PTJ berkaitan bagi sistem yang memerlukan input dari PTJ lain
- Sistem Pemantauan Projek (SPP II) (B.Pemb.) – 2 kali setiap bulan : 20 haribulan bulan berkenaan dan 10 haribulan bulan berikutnya
- Sistem MyResults (Belanjawan Mengurus) – berdasarkan jadual yang dikeluarkan oleh Agensi Pusat
- Penyediaan Laporan/kertas kerja berhubung Pengurusan Belanjawan Universiti:
- Menyediakan laporan berkaitan yang diperlukan oleh pihak Agensi Pusat dan Pengurusan Universiti
- Laporan Prestasi Perbelanjaan Bulanan Mengurus dan Pembangunan – tidak melebihi 10hb bulan berikutnya
- Laporan/kertas kerja selain (a) di atas mengikut tarikh/jadual yang ditetapkan oleh pihak Agensi Pusat/Pengurusan Universiti
- Penyediaan Laporan/kertas kerja berhubung Pengurusan Kewangan Universiti:
- Menyediakan laporan berkaitan yang diperlukan oleh pihak Agensi Pusat dan Pengurusan Universiti mengikut tarikh/jadual yang ditetapkan oleh pihak Agensi Pusat/Pengurusan Universiti.
- Penyediaan laporan pengurusan perolehan kepada pihak kementerian /pengurusan Universiti.
- Menyediakan Penyata Kewangan Universiti Sains Malaysia dengan tepat dan lengkap berasaskan undang-undang, dasar dan prinsip perakaunan diterima umum (GAAP) dalam tempoh 3 bulan dari tarikh akhir tahun kewangan.
- Mendapat Sijil Bersih Ketua Audit Negara bagi Penyata Kewangan Universiti Sains Malaysia setiap tahun perakaunan.