RedmiqqBandarpkvBagiqqLonteqqAbangqq788BolaLigadunia365Resmibet66Mega
https://www.geriatri.id/v2/https://lphd.s-desa.id/desa/https://lini.or.id/yayasan/https://jamcab19.pramukaklaten.or.id/menu/
http://files.follettcommunity.com/index.html
https://dagang.sippikola.langsakota.go.id/https://sosial.sippikola.langsakota.go.id/
Elak keracunan makanan di bulan Ramadan

Elak keracunan makanan di bulan Ramadan

Noor Hasani Hashim
Utusan Malaysia, 1 Februari 1997

Minggu ini kita membincangkan tentang keracunan makanan yang mungkin berlaku semasa berpuasa.

Walaupun bulan Ramadan akan berakhir tidak lama lagi, namun demikian kita harus berwaspada semasa menyediakan makanan ataupun membeli makanan di kedai.

Berbagai-bagai jamuan disajikan oleh yang berada terutamanya di masjid, surau, hotel dan restoran-restoran. Kita seolah-olah berada dalam satu pesta makanan dalam bulan puasa ini.

Gerai-gerai makanan sementara akan muncul bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Seperti mana cendawan, tidak semuanya boleh dimakan, begitu juga dengan makanan di gerai-gerai tersebut.

Dalam erti kata yang lain, pengguna harus berhati-hati apabila membeli di gerai-gerai tersebut.

Para penjual mestilah tahu menjaga kebersihan serta mengelakkan makanan dari tercemar yang boleh menyebabkan keracunan makanan.

Di antara punca-punca keracunan makanan ialah:

  • Bakteria
  • Protozoa
  • Racun serangga
  • Virus
  • Racun dari kulat
  • Bahan kimia

Keracunan makanan berlaku dalam tempoh 48 jam setelah memakan makanan tercemar. Tanda-tandanya termasuklah mual, muntah, cirit-birit, pening-pening, serta gangguan perut.

Kesannya bahaya keracunan makanan ialah kehilangan air dalam badan.

Sekiranya kehilangan air dalam badan terlalu serius ia boleh membawa maut.

Selain itu kerancunan saraf yang berpunca daripada keracunan makanan juga boleh mengancam nyawa.

Memandangkan kandungan air dalam tubuh manusia berpuasa adalah kurang daripada biasa, sekiranya berlaku keracunan makanan ia akan jadi lebih serius.

Pengendalian

Memang sukar bagi kita untuk membezakan makanan yang telah dicemari. Hanya cara penyediaan dan pengendalian yang bersih dan teliti sahaja dapat mengatasi dan mengelakkan keracunan makanan.

Panduan mengelakkan keracunan makanan:-

  • Penjual atau pengedalian makanan mestilah sihat dan perlu mendapat suntikan bagi menghindari dari menghidapi penyakit berjangkit.
  • Peralatan dapur serta permukaan tempat memasak yang bersentuh dengan daging mentah dan lemak mestilah dicuci dengan air panas bersabun, selepas dan sebelum menyediakan makanan.
  • Pastikan daging dan ikan (dari peti dingin beku) yang dicairkan pada suhu sekitar tidak melebihi 2 jam.

Sebaiknya dicairkan dalam peti sejuk atau ketuhar gelombang mikro dan terus dimasak. Jangan menyimpan semula daging yang telah dicairkan.

Rancang penyimpanan mengikut keperluan, jika beli daging 3 kilo dan keperluan memasak ialah 1 kilo, bahagikan daging tersebut kepada 3 bahagian, bungkus dan simpan kembali.

  • Pastikan makanan mentah bersih (tidak tercemar), dan masak dengan sempurna.
  • Apabila mengendalikan makanan, basuh tangan atau gunakan sepit makanan, guna apron dan tutup atau tudung kepala.
  • Makanan harus ditutup bagi mengelakkan terdedah pada lalat dan habuk, disimpan di tempat yang selamat daripada kuman membiak.
Bakteria membiak
  • Makanan yang dijual dalam keadaan panas, mestilah sekitar suhu 63-70 darjah Celcius. Jangan biarkan melebihi 2 jam pada suhu di antara 40-60 darjah Celcius kerana inimengalakkan bakteria membiak.
  • Sekiranya makanan perlu dipanaskan semula, pastikan ia panaskan dengan teliti dan sempurna.
  • Sekiranya makan makanan mentah seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, basuh dengan teliti. Kulit buah mestilah dikupas.
Dimasak
  • Sentiasa menggunakan air yang dimasak.
  • Elakkan makan makanan yang berkulat.

Belilah makanan di kedai atau menyediakannya sendiri. Kelebihan masak mkanan sendiri ialah kita boleh menentukan mutu dan kebersihannya.


Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location

Last Modified: Monday 18 November 2024.