RedmiqqBandarpkvBagiqqLonteqqAbangqq788BolaLigadunia365Resmibet66Mega
https://lphd.s-desa.id/desa/https://lphd.s-desa.id/jadwal/https://lini.or.id/yayasan/
http://files.follettcommunity.com/index.html
Airmata dan Doa Iringi Sejarah

Airmata dan Doa Iringi Sejarah

Sumber: Warta Perdana: 17 - 23 Disember 1989, hal.30
  
Oleh: -

MUKADIMAH  

Haji Abdul Razak telah kehilangan 2 orang rakan karibnya, iaitu Syed Omar dan Nik Yusof. Bahagian ke-4 ini, beliau mendapat keterangan detik-detik terakhir riwayat sahabatnya itu bila berkunjung sekali lagi ke Jepun pada tahun 1984

MENDENGAR cerita profesor yang berbudi itu, hati Abdul Razak digoncang pilu. Beliau berasa terhutang budi dengan profesor tersebut, lalu mengucapkan jutaan terima kasih di atas budinya yang tidak mampu dibayar dengan wang ringgit.

Pada tahun 1987, sekali lagi Abdul Razak yang dikenali sebagai Tuan Haji Abdul Razak mengunjungi negara yang banyak mencatat sejarah di dalam diari hidup dan bangsanya.

Kali ini pemergiannya adalah kerana mengikuti penggambaran filem dokumentari oleh NHK, Korporat Penyiaran Jepun. Filem ini mengisahkan pengalamannya mengenai tragedi berdarah itu. Seminggu beliau mengikuti penggambaran di Malaysia, sementara dua minggu lagi di Hiroshima, bagi mengenang kembali peristiwa api dan air mata.

Sewaktu menjalani penggambaran itulah, beliau mendapat tahu mengenai dua perkara penting. Pertama, beliau pergi semula ke kubur Nik Yusof, sahabatnya yang telah bersemadi di bumi matahari terbit. Beliau mempersoalkan bagaimanakah tulang tersebut disahkan sebagai tulang Nik Yusof, sedangkan ada kemungkinan tulang tersebut adalah kepunyaan orang lain. Apalagi dalam keadaan hancur lebur itu, orang sukar mengenal dan mengecam walaupun mayat rakan baik sendiri.

Menurut Sami di kuil berhampiran, mayat-mayat yang telah hancur dibawa ke kuil untuk dibakar. Mayat Nik Yusof mungkin telah dibakar dan tulangnya dikumpulkan oleh orang yang mengenali beliau. Namun begitu, sami itu tidak tahu siapakah orang yang mengenali Nik Yusof dan mencatatkan namanya di bungkusan tulang itu.

Semua mayat-mayat mangsa Hiroshima itu tidak dibuang atau dikebumi begitu saja, sebaliknya dibakar di kuil tersebut. Jadi, tidak mustahil, salah satu daripada mayat tersebut ialah mayat Nik Yusof yang turut terkorban akibat kekejaman dan hawa nafsu manusia.

Peristiwa kedua yang didapati oleh beliau ialah ketika beliau dibawa ke pusara Syed Omar di Kyoto. Haji Abdul Razak diperkenalkan kepada seorang doktor yang menjaga Syed Omar semasa sakit. Doktor Hiroshima memberitahu Haji Abdul Razak setelah tiga hari Syed Omar ditinggalkan di Kyoto, Allahyarham dimasukkan ke hospital.

Tambah doktor itu, dia mendapati dari bahagian dada menyerong sampai ke bawah badan Syed Omar semuanya pecah. Dagingnya pecah dan mula merekah, bermula dari bahagian mulut. Allahyarham mengalami luka di bahagian belakang, dan kemungkinan bahan radiasi itu menjangkiti luka di belakangnya lalu memecahkan daging-dagingnya.

Bila keadaannya parah, doktor tersebut memasukkan darahnya sendiri sebagai bantuan. Tetapi semakin lama, keadaanya semakin tenat dan tidak dapat diselamatkan lagi. Doktor tersebut bertanya kepada Allahyarham, "Syed Omar, engkau tak mahu balikkah ke Malaya?, jumpa dengan mak bapak?".

Syed Omar menjawab, "Aku tak mahu balik, sebab doktor adalah abang aku. Banyak darah doktor dah masuk ke dalam badan aku. Doktor jangan keluar dari bilik ini," Allahyarham lalu memegang erat tangan doktor tersebut. Rupa-rupanya itulah petanda bahawa sememangnya Syed Omar tidak akan pulang lagi ke kampung halamannya. Jasadnya berkubur di negara itu sebagai salah satu tanda sejarah tragedi pahit itu.

Haji Abdul Razak menitiskan air mata apabila mendengar kisah sahabat karibnya itu. Beliau masih tidak dapat mempercayai dan membayangkan keadaan sahabatnya yang riang dan sihat, merekah dan pecah sepertimana yang pernah dilihatnya pada mayat-mayat orang Jepun yang bergelimpangan di hadapan matanya pada tarikh 6 Ogos 1945.

Beliau bertafakur di pusara Syed Omar dan menghadiahkan bacaan Yassin sebagai tanda bahawa beliau masih mengingati arwah sahabatnya itu. Air matanya mencurah-curah tanpa mampu ditahan lagi. Adegan ini yang dirakamkan dalam filem dokumentari itulah yang membuatkan ramai orang Jepun yang menontonnya turut menitiskan air mata.

Sebuah puisi ciptaan penyair Jepun telah dicatatkan pada batu nisan Syed Omar yang berbunyi: "SYED OMAR, ANDA GUGUR KERANA KAMI".

Demikianlah rentetan peristiwa yang menuntut keharuan sesiapa saja yang mendengar atau membacanya apalagi yang telah menyaksikannya sendiri.

Menurut Haji Abdul Razak, baru-baru ini juga sekumpulan sukarelawan dari negara Jepun telah datang menemui beliau. Mereka meminta beliau menceritakan tentang tragedi Hiroshima, kerana mereka adalah generasi muda yang tidak mengetahui langsung mengenai peristiwa yang memberi kesan penting kepada negara mereka.

Generasi tua Jepun tidak mahu menceritakan hal tragedi Hiroshima ini kepada generasi muda. Mereka tidak mahu mengenang kembali luka yang telah meninggalkan parut di hati mereka.

Bagi generasi tua ini, tragedi Hiroshima adalah sesuatu yang memalukan, melibatkan maruah bangsa Jepun. Apa yang dapat disaksikan oleh generasi muda hari ini hanyalah memorial, gambar-gambar bahana peperangan dan cerita ringkas mengenai peperangan itu.

Menurut Haji Abdul Razak, isterinya yang sama-sama berkunjung ke memorial tersebut, menangis sejak mula sehingga akhir kerana tidak tahan melihat gambar- gambar yang penuh dengan bayang-bayang penderitaan yang dialami oleh suaminya dan mangsa-mangsa yang lain.


Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location

Last Modified: Monday 18 November 2024.