RedmiqqBandarpkvBagiqqLonteqqAbangqq788BolaLigadunia365Resmibet66Mega
https://lphd.s-desa.id/desa/https://lphd.s-desa.id/jadwal/https://lini.or.id/yayasan/
http://files.follettcommunity.com/index.html
Pengalaman Ngeri Saksi Tragedi Hiroshima

Pengalaman Ngeri Saksi Tragedi Hiroshima

Sumber: Berita Harian, 7 Ogos 1992
  
Oleh: -

Pengalaman pahit menyaksikan letupan bom atom di Hiroshima, Jepun masih lagi menghantui pemikiran Abdul Razak Hamid, satu daripada tiga rakyat Malaysia di tempat kejadian yang masih hidup.

Abdul Razak 67, berkata dalam peristiwa itu lebih 140,000 penduduk bandar itu terbunuh berikutan sebutir bom atom yang digugur Amerika Syarikat.

Berucap di seminar memperingati pengeboman Hiroshima dan Nagasaki anjuran Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) di sini, hari ini, Abdul Razak berkata kebanyakan penduduk mati disebabkan radiasi dan kebakaran.

Ceramah itu diadakan sempena memperingati pengeboman kedua-dua bandaraya itu pada jam 8.15 pagi hari ini pada tahun 1945.

Katanya, kira-kira 10 minit selepas bom digugurkan, ia meletup dan menyebabkan gegaran kuat serta kebakaran besar di seluruh bandaraya itu dan penduduknya melarikan diri mencari perlindungan.

Pada waktu itu Abdul Razak dan dua rakannya dari Kelantan dan Johor sedang belajar Bahasa Jepun di sebuah universiti di bandar itu. Mereka adalah di antara beberapa pelajar Asia Tenggara yang dipilih belajar di sana.

Beliau bagaimanapun tidak mengetahui nasib dua rakannya sehingga beberapa tahun kemudian. Mereka turut terkorban dan dikebumikan di Hiroshima dan Kyoto.

Menurutnya bangunan universiti itu hancur dan beliau serta beberapa rakan yang lain sempat bersembunyi.

Turut menceritakan pengalaman ngeri itu ialah Prof. Ariffin Bey dari Indonesia yang kini bertugas sebagai Pensyarah Sains Politik, Agama dan Kebudayaan Asia Tenggara di Universiti Hiroshima.

Prof. Ariffin bercakap mengenai kegigihan bangsa Jepun membangunkan semula negara mereka selepas pengeboman itu.


Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location

Last Modified: Monday 18 November 2024.