Akhirnya Temui Pusara Nik Yusof

Sumber: Bacaria, 30 Januari 1999
  
Oleh:Sharifah Salwa

Kedatangan Cikgu Razak ke Hiroshima untuk pertama kalinya adalah atas undangan kerajaan Jepun yang membuat hari peringatan terhadap mangsa-mangsa yang terkorban. Ketika di sana Cikgu Razak menjejak kembali nostalgia sewaktu dia dan rakan-rakan berada di Hiroshima. Pegawai-pegawai di sana juga telah membawa ahli rombongan ke kawasan perkuburan orang-orang yang terkorban untuk memberi penghormatan. Di sana dia terkedu seketika bila melihat di antara banyak-banyak kubur yang ada di sana, ada sebuah pusara yang berlambang bulan dan bintang dan di batu tanda pusara tersebut tertulis nama Nik Yusof Nik Ali yang siap dengan tarikh kematian dan asalnya. - Pengarang

Setiap tahun tempat perkuburan itu menjadi tumpuan, tidak kira penduduk Jepun ataupun warga luar. Sebolehnya pegawai-pegawainya akan membawa pelawat-pelawat berkunjung ke tempat ini sebagai tanda penghormatan kepada mangsa yang terlibat. Dan lebihnya sebagai sejarah yang perlu diingati dan dihargai.

Itulah yang berlaku kepada Cikgu Razak apabila berkunjung ke Hiroshima. Mereka (pelawat-pelawat yang menghadiri majlis memperingati) telah dibawa ke sebuah kawasan perkuburan untuk memberi penghormatan kepada mangsa-mangsa.

"Kami hanya mengikut ke mana saja mereka bawa. Lagipun itu adalah akitiviti mereka kepada setiap pelawat yang datang ke Jepun. Mereka akan membawa pelawat- pelawat melawat tempat yang dirasakan bersejarah,"katanya lagi.

Dan disitulah juga Cikgu Razak terkejut dan tidak mampu untuk berkata-kata. Hanya perasaan sebak yang menguasai diri. Katanya siapa yang tidak terkejut melihat keadaan tersebut. Dalam banyak-banyak pusara terdapat satu pusara umat Islam. Yang memisahkan pusara tersebut hanyalah dengan lambang bintang dan bulan. Waktu itu Cikgu Razak tidak menduga akhirnya dia bertemu juga dengan apa yang dia hajati dulu.

"Siapa sangka selepas berpuluh tahun akhirnya saya sampai ke pusara Nik Yusof. Tapi saya tidak berapa yakin itu adalah pusara arwah kerana pusara tersebut berada ditengah-tengah pusara orang-orang yang bukan Islam.

"Lagipun saya dah mencari arwah di serata tempat. Mustahillah dengan keadaan begitu orang boleh mencari dan mengenali itu adalah Nik Yusof. Untuk melegakan hati saya cuba mendapat pengesahan daripada penjaga kubur, ujur Cikgu Razak.

Kubur

Menurut kata penjaga kubur, dia sendiri tidak mengenali siapa Nik Yusof, tetapi menurut ceritanya, selepas kejadian itu, mayat-mayat bergelimpangan di jalanraya dan dibakar sebelum ditanam.

"Penjaga itu mengangkut satu demi satu mayat untuk dibawa ke tempat pembakaran. Dan antara beratus dan mungkin beribu mayat yang dia angkut itu termasuklah Nik Yusof. Menurut cerita penjaga itu lagi, mayat Nik Yusof dikenali dengan mudah apabila baju yang Nik Yusof pakai itu tertera namanya. Sememangnya kami sentiasa memakai pakaian askar dan siap dengan `tas nama'.

"Mayat itu dibakar, tetapi tulang temulang Nik Yusof dikumpul dan di mandikan secara Islam oleh penduduk yang beragama Islam. Selepas itu tulang temulang itu ditanam. Dan kubur Nik Yusof seringkali mendapat kunjangan orang ramai.

"Bila mendengar kata-kata itu, Cikgu Razak menghembus nafas kelegaan. Rupanya Nik Yusof memang telah meninggal dunia dan pusara yang terpampang di depan matanya adalah bukti kukuh. Cikgu Razak juga bersyukur kerana disebabkan tanda nama yang sering mereka pakai telah membezakan antara orang-orang Jepun dan Islam.

"Kalau tidak sudah tentulah Nik Yusof ditanam mengikut adat istiadat orang-orang Jepun. Nasib baiklah ada orang yang peka terhadap perkara itu,"katanya lega.

Selepas membaca doa untuk roh arwah mereka berangkat dan meninggalkan Tokyo. Sejak itu, hampir setiap tahun Cikgu Razak diundang ke Hiroshima, Cikgu Razak tidak pernah melupakan pusara Nik Yusof.

"Itulah sumbangan yang termampu saya berikan kepada Nik Yusof. Moga Allah menempatkan dia di tempat orang-orang yang beriman. Dan berharap pengorbanan yang dibuat oleh Nik Yusof akan terus dikenang hingga selamanya,"katanya dengan sebak.

Kepulangan Cikgu Razak membawa kenangan yang paling berharga dalam hidupnya. Dan hampir setiap tahun menjelang bulan Ogos, Cikgu Razak akan datang ke Hiroshima. Tetapi tawaran daripada Syarikat Penyiaran Jepun untuk membuat sebuah filem dokumentari mengenai tragedi Hiroshima benar-benar mengharukan dirinya.

Malahan Cikgu Razak berpendapat, filem tersebut harus dibuat memandangkan rakyat Jepun terutama golongan muda kurang tahu mengenai peristiwa tersebut.

"Saya amat berbangga dan terharu kerana diberi peluang untuk melakonkan kembali detik-detik cemas yang berlaku dalam hidup saya. Hiroshima Dalam Kenangan difilemkan untuk tontonan generasi muda dan bakal ditayangkan di seluruh Jepun.

Sebelum berangkat ke Hiroshima, saya membuat penggambaraan di Malaysia. Mereka membuat pengambaran di tempat saya belajar di Melaka. Perasaan tidak sabar untuk ke sana menguasai diri. Lagipun sudah terlalu lama saya ingin melihat perkembangan tempat tersebut.

"Selepas itu barulah saya berangkat ke Hiroshima. Selama dua minggu saya berada di sana. Saya banyak menjejak kembali kenangan-kenangan yang pernah saya harungi sewaktu pengeboman Hiroshima. Semuanya telah berubah. Universiti tempat kami belajar dulu hanya tinggal bangunan utama saja, yang lain hancur berkecai. Tapi dengar ceritanya tapak universiti tersebut akan dipindahkan ke tempat lain. Dan yang sedia ada akan dirobohkan. Bagi saya itu adalah nostalgia dan tidak patut dirobohkan.

"Saya teringat kembali kata-kata seorang askar Jepun menyerah kalah. Dia menyuruh saya pulang ke Malaysia (Malaya) kerana negara itu aman damai. Tapi katanya Hiroshima akan bangkit lagi dalam masa 20 tahun akan datang dan itulah yang saya nampak hari ini. Keadaan Hiroshima yang membangun bagaikan tidak pernah mengalami sebarang kehancuran dalam sejarah nergara mereka,"katanya kagum.


Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location

Last Modified: Friday 13 December 2024.