RedmiqqBandarpkvBagiqqLonteqqAbangqq788BolaLigadunia365Resmibet66Mega
https://lphd.s-desa.id/desa/https://lphd.s-desa.id/jadwal/https://lini.or.id/yayasan/
http://files.follettcommunity.com/index.html
Kedatangan Jepun Pemangkin Kesedaran Politik

Kedatangan Jepun Pemangkin Kesedaran Politik

Sumber: Utusan Malaysia
               26 Oktober 1995

Tokoh-tokoh pengisahan sejarah pendudukan Jepun di Tanah Melayu menyifatkan kedatangan Jepun sebagai pemangkin kepada kesedaran politik untuk mencapai kemerdekaan.

Menurut mereka, implikasi daripada kezaliman Jepun 50 tahun lalu, tidak boleh dipandang dari sudut negatif sahaja kerana Jepun juga telah banyak membantu membangkitkan semangat nasionalisme.

Bekas Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Abdullah Salleh berkata, walaupun rakyat negara ini pernah menjadi mangsa imperialisme Jepun, tetapi mereka juga telah menanamkan semangat anti-penjajah.

Katanya, meskipun Jepun pernah menjadi penyebab kepada kemerosotan ekonomi dan inflasi negara, namun kepemimpinan hari ini telah menjadikan Jepun model dalam bidang industri.

Beliau berkata demikian pada Simposium Perang Dunia Kedua Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945, bersama dua lagi tokoh pengisah iaitu pengajar bahasa Jepun, Institut Teknologi MARA (ITM), Abdul Razak Abdul Hamid dan tokoh seni, Datuk S. Roomai Noor.

Simposium tersebut dirasmikan oleh Ketua Pengarah Arkib Negara, Datuk Zakiah Hanum, di sini hari ini.

Pada majlis tersebut tokoh-tokoh berkenaan telah menceritakan pengalaman sebenar yang dialami ketika berada di Hiroshima, Sumatera dan tanah air sepanjang pendudukan Jepun.


Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location

Last Modified: Monday 18 November 2024.