RedmiqqBandarpkvBagiqqLonteqqAbangqq788BolaLigadunia365Resmibet66Mega
https://lphd.s-desa.id/desa/https://lphd.s-desa.id/jadwal/https://lini.or.id/yayasan/
http://files.follettcommunity.com/index.html
Roomai Noor Siapkan Kertas Kerja Filem

Roomai Noor Siapkan Kertas Kerja Filem

Oleh: Norliza Abdul Rahman
Sumber: Utusan Malaysia
               27 Oktober 1995

TOKOH seni yang juga seorang seniman veteran, S. Roomai Noor kini sedang sibuk menyiapkan satu kertas kerjanya mengenai industri perfileman tempatan yang berunsurkan Islam.

Ketika ditemui di ceramah Simposium Perang Dunia Kedua Pendudukan Jepun di Tanah Melayu 1942-1945 di Kuala Lumpur, baru-baru ini, beliau memberitahu, kertas kerja itu bertujuan bagi membantu golongan muda menghayati nilai-nilai murni agama Islam khususnya dalam filem.

Katanya, memandangkan filem merupakan alat media komunikasi yang paling tepat untuk menyampaikan cerita-cerita berunsur keagamaan, beliau merasakan usahanya itu adalah jalan terbaik bagi menginsafkan anak-anak muda.

"Sikap anak-anak muda yang tidak suka mendengar ceramah-ceramah agama membuatkan saya terfikir bahawa filem boleh membantu menarik minat mereka untuk mengenali Islam."

"Pemikiran anak-anak muda kita sudah mula diracuni oleh Barat kerana kecenderungan mereka untuk menonton rancangan dari sana," katanya.

Sehubungan itu, katanya lagi, dengan menerbitkan filem-filem yang bercorak keagamaan, beliau berharap agar akidah anak-anak muda yang semakin terpesong akan dapat diselamatkan segera.

"Saya akan cuba menyipkan kertas kerja itu secepat mungkin agar akidah mereka tidak terus dipengaruhi oleh Barat," tambahnya.

Beliau seterusnya berharap pengusaha filem tempatan turut sama membantu menerbitkan lebih banyak filem yang bertemakan keagamaan serta kerohanian bagi menyedarkan golongan muda.

"Saya lihat ramai anak-anak muda yang tersesat kerana kurang mendapat bimbingan serta tunjuk ajar khususnya daripada ibu bapa sendiri. Usaha saya ini diharapkan dapat membawa golongan muda yang terlibat ke jalan yang benar dan diredai Allah," katanya.

Beliau baru sahaja selesai menjalani pembedahan jantung tiga bulan lalu dan kini masih lagi dalam perhatian doktor memandangkan kesihatannya masih belum pulih sepenuhnya.

Bercakap mengenai bidang lakonan, beliau kini sudah selesai menjalani penggambaran drama Dia Ke? bersama Umi Kalsom sebagai pelakon jemputan.

S. Roomai Noor yang kesal terhadapa sikap anak-anak muda kerana memandang ringan tanggungjawab terhadap ajaran Islam, sekali lagi menyeru para pengusaha filem agar menerbitkan lebih cerita mengenai keislaman.


Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location

Last Modified: Monday 18 November 2024.