Tarikh: 13.6.2023
Tempat: Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar, Kedah
Pegawai terlibat: Adilah, Fadhli, Mahiya, Sazaroni
1st Northern Region Clinical Toxinology Symposium (TOXINORT) 2023 buat julung kalinya telah diadakan di Hospital Sultan Abdul Halim(HSAH), Sungai
Petani, Kedah. Ia telah dianjurkan oleh Jabatan Kecemasan & Trauma disamping kolaborasi bersama Persatuan Perubatan Kecemasan HSAH, Clinical Toxinology Special Interest Group College of Emergency Physicians(CEP) Malaysia, Malaysian Society of Toxinology(MST), Remote Envenomation Consultancy Services(RECS) dan Pusat Racun Negara, Universiti Sains Malaysia.
Objektif utama simposium ini dianjurkan adalah bagi memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pengamal perubatan (doktor, paramedik, jururawat) dalam bidang Clinical Toxinology dan seterusnya memantapkan pengurusan pesakit-pesakit yang terkena gigitan/patukan/sengatan haiwan berbisa seperti ular, obor-obor , haiwan laut, serangga seperti tebuan dan lebah. Rawatan keracunan daripada cendawan juga turut dibentangkan.
Seramai 121 orang peserta telah mendaftar bagi menyertai simposium ini yang terdiri daripada doktor, paramedik, jururawat, pelajar perubatan dan kakitangan Pusat Racun Negara. Terdapat juga peserta dari luar negara seperti Vietnam dan Indonesia.
Simposium ini telah dimulakan dengan sesi perasmian oleh Pengarah hospital, Dr Mithali Binti Abdullah @ Jacquline Sapen. Turut hadir bersama adalah Timbalan pengarah hospital Dr Azurin Chan Binti Mohd Mansor dan Dr Nor Hayaniza Binti Awang Mosa. Seterusnya diteruskan dengan pembentangan topik-topik yang telah disediakan. Pada sebelah petangnya turut diadakan forum soal jawab berkenaan Clinical Toxinology dan diakhiri dengan sesi ToxiQuiz dan cabutan bertuah.
1) Prof Madya Dr Ahmad Khaldun Bin Ismail - Pensyarah Kanan dan Pakar Perunding Perubatan Kecemasan , HCTM, UKM
Simposium ini turut disertai oleh pasukan dari Pusat Racun Negara(PRN), USM Pulau Pinang yang telah menyediakan pameran berkenaan perkhidmatan yang disediakan oleh PRN berserta photobooth kursus untuk TOXINORT.