Staf terlibat: Puan Adilah, Puan Nur Afni, Cik Mahiya dan Cik Noor Afiza
Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan (IPTK) telah mengadakan satu Bengkel Analisa Data Kualitatif bagi mengkaji tingkah laku dalam kalangan individu yang pemah mengalami tingkah laku bunuh diri di Fasiliti Kesihatan Kerajaan Malaysia.
Bengkel berkenaan telah diadakan pada 21-23 Jun 2023 (Rabu-Jumaat) di Citadines, DPulze Cyberjaya, Selangor. Objektif bengkel ini adalah bagi membuat analisa lanjutan bagi data kajian. Para peserta yang terdiri dari ahli kajian termasuk kaunselor KKM, pegawai psikologi KKM, staf PRN dan juga staf IPTK (Institut Penyelidikan Tingkahlaku Kesihatan) telah membahagikan data sesama kumpulan masing-masing untuk dianalisa. Sesi perbincangan telah diadakan pada hari pertama dan kedua bengkel. Sesi pembentangan dan pemurniaan data yang telah dianalisa berlangsung pada malam 22 Jun. Pada 23 Jun, iaitu hari terakhir bengkel, pembentangan akhir telah diadakan.
Bengkel ini merupakan perjumpaan pertama secara fizikal antara pihak IPTK dan pihak PRN. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Cik Mariatul Umeera atas jemputan pihak IPTK dan diharapkan kajian ini dapat memberi pencerahan terhadap krisis isu masalah kesihatan mental yang membimbangkan di negara kita. Semoga sumbangan dan usaha ahli kumpulan sepanjang bengkel ini memberi manfaat dan faedah kepada para peserta.
Diharapkan kerjasama dan hubungan baik ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang.