Tempat: Sepanjang pesisiran pantai bermula dari hadapan Queens Water Front sehingga ke Medan Selera Sea Gate
Pegawai terlibat: Ahli-ahli kelab PRN Sejahtera & 8 orang pelajar Pusat Pengajian Sains Kajihayat (latihan industri)
Setiap tahun, lebih daripada 8 juta metrik ton sampah plastik masuk ke dalam lautan. Ini merangkumi botol-botol plastik sehinggalah bekas makanan.
Hari ini, sempena International Coastal Cleanup 2023, Kelab PRN Sejahtera telah bergabung tenaga untuk sama-sama memberikan sokongan dengan menganjurkan aktiviti pembersihan pesisiran pantai.
Aktiviti ini telah disertai oleh ahli-ahli kelab PRN Sejahtera dan turut dimeriahkan dengan kehadiran 8 orang pelajar Pusat Pengajian Sains Kajihayat yang sedang menjalankan latihan industri di Pusat Racun Negara.
Aktiviti pembersihan selama lebih kurang satu jam sahaja pagi ini telah mengumpulkan lebih dari 10 bungkus plastik sampah yang dipenuhi terutamanya dengan botol air mineral, plastik bungkusan makanan, puntung rokok. Bayangkan jika sampah-sampah ini semakin bertambah setiap hari, mungkin nanti tiada lagi tempat “healing” untuk kita dan generasi akan datang. Kelestarian pantai kita adalah tanggungjawab bersama. Generasi bertanggungjawab dapat membina masa depan yang lebih baik!