Seminar Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) - 25 Oktober 2023

Tarikh : 25 Oktober 2023
Tempat : Dewan KOMCA, USM.
Pegawai terlibat: Mohamed Nazri Mohamed Tahir dan Mazlan Mohamad

Seminar anjuran Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKPU) USM ini telah berlangsung pada 23 Oktober 2023  di Dewan Pembangunan Siswa 1, Kompleks Cahaya (KOMCA), Kampus Induk, USM. Dua wakil daripada Pusat Racun Negara telah menghadiri seminar ini iaitu Encik Mohamed Nazri Bin Mohamed Tahir dan Encik Mazlan Mohamad.

Objektif utama seminar ini ialah untuk memberi kefahaman tentang perihal perundangan yang terkini terutamanya berkaitan Akta KKP 1994 (pindaan 2022) dan pemansuhan Akta Kilang dan Jentera 1967. Meningkatkan kesedaran berhubung kepentingan pengurusan KKP dan alam sekitar. Memberi pendedahan berkenaan langkah kawalan bagi menangani isu berkaitan KKP. Berkongsi pengalaman berkaitan amalan pengurusan KKP yang baik. 

Antara topik yang disampaikan sepanjang Seminar ini ialah:-

251023 Mazlyne DOSH
1. Akta KKP (Pindaan) 2022: Apa Yang Majikan dan Pekerja Perlu Tahu?
Disampaikan oleh : Pn. Mazlyne binti Mat Akat (Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan DOSH ) 
 
251023 Syukri JAS
2. Pengurusan Efektif Buangan Terjadual dan E-Waste
Disampaikan oleh : En. Mohd Syukri bin Abu Hasan (Jabatan Alam Sekitar) 
 
 251023 Jamil Bomba
3. Perubahan Susun Atur Bangunan dan Kepentingan Ciri-Ciri Keselamatan Kebakaran
Disampaikan oleh : PgKB l Ts. Jamil bin Abdullah@Othman (Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia)
 251023 Norlela Perkeso
4. Kemalangan Pekerjaan dan Perjalanan (Commuting): Langkah Kawalan & Perlindungan
Disampaikan oleh : Pn. Norlela binti Aripin (Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)

 5. Pengurusan Kesihatan Mental Di Tempat Kerja Dr. Rajkumar A/L Vejayan (Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang).

6. Perkongsian Amalan Pengurusan KKP Yang Baik Prof. Madya Dr. Balkis binti Hj. A.Talip (Universiti Tun Hussein Onn Malaysia)

251023 Seminar

 

 

 


Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location

Last Modified: Friday 13 December 2024.