Makmal Toksikologi, Pusat Racun Negara (PRN) Universiti Sains Malaysia (USM) telah menerima pengiktirafan Makmal Cemerlang daripada Institut Kimia Malaysia (IKM) buat kali KETIGA berturut-turut di atas perkhidmatannya sehingga kini.
Anugerah ini diterima oleh Pengarah PRN, Profesor Dato' Dr. Mohamed Isa Abd Majid dalam majlis yang diadakan di Hotel Royale Chulan, Damansara.
Anugerah ini membuktikan kecemerlangan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Makmal Toksikologi PRN secara konsisten kepada pelanggan-pelanggannya dan seterusnya meningkatkan kepercayaan orang awam dan syarikat-syarikat lain untuk mendapatkan perkhidmatan analisis produk.