RedmiqqBandarpkvBagiqqLonteqqAbangqq788BolaLigadunia365Resmibet66Mega
https://lphd.s-desa.id/desa/https://lphd.s-desa.id/jadwal/https://lini.or.id/yayasan/
http://files.follettcommunity.com/index.html
Dadah Depresan Sistem Saraf Pusat: Sedatif/Hipnotik

Dadah Depresan Sistem Saraf Pusat: Sedatif/Hipnotik

Oleh: Dr. Rahmat Awang
          Dewan Kosmik
          01 Mei 1995

KUMPULAN dadah depresan(penekan) sistem saraf pusat merupakan sekumpulan dadah yang bertindak terhadap sistem otak sehingga membuatkan seseorang itu tidak sedarkan diri secara berlebihan. Umumnya, ia boleh dibahagikan kepada empat kumpulan utama iaitu kumpulan anestesia umum, kumpulan alkohol alifatik (seperti arak), kumpulan dadah penahan sakit narkotik, dan kumpulan dadah sedatif/hipnotik.

Antara empat kumpulan ini, kumpulan dadah penahan sakit narkotik dan kumpulan dadah sedatif/hipnotik adalah dadah penekan sistem saraf pusat yang seringkali disalahgunakan. Fokus artikel bulan ini adalah terhadap kumpulan dadah sedatif/hipnotik ini.

DEFINISI DADAH DEPRESAN SEDATIF/HIPNOTIK DAN JENIS-JENISNYA

Menurut definisinya, dadah sedatif berupaya mengurangkan tahap aktiviti mental seseorang itu di samping mempunyai kesan menenangkan fikiran. Dadah jenis hipnotik pula boleh membuatkan seseorang itu rasa mengantuk. Ia dapat mendorong seseorang itu tidur dengan lebih mudah dan berterusan. Dadah dalam kumpulan sedatif/hipnotik ini terdiri daripada beberapa jenis; antaranya termasuklah kumpulan barbiturat, kumpulan benzodiazepin, dan yang lain-lainnya seperti kloral hidrat, glutetimid, metakualon, serta meprobamat.

BAHAYA MENGAMBIL BERLEBIHAN

Dadah kumpulan ini sebenarnya amat berguna bagi mengurangkan rasa resah, panas baran, ketegangan jiwa, dan insomnia (keadaan susah tidur). Dalam sesetengan keadaan, ia mungkin mengkhayalkan. Walau bagaimanapun, jika dimakan dengan banyak, pertimbangan seseorang akan terjejas, koordinasi pergerakan badan akan hilang, dan pertuturan terganggu menjadikan sebutan tidak jelas. Perimbangan dan koordinasi pergerakan badan yang terganggu merupakan punca utama kemalanganjalan raya di kalangan penggunanya. Dalam kes bunuh diri, keadaan menjadi lebih serius; seseorang itu boleh mengalami koma, disusuli dengan kulit yang sejuk, nadi yang lemah dan pantas, serta pernafasan yang mungkin menjadi perlahan atau pantas tetapi pendek. Apabila kadar pernafasan menjadi terlalu perlahan dan tekanan darah menjadi terlalu rendah, mangsa sudah menghampiri maut terutamanya jika keadaan ini tidak dapat dikawal dengan baik.

SALAH GUNA DAN BAHAYANYA

Dadah-dadah depresan ini juga didapati telah disalahgunakan secara meluas. Keadaan ini berlaku apabila dadah depresan ini digunakan di kalangan penagih dadah perangsang bagi meredakan pemikiran yang kusut, melenyapkan keresahan daripada "ingatan-ingatan" yang menghantui penagih halusinogen, atau untuk mempermudahkan langkah penghentian pengambilan heroin. Dalam keadaan begini, dadah-dadah depresan ini akan digunakan untuk jangka masa yang panjang sehinggalah masalah yang berkaitan dengan penggunaan dadah depresan pula timbul. Ini termasuklah masalah tolerans serta pergantungan fizikal dan psikologi. Tolerans akan berlaku dengan cepat. Pengguna perlu mengambil dadah ini dalam jumlah yang lebih besar untuk mendapatkan kesan yang sama. Keadaan ini sebenarnya tidak disedari sehinggalah pengguna mengalami kebingungan yang berulang atau hilang upaya untuk melakukan kerja-kerja harian. Dengan bertambahnya jumlah dadah yang dimakan, mungkin sebanyak 10 hingga 20 kali ganda daripada jumlah biasa, pengguna sebenarnya mendekatkan diri kepada bahaya besar dan maut. Dalam keadaan ini, pergantungan fizikal dan psikologi amat ketara. Menghentikan pengambilan dadah depresan ini juga akan memberikan kesan buruk.

Pada tahap ini, penghentian atau pengurangan pengambilan dadah depresan secara mengejut boleh mengakibatkan sindrom terputus bekalan dengan ciri-ciri tertentu. Ini merupakan satu kecemasan perubahan yang lebih serius. Langkah-langkah detoksifikasi yang baik dapat memulihkan keadaan pesakit. Namun begitu, dalam masa 24 jam pertama gejala terputus bekalan minor seperti keresahan dan agitasi, hilang selera makan, rasa mual dan muntah, senak perut, denyutan jantung pantas, berpeluh-peluh, serta anggota badan yang mengeletar akan dialami. Bagi dadah kumpulan barbiturat dan meprobamat, gejala ini akan memuncak pada hari kedua dan ketiga dadah dihentikan. Bagi dadah depresan yang mempunyai masa tindakan yang panjang seperti yang berlaku pada sesetengah jenis barbiturat dan benzodiazepin, gejala-gejala terputus memuncak pada hari ketujuh atau kelapan setelah dadah dihentikan. Pada masa ini, pengguna mungkin mengalami sawan dan dalam setengah kes turut meracau. Tidak kurang juga yang akan mengalami gangguan psikosis menyerupai delirium tremens, iaitu satu komplikasi yang berat bagi penagih alkohol. Memandangkan betapa seriusnya keadaan ini, langkah-langkah detoksifikasi dan rawatan lanjut perlu dijalankan di bawah pengawasan seorang doktor. Kaedah rawatan mungkin berbeza di antara jenis-jenis dadah depresan ini tetapi kesemuanya mempunyai matlamat yang sama iaitu pengukuhan keadaan pergantungan pada dadah untuk mengurangkan simptom penarikan; diikuti dengan penghentian secara beransur-ansur untuk mengelakkan pengulangan.

MAKLUMAT LANJUT TENTANG DADAH-DADAH DEPRESAN TERTENTU

Di antara dadah depresan sedatif/hipnotik yang menghasilkan penagihan termasuklah kumpulan barbiturat, kumpulan benzodiazepin, kloral hidrat, glutetimid, metakualon, dan meprobamat.

Kumpulan Barbiturat

Dadah barbiturat merupakan satu kumpulan dadah yang seringkali dipreskripsikan oleh doktor bagi mewujudkan rasa tenang dan membuatkan pesakit rasa mengantuk supaya mudah tidur. Sebanyak lebih kurang 2500 terbitan asid barbiturik telah dapat disintesiskan tetapi hanya lebih kurang 15 sahaja yang berguna untuk tujuan pengubatan. Dos terapeutik yang kecl berupaya menenangkan perasaan resah, manakala dos yang lebih besar berupaya mendorong seseorang tidur dalam masa 20 hingga 60 minit. Apabila dos ditingkatkan lagi, koma dialami dan seterusnya pernafasan akan terhenti.

Masa tindakan dadah kumpulan barbiturat ini berbeza-beza; mungkin amat pendek, pendek, sederhana, dan panjang. Barbiturat yang masa tindakannya amat pendek, digunakan untuk menghasilkan anestesia (kekebasan). Kesan diperolehi dalam masa seminit selepas suntikan intravena. Oleh sebab kesannya tidak lama, barbiturat jenis ini iaitu heksobarbital, metoheksital, dan tiopental tidak disalahgunakan.

Barbiturat yang paling dikehendaki oleh penagih adalah pentobarbital, sekobarbital, dan amobarbital. Ia adalah tiga jenis barbiturat yang tergolong dalam kumpulan masa tindakan pendek dan pertengahan. Jenis lain dalam kumpulan ini termasuklah butabarbital, butalbital, alobarbital, aprobarbital, dan vinbarbital. Dengan barbiturat ini, kesan mula diperolehi di antara 15 hingga 40 minit dan ini berterusan selama lebih kurang enam jam. Barbiturat jenis ini banyak digunakan dalam perubatan untuk menghasilkan rasa mengantuk dan mendorong pesakit tidur.

Kesan barbiturat yang mempunyai masa tindakan yang panjang boleh dirasakan selama 16 jam. Namun begitu, kesan mulanya lambat iaitu dalam lingkungan satu jam. Barbiturat dalam kelas ini termasuklah barbital, fenobarbital, mepobarbital (metilfenobarbital), dan metarbital. Lazimnya ia diguna untuk memberikan kesan sedatif, hipnotik, dan antigelugut. Barbiturat jenis ini jika disalahgunakan boleh mengakibatkan kesan tolerans dan pergantungan secara meluas.

Kumpulan Benzodiazepin

Benzodiazepin, yang merupakan satu lagi kumpulan depresan dikenali sebagai trankuilizer (penenang) ringan atau minor, sedatif, hipnotik, atau antigelugut. Ia mempunyai keupayaan mengurangkan rasa resah, tegang, dan kejang otot, serta dapat menghasilkan sedasi dan mencegah atau menghentikan gelugut. Jurang perbezaan di antara jumlah dadah yang diperlukan untuk mendapat kesan yang diingini ini berbanding dengan jumlah yang diperlukan untuk mendapat kesan mudarat adalah besar sekali. Ini bermakna julat keselamatannya adalah amat luas berbanding dengan dadah depresan lain. Benzodiazepin yang digunakan secara meluas termasuklah klordiazepoksid (librium), klonazepam (Clonopin), klorazepat (Dalmane), lorazepam (Ativan), oksazepam (Serax), dan prazepam (Verstam).

Benzodiazepin juga tidak terlepas daripada tindakan penyalahgunaan. Untuk mendapatkan kesan yang mengkhayalkan, ia seringkali digunakan bersama alkohol atau ganja. Dalam hal ini, Librium dan Valium merupakan dua jenis dadah yang digunakan secara meluas. Ia mempunyai masa mula tindakan yang lambat tetapi kesan yang diperoleh dapat dikekalkan untuk jangka masa yang lama. Seperti dadah depresan lain, ia juga mengakibatkan kesan tolerans serta pergantungan fizikal dan psikologi apabila digunakan dengan banyak untuk jangka masa yang panjang. Jika penggunaan pada jumlah yang besar dihentikan secara mengejut, gejala-gejala penarikan akan hanya dialami lebih kurang dalam masa tujuh hingga sepuluh hari. Kelewatan ini adalah dijangkakan kerana badan kita mengambil masa yang lebih lama untuk menyingkirkan dadah-dadah ini.

Kloral Hidrat

Kloral hidrat merupakan sejenis hipnotik yang tertua. Ia mula dicipta dan diguna pada tahun 1862 dan dalam masa yang singkat ia sudah mendahului alkohol, ganja, dan sediaan kanabis unutk mendapatkan kesan sedasi dan tidur. Ia adalah dalam bentuk cecair dan dipasarkan dalam bentuk sirap dan kapsul gelatin lembut. Walau bagaimanapun, popularitinya menurun apabila dadah kumpulan barbiturat mula dipasarkan. Namun begitu, penggunaannya masih meluas. Kesan penggunaannya menyamai alkohol. Tolerans serta pergantungan boleh berlaku dan gejala penarikan menyerupai delirium tremens telah diperhatikan. Keracunan yang membabitkan kloral hidrat biasanya berlaku apabila ia dicampur bersama minuman beralkohol. Penyalahgunaannya membabitkan generasi tua.

Glutetimid

Ketika diperkenalkan pada tahun 1954, glutetimid dirasakan dapat mengambil alih tempat barbiturat kerana ia dianggap lebih selamat dan tidak berpotensi mengakibatkan penagihan. Setelah digunakan untuk beberapa ketika, pengalaman yang diperolehi menunjukkan bahawa ia juga tidak mempunyai sebarang kelebihan berbanding barbiturat. Malahan, ia mempunyai beberapa keburukan yang tersendiri. Apabila digunakan, kesan sedatifnya mula dapat dirasakan dalam masa lebih kurang 30 minit selepas dimakan dan kesannya akan berterusan selama empat hingga lapan jam. Jika dimakan secara berlebihan, kesannya yang panjang amat menyukarkan usaha pemulihan sehingga kesudahannya , kes begini berakhir dengan maut. Glutetimid dipasarkan dengan nama Doriden dalam bentuk tablet 125 mg, 250 mg, dan 250 mg.

Metakualon

Metakualon pula adalah satu sedatif sintetik yang tidak mempunyai apa-apa persamaan dengan barbiturat, glutetimid, atu kloral hidrat dari sudut struktur kimianya. Dadah ini telah disalahgunakan secara meluas walaupun pada satu masa dahulu ia dipercayai tidak menyebabkan ketagihan. Apabila digunakan dengan banyak untuk jangka masa yang lama, kesan tolerans dan pergantungan tidak dapat dielakkan. Beberapa kes keracunan serius membabitkan dadah ini juga pernah dilaporkan. Koma, diiringi dengan gelugut merupakan gejala yang sering dialami. Di Amerika Syarikat, Metakualon dipasarkan dengan nama Quaalude, Parest, Optimil, Somnafac, dan Sopor. Penyalahgunaan yang meluas telah mendorong penciptaan pil Quaalude tiruan di pasar-pasar gelap. Pil ini mempunyai bentuk yang menyerupai sediaan asal tetapi tidak semestinya mengandungi metakualon. Di Eropah pula, satu sediaan metakualon bersama antihistamin telah dicipta di bawah nama Mandrax. Campuran ini dipercayai dapat meningkatkan lagi kesan metakualon. Ciptaan lain termasuklah Meklokualon, bahan kimia yang mempunyai banyak persamaan dengan metakualon. Namun begitu, penggunaannya dilarang di negara di mana ia dicipta iaitu Amerika Syarikat.

Meprobamat

Meprobamat yang pertama kali disintesis dan digunakan pada tahun 1950 kini telah dilaporkan mencapai tahap penggunaan setinggi 200 tan setahun di Amerika Syarikat. Dadah yang diedarkan dengan nama seperti Miltown, Equanil, Kesso-Bamate, dan Sk-Bamate digunakan dalam perubatan untuk mengurangkan rasa resah, tegang, dan juga gangguan kekejangan otot. Dari segi masa mula dan jangka masa tindakan, kesannya mempunyai persamaan dengan barbiturat tindakan jangka pertengahan. Namun begitu, perbezaan yang diperhatikan berbanding barbiturat kumpulan ini adalah keupayaan mengendurkan otot, tidak mengakibatkan tidur pada dos biasa, dan secara relatifnya tidak membahayakan. Walau bagaimanapun, penggunaan yang berleluasa boleh mengakibatkan pergantungan psikologi dan fizikal.

 

 


Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location

Last Modified: Monday 18 November 2024.