RedmiqqBandarpkvBagiqqLonteqqAbangqq788BolaLigadunia365Resmibet66Mega
https://lphd.s-desa.id/desa/https://lphd.s-desa.id/jadwal/https://lini.or.id/yayasan/
http://files.follettcommunity.com/index.html
Perubatan Tradisional: Antara Manfaat dan Risiko (Bahagian 2)

Perubatan Tradisional: Antara Manfaat dan Risiko (Bahagian 2)

Oleh: Razak Hj. Lajis
          Dewan Kosmik
          Mei 1996

KEBANYAKAN sediaan herba dibekalkan dalam beberapa bentuk dos. Ramai yang mempersoalkan tentang ketepatan dan keberkesanan dos-dos tersebut. Pengamal perubatan tradisional yang berpengalaman mengatakan bahawa ini tidaklah bermakna pengamal perubatan tradisional tidak tahu langsung tentang amaun ubat yang diberikan. Ada ketikanya sediaan tersebut diberikan berasaskan pertimbangan yang dibuat oleh pengamal sendiri berdasarkan pengalaman lalu dan keadaan pesakit. Pengamal-pengamal perubatan tradisional yang berpengalaman dan terlatih selalunya akan memberikan dos-dos yang berlainan untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Mereka juga menegaskan tentang perbezaan dos dari segi jantina serta memberikan peringatan khas kepada wanita terutamanya yang hamil. Di dalam kebanyakan kes, wanita-wanita hamil tidak digalakkan memakan ubat-ubat tradisional tanpa sebarang nasihat khusus mengenainya. Oleh yang demikian perhubungan di antara pengamal dan pesakit adalah mustahak dan perlu untuk menentukan bentuk perubatan alternatif ini berkesan dan memberi manfaat. Keterangan yang tepat dapat membantu untuk lebih memahami kesan baik dan buruknya sesuatu persediaan tersebut.

Praktis perubatan tradisional melarang pengambilan beberapa jenis makanan di atas beberapa sebab yang lazimnya berkaitan dengan konsep perubatan tradisional itu sendiri. Walau apa pun pandangan masyarakat terhadap perubatan tradisional ini, seperkara yang harus diingatkan bahawa seperti perubatan moden juga ia bukanlah satu sistem perubatan yang tiada cacat-celanya. Ketika membincangkan kekurangan data saintifik mengenai keberkesanannya, ramai yang masih ragu tentang ketepatan dos yang diberikan dan diagnosis yang mungkin kurang tepat. Walau bagaimanapun, perkara ini pun boleh berlaku di dalam sistem perubatan moden. Oleh itu adalah lebih baik meyakinkan dan bermakna sekiranya amalan perubatan tradisional ini dilakukan oleh orang yang betul-betul berpengalaman dan pakar dalam bidang tersebut.

KELUARAN PALSU DAN TERCEMAR

Sesetengah penyediaan keluaran herba jarang memberikan perhatian yang serius terhadap faktor kebersihan. Pencemaran mungkin berlaku dan ini boleh bermula dari proses pengumpulan bahan-bahan mentah, proses penyediaan dan pembungkusan keluaran herba tersebut. Perkara ini boleh diatasi dan diperbaiki melalui kefahaman dan latihan. Selain daripada itu, sediaan-sediaan herba juga tidak seharusnya dianggap bebas daripada sebarang pencemaran dan bahan toksik. Keadaan ini diburukkan lagi oleh glongan tidak bertanggungjawab yang memalsukan keluaran yang telah berada di pasaran sebagai cara untuk mendapatkan keuntungan segera.

Harus diingatkan bahawa ini bukanlah perkara yang janggal kerana pemalsuan sebagini juga sering berlaku terhadap keluaran ubat-ubat moden. Usaha-usaha yang tidak bertanggungjawab ini selalunya dilakukan oleh merekan yang kurang pengalaman atau pengetahuan tentang perubatan tradisional. Tujuannya adalah semata-mata untuk mengaut keuntungan segera tanpa menghiraukan kesannya terhadap pengguna. Kegiatan sebegini bukan sahaja memburukkan imej pengamal perubatan tradisional yang benar-benar tulen tetapi juga mencemarkan sistem perubatan alternatif ini. Kegiatan seperti ini perlulah dibasmi dengan segera dan ia memerlukan kerjasama dari semua peringkat agar perhubungan saling bergantung antara manusia dan tumbuh-tumbuhan khasnya akan terus wujud dan berkembang dengan harmoni tanpa sebarang prasangka.

Sebagai langkah keselamatan, penggunaan sebarang jenis ubat tidak kira samada ianya moden memerlukan pengawasan dan penerangan dari pihak yang pakar mengenainya. Ubat-ubat yang diyakini keselamtannya pun boleh menjadi bahaya sekiranya disalah gunakan. Walaupun kes keracunan berkaitan keluaran tradisional jarang dilaporkan, kita tidak boleh membuat kesimpulan bahawa kesemuanya selamat. Kekurangan kes keracunan akibat ubat-ubatan tradisional mungkin kerana sesuatu penyakit yang timbul agak sukar dikaitkan dengan pengambilan keluaran tradisional tersebut kecuali ianya terjadi sebaik sahaja ubat tersebut dimakan atau digunakan. Masyarakat juga kadangkala mengambil sikap sambil lewa terhadap tanda-tanda yang mungkin disebabkan oleh sesuatu keluaran hinggalah keadaan menjadi bertambah serius. Kekurangan ini mungkin juga disebabkan tiada kajian yang terperinci dibuat mengenainya. Di sebalik kes-kes di mana pesakit memperolehi manfaat dengan persediaan herba, kita tidak harus lupa akan kegagalan yang disebabkan olehnya. Sering kali kejayaan akan diambil kira sebagai keberkesanan menyeluruh penggunaan sediaan herba tetapi kegagalannya akan diketepikan atau pun diabaikan sama sekali.

Apa yang dikhuatiri ialah sesuatu keluaran herba yang telah dikenal pasti kebaikannya mungkin bertukar menjadi toksik disebabkan kegagalan pengusahanya mengenal pasti spesies dengan tepat. Walau pun perkara seumpama ini tidak pernah dilaporkan berlaku di negara kita, beberapa kejadian di luar negeri harus dijadikan penduan agar kita lebih berhati-hati. Compfrey (Symphytum officinale) dengan foxglove (Digitalis purpurea) di dalam satu persediaan herba telah menyebabkan beberapa kes kemalangan di Amerika suatu ketika dahulu. Kedua-dua tumbuh-tumbuhan tersebut mempunyai ciri-ciri luaran yang sama. (Digitalis purpurea) dikenal pasti mengandungi glikosida jantung yang boleh mendatangkan mudarat bila digunakan dengan cara yang tidak teratur. Akhir-akhir ini terdapat pula kajian yang menunjukkan Symphytum officinale yang suatu masa dahulu dikenali sebagai selamat dan berksan kini mengandungi suatu sebatian yang boleh mengakibatkan kesan toksik terhadap hati. Sebatian tersebut tergolong dalam kumpulan alkaloid pirolizidina. Walau bagaimanapun penemuan ini masih agak kontroversi. Di negara kita, antara beberapa kejadian keracunan yang pernah dilaporkan berlaku membabitkan tumbuh-tumbuhan seperti Datura metel (pokok kecubung atau terung pungak), Elateriospermum blume (buah perah) dan Dioscorea daemona (ubi gadong).

Pengguna juga harus diingatkan akan kehadiran keluaran-keluaran palsu yang berada di pasaran. Jenama-jenama keluaran yang terkenal selalu dipalsukan oleh orang-orang yang tidak bertanggungjawab sebagai usaha untuk mendapat keuntungan. Untuk lebih memburukkan lagi keadaan, ada keluaran yang mengandungi bahan-bahan yang tidak seharusnya hadir dalam persediaan tersebut. Antara bahan-bahan yang pernah ditemui di dalam persediaan herba ialah steroid, parasetamol, teofilina, asid salisilik dan klorfeniramina. Di dalam beberapa kes yang pernah berlaku di luar negeri, kajian rawak yang dilakukan ke atas beberapa persediaan ubat-ubat tradisional ini turut menemui bahan-bahan narkotik di dalamnya. Sebahagian dari persediaan ini diproses untuk tujuan ekspot. Selain daripada itu terdapat beberapa keluaran ubat-ubat tradisional ini turut mengandungi paras logam berat yang melebihi tahap yang dibenarkan. Antara logam berat yang sering ditemui ialah plumbum, raksa dan arsenik. Pencemaran logam berat ini boleh berlaku bermula dari cara pengumpulan dan penyimpanan bahan-bahan mentah, peralatan dan proses pengilangan yang tidak sempurna. Oleh itu pengguna akan menghadapi risiko yang tinggi sekiranya terambil keluaran yang tercemar ini.

Sebagai langkah keselamatan, berhati-hatilah semasa menggunakan sesuatu keluaran. Pengguna haruslah berusaha untuk mendapatkan keterangan dan nasihat seawajarnya tentang sebarang jenis ubat dari pihak-pihak yang mengetahui dan pakar mengenainya. Pastikan ianya selamat digunakan dan patuhi arahan yang diberikan dengan betul. Jauhkan dari mencuba sesuatu yang tidak pasti dan meragukan.

 


Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location

Last Modified: Monday 18 November 2024.