RedmiqqBandarpkvBagiqqLonteqqAbangqq788BolaLigadunia365Resmibet66Mega
https://www.geriatri.id/v2/https://lphd.s-desa.id/desa/https://lini.or.id/yayasan/https://jamcab19.pramukaklaten.or.id/menu/
http://files.follettcommunity.com/index.html
https://dagang.sippikola.langsakota.go.id/https://sosial.sippikola.langsakota.go.id/
Bahaya Penggunaan Kosmetik (Bahagian 2)

Bahaya Penggunaan Kosmetik (Bahagian 2)

Oleh: Wan Zainal Azman Wan Abdullah
          Dewan Kosmik
          Julai 1996

Kebanyakan barangan kosmetik mekap muka mengandungi bahan-bahan yang tidak merbahaya dan dijual dalam kuantiti yang kecil. Barangan ini bolehlah dianggap tidak beracun. Namun begitu, sekiranya tertelan, air atau susu perlu diminum untuk mencairkan bahan kimia yang terdapat di dalam perut.

Pensil Alis Mata

Pencil alis mata biasanya mengandungi beberapa jenis bahan kimia antaranya lampblack, petrolatum dan parafin, kadangkala aluminium silikat dan asid stirat. Penggunaannya di bawah kelopak mata tidak digalakkan oleh pakar perubatan kerana boleh menyebabkan pigmentasi pada lapisan mukosa pada mata, mata menjadi merah, radang, berair dan pandangan menjadi kabur. Parafin tulin adalah merbahaya pada kulit. Kehadiran yang tidak tulin boleh menyebabkan kerengsaan dan ekzema. Walaupun pada amnya kandungan petrolatum adalah tidak toksik, tetapi bahan ini boleh menyebabkan alahan pada kulit.

Pembayang Mata

Pembayang mata mengandungi lanolin, beeswax, seresin, kalsium karbonat, minyak mineral, sorbitan oleate dan bedak. Bedak boleh menyebabkan gangguan paru-paru jika terdedah secara berpanjangan.

Maskara

Maskara mengandungi garam asid stearik berserta pigmen, lanolin, parafin dan lilin carnauba. Sejak penggunaannya selama beberapa tahun, terdapat beberapa kes seperti melecur, mata berair dan kerengsaan mata ke atas penggunanya.

Gincu

Gincu juga dianggap tidak berbahaya. Ia biasanya mengandungi minyak galian atau sayuran, lilin dan pewarna. Lain-lain bahan yang ditambah termasuklah bahan pelembap, pewangi, pengawet, antioksidan dan mungkin juga perasa. Jika ditelan, ia tidak meninggalkan sebarang kesan.

Pengilat Kuku

Bahan ini terdiri daripada pelarut seperti xylena, toluena, aseton, etil asetat, etanol atau metanol dan plasticizer (seperti butil-asetat, dibutil phthalate, kamfor) bersama nitroselulosa atau lain-lain resin. Sesetengah daripada bahan-bahan kimia ini, jika ditelan dengan banyak boleh mengakibatkan rasa mual, muntah dan mungkin menganggu fungsi otak. Mangsa keracunan perlu dibawa ke hospital dengan segera sekiranya didapati tertelan pengilat kuku. Pembersih pengilat kuku pula boleh membahayakan diri. Kesannya adalah sama sepeti keracunan alkohol.

Barangan Bedak

Barangan bedak termasuk bedak debu dan bedak badan. Bedak mengandungi bahan-bahan seperti talkum, kanji atau kedua-duanya sekali serta dengan karbonat inorganik, zink stearat, kaolin, pewangi dan mungkin juga pengawet. Secara amnya, bedak jenis ini dianggap tidak berbahaya. Namun begitu jika dihidu dengan banyak boleh menyempitkan saluran pernafasan.

Barangan Kolon

Barangan kolon serta minyak wangi amnya adalah larutan hidroalkohol yang dicampurkan dengan sedikit pewangi. Barangan ini mempunyai kandungan alkohol setinggi 50 hingga 90 peratus. Jika ditelan, ia boleh menyebabkan seseorang itu mengalami rasa mengantuk dan penekanan fungsi otak.

Selain daripada barangan yang disebutkan di atas, terdapat juga barangan lain yang biasa digunakan dan disimpan di rumah. Walaupun ia tidak dinyatakan, ini tidaklah bermakna yang ia langsung tidak merbahaya.

Langkah-langkah keselamatan Pengguna Kosmetik

  • Baca label dengan teliti dan ikut arahan yang dicatatkan sebelum menggunakan sebarang kosmetik, terutama sekali apabila menggunakan barangan antiperspirant, depilotories, pewarna rambut dan sebagainya.
  • Untuk mengetahui atau memastikan sama ada anda alah kepada sesuatu kosmetik, sapukan sedikit barangan tersebut pada bahagian belakang tangan anda. Biarkan selama 24 jam. Sekiranya anda mendapati sebarang kesan-kesan sampingan seperti kemerah-merahan, berbintil atau gatal-gatal dan sebagainya, hentikan penggunaan barangan tersebut.
  • Sekiranya barangan kosmetik menyebabkan alahan atau kesan sampingan hentikan penggunaannya, cuci dan bersihkan bahagian-bahagian yang telah disapukan bahan kosmetik tersebut.
  • Dalam keadaan kesan kosmetik tidak boleh dibersihkan atau keadaan tidak selesa, segera berjumpa doktor dengan membawa barangan kosmetik untuk diuji.
  • Jika anda selalu mengunjungi pusat-pusat kecantikan (salon) dan mengalami kesan sampingan, pergi semula ke pusat kecantikan tersebut, catat nama barangan kosmetik yang digunakan dan ambil contohnya sekali.
  • Jangan sekali-kali biarkan kanak-kanak bermain dengan barangan kosmetik anda. Kemungkinan kebanyakan alat kosmetik mengandungi bahan-bahan toksik yang tidak membahayakan orang dewasa tetapi membahayakan pada kanak-kanak. Simpan di tempat yang tinggi yang tidak boleh dicapai atau dilihat oleh kanak-kanak.
  • Bagi penggunaan barangan mekap mata, anda harus menggunakan dengan berhati-hati bagi mengelakkan sentuhan bahan kimia atau kerosakan mekanikal pada mata.

Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location

Last Modified: Monday 18 November 2024.