Farmasi Klinikal dan Sumbangannya Kepada Kesihatan

Oleh: Prof. Madya Rahmat Awang
          Dewan Kosmik
          November 1997

Kalau sakit, tiada perkara lain yang difikirkan, pastinya ubat yang bermain di fikiran. Manusia sanggup menghabiskan beribu-ribu wang untuk menyembuhkan penyakit yang dihidapi. Asalkan dapat menjalani hidup seperti sedia kala. Tetapi tahukah anda ubat yang diambil untuk menyembuhkan penyakit sebenarnya mempunyai kesan sampingan yang boleh membawa akibat buruk.

Kesan ubat boileh dibahaagikan kepada dua kategori yang bertentangan. Kesan terapeutik, melegakan gejala penyakit, mengawal atau menyembuhkan manakala kesan keduanya lebih merupakan kesan sampingan yang biasanya menimbulkan banyak masalah.

Apabila seorang pesakit mengambil ubat pastinya kesan terapeutik yang diharapkan lebih tinggi daripada kesan buruk. Bagaimanapun ini bergantung kepada faktor-faktor pesakit, penyakit dan ubat yang diambil. Oleh itu, untuk mencapai kesan terbaik dalam bidang pengubatan penyakit, farmasi klinikal telah diwujudkan. 
Bidang ini merupakan suatu pengkhususan yang menitikberatkan aplikasi pengetahuan tentang ubat dan penjagaan pesakit.

Faktor Yang Mempengaruhi Kesan Ubat 

Terdapat tiga faktor risiko yang utama dalam mempengaruhi kesan ubat kepada pesakit. Selain itu faktor-faktor ini juga boleh menetukan sama ada ubat yang diberikan kepada pesakit adalah selamat dan mujarab ataupun sebaliknya.

Antara faktornya ialah ciri-ciri pesakit itu sendiri. Misalnya jika dilihat dari segi usia. Usia seseorang boleh menetukan keupayaan organ untuk menyingkirkan ubat. Ubat yang tidak dapaat disingkirkan dengan baik akan berkumpul dalam badan dan ini boleh menimbulkan kesan sampingan. Dua kategori pesakit yang diberikan perhatian khas ialah kanak-kanak dan orang tua.

Kanak-kanak, terutamanya yang baru lahir amat peka dengan ubat yang diberi. Ini kerana organ seperti hati dan buah pinggang masih belum matang sepenuhnya. Manakala orang tua pula mudah mengalami kesan sampingan ubat. Oleh itu, pemilihan ubat dan doa yang diambil harus diberikan pertimbangan sebaiknya. 

Begitu juga dengan kaum wasnita, terutamanya kepada yang hamil. Perubahan fisiologi yang berlaku semasa mengandungkan janin seperti peningkatan air dalam badan akan mengakibatkan ubat yang diambil dengan dos biasa kurasng berkesan. Ini biasa berlaku kepada ibu yang mengalami penyakit tarik iaitu penyakit saraf pusat ataupun terkenal dengan penyakit 'gila babi'. Oleh itu, dos yang lebih tinggi perlu diambil. Setelah melahirkan anak, kandungan air di dalam badan akan kembali seperti biasa dan jika dos tidak diubah semula, si ibu akan mengalami kesan sampingan yang teruk.

Selain itu, bagi sesetengah ubat, dos ubat adalah lebih tepat jika berpandukan kepada berat badan pesakit. Cara ini dapat mngelakkan pemberian ubat yang berlebihan kepada pesakit yang berat badannya ringan. Biasanya, ubat-ubat yang memberi kesan yang kuat kepada pesakit akan diberi mengikut berat badan.biasanya ubat diberi melalui suntikan dan hanya akan diberikan kepada pesakit yang berada di hospital. Antaranya termasuklah ubat untuk merawat penyakit kanser.

Fungsi organ pesakit, juga turut mempengaruhi faktor risiko penerimaan ubat. Dalam badan kita, terdapat dua organ utama yang bertanggungjawab menyingkirkan sisa-sisa toksid tubuh termasuk ubat. Hati memproses ubat kepada unsure yang tidak toksid manakala buah pinggang akan menyingkirkan ubat yang belum atau telah diproses oleh hati. Kecederaan pada hati, buah pinggang atau kedua-duanya sekali boleh mengakibatkan pengumpulan ubat-ubatan dalam badan dan seterusnya mengakibatkan pesakit mengalami kesan sampingan ubat. 

Selain itu, ada di kalangan kita yang mengalami kekurangan enzim glukkosa -6-fosfat dehidrogenase (G-6-PD) yang biasanya berpunca daripada genetic. Enzim ini penting untuk mengekalkan keutuhan sel darah merah.

Pengambilan ubat-ubatan tertentu boleh menyebabkan sel darah merah pecah. Keadaan ini boleh menyebabkan sel darah merah pecah. Keadaan ini boleh membawa maut sekiranya pesakit tidak dirawat dengan segera. Ubat yang telah disahkan boleh menyebabkan keadaan ini termasuklah beberapa jenis antibiotik, ubat untuk malaria dan bebrapa jenis untuk hilang rasa sakit seperti aspirin.

Amalan merokok juga boleh mengurangkan keberkesanan ubat. Ini mengakibatkan penyakit lambat pulih dan sering berulang-ulang.misalnya, penyakit ulser perut.ubat yang amat berkesan tidak dapat menyembuhkan ulser dengan baik dalam jangka masa rawatan biasa. Selain itu, amalan meminum alkohol juga boleh menimbulkan banyak masalah. Alkohol mengakibatkan berlakunya tindak balas kimia dalam badan dengan ubat yang diambil. Sekiranya alkohol di ambil dengan ubat tidur dan selsema boleh menyebabkan penekanan fungsi sistem otak sehingga ke tahap koma.

Penyakit Yang Dialami 

Pesakit, terutamanya bagi mereka yang usianya telah lanjut boleh menghidap beberapa jenis penyakit pada satu masa. Begitu juga bagi mereka yang menghidap penyakit kronik seperti darah tinggi, kencing manis dan asma, juga boleh mengalami penyakit lain pada masa tertentu. Ini akan menimbulkan masalah untuk mengenalpasti ubat manakah yang sesuai diberikan agar tidak menimbulkan kesan mudarat kepada penyakit kronik yang dihidapi selain merawat penyakit yang baru dihidapinya. Misalnya, ubat untuk penyakit daarah tinggi boleh memberi kesan buruk kepada penyakit asma dan kencing manis. Manakala ubat untuk menghilangkan bengkak-bengkak akan menimbulkan alergi kepada penyakit asma.

Ubat Yang Digunakan 

Ubat yang dibeerikan kepada pesakit berkemungkinan mengalami saling tindakbalas dengan ubat lain. Ini sering terjadi apabila pengambilan beberapa jenis ubat yang dilakukan dalam satu masa. Akibatnya penyakit boleh menjadi kurang terkawal ataupun pesakit akan mengalami kesan sampingan ubat.

Dos yang tertentu juga turut disarankan apabila mengambil sesuatu jenis ubat. Sesetengah pesakit memeerlukansama ada kurang atau lebih dos berbanding pesakit yang lain untuk merawat penyakitnya dengan baik. Manakala pesakit lain pula mungkin mengalami kesan sampingan ubat hanya pada dos biasa.

Ubat juga perlu di makan untuk jangkamasa yang tertentu sebelum dapat memberikan kesan yang sepenuhnya. Namun, ini bergantung kepada jenis penyakit dan ubat. Misalnya, penyakitulser perut memerlukan sekukurangnya empat hingga enam minggu rawatan.

Sesetengah ubat akan menimbulkan masalah seperti toleransi sekiranya digunakan untuk jangkamasa yang amat lama. Toleransi adalah keadaan pesakit yang memerlukan doa yang semakin meningkat bagi mendapatkan kawalan penyakit pada tahap yang sama. Misalnya ubat kumpulan benzodiazepin yang digunakan untuk mengawal kegelisahan.

Bagi mendspat kesan yang terbaik tanpa menimbulkan sebarang masalah, ubat harus diambil pda masa yang sesuai berdasarkan sifat ubat dan penyakit. Ubat steroid misalnya,jika diambil pada waktu malam akan mengakibatkan pesakit sukar tidur. Lama-kelamaan pesakit akan menjadi tidak siuman.

Selain itu, terdapat juga banyak kes yang mana pengambilan ubat dihentikan secara mengejut. Sama ada disedari atau tidak, sesetengah ubat boleh menimbulkan banyak komplikasi. 

Ada juga pesakit yang mengalami alahan apabila diberikan ubat-ubat tertentu. Ciri-ciri alahan yang biasa dialami seperti bentuk ruam kulit. Ia juga boleh mengakibatkan saluran pernafasan bengkak. Ubat yang sering menimbulkan alahan ialah antibiotik yang digunakan untuk melawan jangkitan.

 


Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location

Last Modified: Friday 13 December 2024.