Suplemen, Vitamin dan Mineral (Bahagian 2)

Oleh: Rosman Ahmad
          Dewan Kosmik
          Disember 1999

Bahagian 11

Vitamin Larut Lemak

Vitamin yang tergolong dalam kumpulan ini terdiri daripada vitamin A, D, E dan K yang penyerapannya oleh sistem tubuh ada hubungkait dengan lelemak. Vitamin ini boleh disimpan dalam lemak dan tidak perlu diambil setiap hari. Penyakit-penyakit seperti psirosis biliari, kolesistitis dan celiac yang menghalang penyerapan lipid oleh sistem badan menyebabkan seseorang itu mengalami kekurangan vitamin larut lemak ini. Begitu juga pesakit yang sedang menjalani rawatan atau mengambil dadah yang menghalang penyerapan lelemak seperti kolestiramin dan minyak mineral akan mengalami kekurangan sekurang-kurangnya salah satu daripada vitamin-vitamin larut lemak ini.

Vitamin/MineralSumberPeranan Pada TubuhKesan kekurangan dan lebihan Dos
Vitamin A Hati, susu yang diperkaya. Vitamin perlu untuk mata, kulit dan mengatur fungsi sistem imunisasi. Juga membantu dalam pemeliharaan rambut, gigi dan tulang. Kekurangan:
Boleh menyebabkan seseorang itu mengalami rabun malam, kurang pertumbuhan rambut pada kanak-kanak, hilang selera makan, kulit yang kering dan kasar, kurang daya ketahanan pada jangkitan dan mata yang kering.

Lebih dos:
Bila di ambil berlebihan pula vitamin ini boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala, pandangan yang kabur, pitam, cirit birit, menstfruasi yang tidak tetap, kesakitan pada sendi dan tulang, kulit yang kering dan merekah, radang pada kulit, rambut gugur, muntah-muntah dan kegagalan hati.

Beta karoten Lobak merah, brokoli, makanan berdaun hijau. Vitamin diperlukan oleh tubuh sebagai antioksidan dan ditukarkan menjadi vitamin A dalam tubuh. -
Vitamin D Kuning telur, susu dan juga pendedahan tubuh pada cahaya matahari boleh menghasilkan vitamin D. Membantu membina dan menjaga kesihatan gigi serta tulang. Selain turut meningkatkan kadar penyerapan kalsium dalam badan. Kekurangan:
Kekurangan vitamin ini pada tubuh boleh menyebabkan penyakit rikets pada kanak-kanak, tulang yang lembut pada orang dewasa dan juga osteoporosi.

Lebih Dos: Pengambilan secara berlebihan boleh menyebabkan seseorang itu mengalami pengumpulan kalsium pada organ tubuh, tulang rapuh dan kerosakan pada sistem renal dan kardiovaskular.

Vitamin E Minyak jagung atau biji kapas, mentega, beras perang, minyak kacang soya, minyak sayuran lain seperti minyak kacang dan sebagainya. Mengandungi antioksidan. Membantu membina sel darah merah, otot-otot dan tisu tubuh. Menyimpan asid berlemak. Antioksidan juga boleh mengurangkan risiko sesetengah kanser. Kekurangan:
Kekurangan vitamin ini jarang berlaku tetapi membabitkan kelahiran tidak cukup bulan, bayi tidak cukup berat atau kanak-kanak yang sistem tubuhnya tidak menyerap bahan berlemak dengan sempurna. Juga menyebabkan kecacatan sistem saraf.
Vitamin K Sayur-sayuran hijau, hati dan juga hasil keluaran bakteria usus. Diperlukan oleh tubuh untuk pembekuan darah secara normal. Kekurangan:
Boleh menyebabkan masalah pembekuan darah yang tidak normal atau pendarahan.

Lebih dos:
Boleh menyebabkan jaundis pada bayi.

Mineral

Mineral atau zat bahan galian serta sering dieksploitasi dalam pemasaran bahan suplemen makanan. Kesan daripada kekurangannya pada tubuh manausia menjadi isu semasa, manakala kesan positif pada haiwan ujian (yang pada hakikatnya hanya sedikit berlaku pada manusia) diperbesar-besarkan.

Berbeza dengan vitamin, kandungan mineral pada tubuh berbeza-beza bergantung kepada komposisi tanah kawasan tanaman yang menentukan jenis mineral yang terdapat pada haiwan ternakan yang meragut tanaman ini. Selain itu, pengambilan mineral juga berbeza-beza dari satu tempat. Jumlah pengambilan mineral yang sesuai pada manusia masih lagi tidak dapat ditentukan dengan tepat. Pengambilan sesuatu mineral dalam dos yang tinggi dapat menyebabkan penurunan keperolehan mineral-mineral lain termasuk juga sesetengah vitamin.

Vitamin/MineralSumberPeranan Pada TubuhKesan kekurangan dan lebihan Dos
Kalsium Susu, dadih, keju, sardin, brokoli dan daun lobak putih. Membantu membina tulang dan gigi yang kuat. Mengingkatkan fungsi otot dan saraf. Membantu darah membeku. Menggiatkan enzim-enzim yang diperlukan tubuh untuk menukarkan makanan kepada tenaga. Kekurangan:
Riket (sejenis penyakit tulang) pada kanak-kanak, osteomalasia (tulang lembut) dan osteoporosis pada orang dewasa.

Lebih dos:
Mengalami sembelit, karang, ginjal, pengumpulan kalsium pada tisu-tisu badan. Menghalang penyerapan zat besi dan mineral-mineral lain.

Fosforus Dada ayam, susu, kekacang, kuning telur dan keju. Ia bergantung dengan kalsium dalam pembinaan tulang dan gigi yang sihat. Diperlukan untuk metabolisme, kimia tubuh, fungsi saraf dan otot. Kekurangan:
Walaupun jarang berlaku, ia dapat menyebabkan seseorang itu mengalami lemah-lemah tubuh, sakit tulang dan kurang selera makan.

Lebih dos:
Menghalang penyerapan kalsium oleh sistem tubuh.

Magnesium Ayam, daging lembu, sayur-sayuran hijau, brokoli, bertih jagung, biji janggus dan gandum. Menjana enzim yang diperlukan untuk mengeluarkan tenaga dalam tubuh. Diperlukan oleh tubuh dalam pembentukan bahan genetik dan pertumbuhan tulang. Kekurangan:
Loya, bengkeng, lemah-lemah otot, kekejangan dan masalah jantung.

Lebih Dos:
Loya, muntah-muntah, tekanan darah rendah, gangguan sistem saraf.

Amaran:
Lebih dos dapat membawa maut pada mereka yang menghidap penyakit ginjal.

Kalium Kacang tanah, pisang, jus oren, kacang hijau, cendawan, brokoli dan biji bunga matahari. Membantu mengekalkan keseimbangan cecair badan dan amat diperlukan oleh fungsi saraf dan otot. Kekurangan:
Loya, kurang selera makan, lemah-lemah otot dan rasa tidak selesa terutamanya bagi mereka yagn mengalami cirit-birit. Jarang terdapat kes lebih dos dalam mineral ini.
Vitamin K Sayur-sayuran hijau, hati dan juga hasil keluaran bakteria usus. Diperlukan oleh tubuh untuk pembekuan darah secara normal. Kekurangan:
Boleh menyebabkan masalah pembekuan darah yang tidak normal atau pendarahan.

Lebih dos:
Boleh menyebabkan jaundis pada bayi.



Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location

Last Modified: Friday 13 December 2024.