Abrus praecatorius

Pengenalan

Famili: Leguminosae  

Nama Melayu: Saga Kenari, Akar Saga, Saga Akar, Saga Betina, Akar belimbing

Nama Lain: Aivoeiro, Arraccu-mitim, Buddhist rosary bead, Carolina muida, Crabs eye, Deadly crab's eye, Indian bead, Indian liquorice, Jequirite, Jequirity Bean,Jumble beads, Juquiriti,Lucky bean, Prayer beads,Precatory bean, Rosary beads,Rosary Pea,Ruti,Tentos da America, Tentos dos mundos,Weather plant,Wild liquorice

Penerangan

Tumbuhan ini adalah jenis yang menjalar dan memanjat. Kulit batangnya berwarna gelap. Ia tumbuh melilit pada tumbuhan sokongan atau pagar. Batangnya boleh menjalar diantara 3 - 6 meter. Tumbuhan ini juga mempunyai bunga-bunga kecil berwarna ungu muda. Buahnya pula berbentuk kulit keras yang leper,bujur dan berisi kekacang.

 

Kegunaan

Ia dilaporkan pernah diguna untuk mengurangkan tekanan darah tinggi, sakit kepala, batuk, bronkitis, sakit kerongkong, penyakit perut, penyakit konjunktivitis iaitu radang membran pada mata dan penyakit malaria.

Ia juga dilaporkan diguna untuk merawat luka, jerawat, tetanus dan sebagai ubat perancang bagi masyarakat asli Afrika.

Keracunan

Bahagian Beracun: Biji

Bahan Aktif: Abrin, Abrus agglutinin

Bahan Lain: Glycyrrhizin dan enzim lipolytic

Glycyrrhizin (m.w 822.9422), C42H62O16


Kesan Keracunan

Simptom awal keracunan ialah  rasa terbakar di dalam mulut dan tekak, sakit perut yang teruk, muntah, muntah darah, najis hitam seperti tar dan diikuti dengan simptom seperti mengantuk, lemah anggota badan, kurang tindakbalas, sawan, kejutan, kebiruan, pendarahan di dalam mata dan kehilangan air di dalam badan.

Apabila terkena mata, tumbuhan ini  boleh menyebabkan keradangan dan buta.

Rawatan kecemasan

Buangkan saki baki tumbuhan pada anggota badan, Jika termakan, rangsangan perlu dilakukan agar termuntah. Rangsangan tidak boleh dilakukan kepada mangsa yang pengsan. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Jika terkena mata, lalukan dengan air bersih selama 10 minit

Buangkan saki baki tumbuhan pada anggota badan, Jika termakan, rangsangan perlu dilakukan agar termuntah. Rangsangan tidak boleh dilakukan kepada mangsa yang pengsan. Dapatkan rawatan perubatan dengan segera.

Jika terkena mata, lalukan dengan air bersih selama 10 minit


Poisoning Emergency/ Information

Article from FB

Our Location

Last Modified: Friday 13 December 2024.